Langkau ke kandungan utama

Nilai Bahasa Kita

Oleh : Syafiq Zulakifli

Saya amat malu apabila ada yang menyatakan mereka adalah orang Melayu tetapi Bahasa Melayu di dalam peperiksaan tidak lulus atau sekadar 5C atau 6C (Sijil Pelajaran Malaysia). Saya bukan orang bahasa. Tapi saya mahu bahasa saya sendiri diagungkan. Bukannya apa, sekadar ingin meletakkan Bahasa Melayu setanding bahasa – bahasa ternama di dunia. Tidak salah bukan?

Belajar bahasa tidak sukar. Namun, mesti ada kesungguhan. Ada yang mampu berkata- kata dengan kalam berbunga-bunga. Ada pula yang mampu bercerita dan bersyarah berjam-jam. Namun, apabila masuk ke dalam kelas bahasa, rupa-rupanya hampas. Maafkan saya andai bahasa yang saya gunakan agak kasar. Bukan saya ingin mengherdik kalian semua. Sekadar bercerita dan menyampaikan kekesalan saya terhadap insan yang memperlekehkan bahasa sendiri.

Saya mencapai blog
Kak Nisah. Siapa yang tidak kenal dengan Kak Nisah. Seorang peguam yang terus mekar di medan seni bahasa. Jika dia seorang peguam yang boleh kesal terhadap golongan yang memperlekehkan bahasa. Masakan tidak bagi saya. Hanya seorang manusia yang baru berjinak-jinak mengenali dunia sastera lantaran ia merupakan suatu tanggngjawab yang harus digalas.

Seperkara lagi, perlu difikirkan bahawa kesan yang amat mendalam apabila warisan kita telah lenyap beberapa bulan yang lalu. Tulisan Jawi. Itulah warisan kita. Untung kita masih ada lagi Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Kesenian dan Kebudayaan Malaysia yang mampu mempertahankannya. Jika tidak, terkubur sahaja nilai bangsa kita.

Banyak lagi yang ingin saya luahkan. Namun, saya yakin ada beberapa pihak yang telah tersentak lantas memaksa mempertajamkan penguasaan bahasa. Tidak salah bukan?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

Kosa Kata Pada Hari Ini

Sudah lama tidak bersua untuk berkongsi makalah atau bahan berunsur sastera. Justeru, hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian beberapa kosa kata baru yang wajar digunakan oleh kita sama ada di dalam penulisan kita seharian atau sebagainya. 1. Adar : bertandang (bertandang, bermalam di rumah orang) Contoh ayat – Aiman dan Akram selalu ber adar ke rumah bapa saudaranya pada hari Ahad. 2. Atip : susun (susun, atur) Contoh ayat – Ustaz Hairul meminta agar semua badan pengurus PMRAM meng atip baju-baju yang berserakan di dalam almari besi itu. 3. Banjar : baris (baris, jajar, deret) Contoh ayat – Izzat, Ifwat dan Izmir berdiri se banjar di dalam perbarisan kawad kaki sempena Hari Sukan di sekolahnya. 4. Enigma : kebingungan (menjadi bingung atau kebingungan) – disebabkan oleh sesuatu hal atau seseorang) Contoh ayat – Pegawai itu berada di dalam situasi enigma setelah diminta untuk berundur daripada tugasnya di dalam masa 24 jam. 5. Suang ...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...