Harga Sebuah Pengorbanan


Selamat Hari Ibu untuk seorang ibu yang tercinta, Suriani binte Sarpani. Semoga Allah memberkatimu dan aku mendoakanmu agar kau senantiasa dirahmati Allah di dunia dan di akhirat.
Semua orang akan bercerita tentang ibu sempena hari ibu. Semua orang juga akan cerita berjuta - juta tajuk yang berkaitan dengan pengorbanan ibu. Justeru, apakah harga sebuah pengorbanan itu?
Dewasa ini, kes keruntuhan moral di kalangan anak- anak muda di negara semakin berleluasa. Rata-rata akan menuding jari kepada institusi kekeluargaan di atas kelemahan tanggungjawab yang dipikul. Wajarkah ibu dipersalahkan?
Menyorot sejarah Nabi Isa Alaihi Salam, beliau telah dilahirkan tanpa bapa dan dipelihara oleh ibu semenjak daripada kelahiran. Maha Hebat kuasa Allah, menjadikan hamba-Nya tanpa pasangan.
Mengimbau sejarah kelahiran kita, berapa juta dan bilion telah kita hutang kepada ibu kita. Bila hendak dilunaskan semuanya?
Apakah hukum seseorang anak mendurhakai ibunya? Pernahkah anda melihat akan seksa yang akan diterima ke atas anak yang durhaka? Pernah menonton Filem "Si Tanggang"? Insaflah wahai insani...

Comments

Popular posts from this blog

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Mahasiswa Perlukan Pemikiran Kelas Pertama – Wan Abdul Halim