Langkau ke kandungan utama

CITA-CITA + IMPIAN

Oleh : Syafiq bin Zulakifli

Semua manusia ada cita-cita. Ada juga yang lansung tak memikirkan soal masa depan dan akan datang. Ingat lagi semasa di sekolah, cikgu sering bertanya apa cita-cita anda. Ada apa dengan cita-cita? Adakah penting sangat cita-cita itu? Berapa peratus cita-cita seseorang akan tercapai?

Semasa dibangku sekolah, bermacam-macam cita-cita yang saya lontarkan pada cikgu. Guru, Pensyarah, Bomba, Askar, Polis, dan Peguam. Itulah enam cita-cita yang saya masih ingat sekitar pemahaman dan pemikiran saya apabila diminta menyatakan cita-cita. Hari demi hari dan tahun demi tahun, masa berjalan dengan pantas. Daripada sebuah cita-cita, ia bertukar menjadi sebuah realiti.

Semenjak berada di sekolah menengah, cita-cita saya sememangnya ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar. Biarpun kekadang halangan dan rintangan banyak sangat ditempuhi,saya tidak pernah mengalah. Mungkin semua ini telah ditetapkan dan ia merupakan rezeki daripada Allah. Alhamdulillah.

Tahun 2004 dan 2005 adalah tahun yang paling bertuah untuk diri saya. Saya tidak pernah mengimpikan dua buah anugerah di dalam dua anugerah besar. Pertama, ketika Majlis Anugerah Cemerlang Maahad Johor 2004, saya diberi Anugerah Khas. Saya tidak pasti mengapa saya dipilih. Kedua, sempena Majlis Konvokesyen dan Anugerah Mahasiswa Cemerlang PMRAM 2005. Itulah dua buat anugerah yang paling bermakna buat diri saya. Apa pula anugerah untuk tahun ini?

Saya sememangnya lansung tidak pernah mengharap anugerah diberi. Namun, usaha, sedikit titik peluh dan kudrat yang Allah berikan kepada semua insan yang memerlukan saya akan berikan. Biarpun itu tidak sempurna bagi kalian semua, namun itu sahaja yang mampu saya lakukan.

Cita-cita dan impian saya belum lagi bermula. Ia adalah suatu perjalanan yang amat penjang dan tidak memerlukan masa yang singkat. Semoga kalian akan mendoakan kejayaan saya di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbalalamin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kosa Kata Pada Hari Ini

Sudah lama tidak bersua untuk berkongsi makalah atau bahan berunsur sastera. Justeru, hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian beberapa kosa kata baru yang wajar digunakan oleh kita sama ada di dalam penulisan kita seharian atau sebagainya. 1. Adar : bertandang (bertandang, bermalam di rumah orang) Contoh ayat – Aiman dan Akram selalu ber adar ke rumah bapa saudaranya pada hari Ahad. 2. Atip : susun (susun, atur) Contoh ayat – Ustaz Hairul meminta agar semua badan pengurus PMRAM meng atip baju-baju yang berserakan di dalam almari besi itu. 3. Banjar : baris (baris, jajar, deret) Contoh ayat – Izzat, Ifwat dan Izmir berdiri se banjar di dalam perbarisan kawad kaki sempena Hari Sukan di sekolahnya. 4. Enigma : kebingungan (menjadi bingung atau kebingungan) – disebabkan oleh sesuatu hal atau seseorang) Contoh ayat – Pegawai itu berada di dalam situasi enigma setelah diminta untuk berundur daripada tugasnya di dalam masa 24 jam. 5. Suang ...

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...