Langkau ke kandungan utama

Catatan

Membongkar Rahsia Penulisan Tuhan Manusia

Membongkar Rahsia Penulisan Tuhan Manusia Oleh : Syafiq Zulakifli Saya kurang pasti, adakah menjadi salah taakulan yang saya akan bincangkan ini. Mungkin penulis sendiri (Abang Faisal Tehrani) akan marah pada saya. Jika penulis memarahinya, saya akan cepat-cepat minta maaf apabila ketemu dengannya di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) pada hari Sabtu ini. Saya membaca sambil meneliti karya ambitious abang FT ini. Otak saya mencerna beberapa kesimpulan yang dapat difikirkan menurut kemampuan saya. Pertama, sedari awal karya “Tuhan Manusia” ini pada asalnya adalah karya yang dihantar sempena Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2006 dalam kategori novel remaja. Mengikut tafsiran saya, karya ini bersaing dengan Odisi Tanah Kencana (Siti Rahayu Mohd Yusof) dan Justeru Impian di Jaring (Zaid Akhtar) yang memenangi tempat pada anugerah tersebut. Kedua, karya ini pada asalnya berjudul “Sebuah Rumah Di Utara.” Sekali baca, tentukan saudara dan saudari akan menjadi p...

Mungkin Salah Kita

Di atas katil yang sudah lama tidak dijamah! Kalau kita membilang dengan jari, kita boleh kira berapa hari sahaja kita berada di rumah. Dalam seminggu, sehari. Ataupun, dalam seminggu hanya menghirup angin di dalam kamar sendiri. Hati merundum sedih beberapa ketika. Mungkin kehilangan rakan serumah sejak bulan Julai yang lalu. Namun, peristiwa itu mungkin tidak dirasai kerana saya berada di Malaysia. Sejak beberapa bulan yang lalu, ketika bertanyakan khabar ahli-ahli bait, keadaan rumah seakan-akan bahagia. Tiada tsunami melanda. Walaupun, saya tidak berada di sana, sekurang-kurangnya saya memahami apa yang berlaku di sana. Apapun, yang pergi tetap pergi. Yang masih ada, teruskan perjuangan hingga titisan darah terakhir. Saya beranggapan, anda ada sebab mengapa mengundur diri. Saya tidak marah atau sebagainya. Namun, cukuplah saya sedarkan diri saya. Bahawa, kita tidak dapat menyempurnakan perasaan orang lain dengan sebaiknya. Apa yang kita mampu lakukan kita buat dengan baik. Hari in...

Santai Bukan Gedik Santai

I Ada beberapa ulasan yang perlu saya berikan. Sepatutnya, selepas saya menekuni "Manikam Kalbu" saya harus menjelajah lautan melalui "Bedar Sukma Bisu". Namun hati bergalau. Kurang senang melihat bacaan novel dewasa di hadapan mata. Mungkin ke"berat"annya menjadikan saya meninggalkannya ke tepi sebentar. Tetapi ia tidak bermakna membuang terus. Sekadar berehat untuk beberapa ketika. Tidak lama masa yang diambil untuk meladeni Manikam Kalbu. Hanya 11 hari. Itupun, saya mencuri-curi masa ketika di sekolah (tempat saya mengajar). "Ustaz sedang membaca novel cinta ya." "Bukan." Dengan kedua ibu bapa juga saya mengatakan tidak. Ini novel bermoral. Kesan sejarah yang tinggi. Selepas saya membaca Surat-Surat Perempuan Johor dan Nama Beta Sultan Alauddin beberapa bulan yang lalu, inilah fiksyen cereka yang saya baca. Dua unsur yang diterapkan di dalam novel ini seolah-olah pembaca sedang menelaah dua buah novel. Namun, pengarang berjaya meleta...

Puisi Di Majalah

Alhamdulillah. Karya puisi saya terbit di Majalah FOKUS SPM Keluaran November 2007. Niat hati keluar ke kedai mencari barang. Namun, apabila terserempak dengan majalah ini, saya capainya dan terus membeli. Tidak sangka ada puisi saya di dalamnya. Untuk pengetahuan, puisi ini saya karang di Malaysia. Namun, ianya adalah sebuah puisi untuk seorang kanak-kanak kecil di tepi pantai Iskandariah. Seingat saya, ketika itu kami (semua Badan Pengurus PMRAM) jaulah ke Iskandariah. Kesempatan itu saya gunakan untuk mengingatkan kembali memori di pantai tersebut. PUISI Rezeki Laut Mediterranean (untuk si kecil di Iskandariah, Mesir) Lelah menyaksikan pada raut wajah si kecil membonceng basikal usangnya karam entah bila… Kutebarkan senyuman buat si kecil yang merisik kasih menyuap setitik rezeki yang paling teragung… Si kecil penjual aiskrim hanya menurut perintah lagi berdikari seorang diri pastinya ia anugerah Ilahi. SYAFIQ BIN ZULAKIFLI Johor...

9! Bukan Antologi Cerpen Tapi 9 Gambar Raya

Izinkan saya berkongsi kegembiraan berhari raya tahun ini bersama ibu bapa dan rakan-rakan. Paling seronok, ada mahasiswa Al-Azhar sendiri pun tidak kenal dengan kawan sekuliah sendiri. Sedih kan? Dalam majlis tak seberapa formal ini, saya ketawa sendiri dalam hati. Bab menyakat, bagi pada Saman Esa. Bab cerita sastera, Ishaq Hanis jadi mangsa. Tapi paling pelik, ada kawan-kawan kita tidak mengenali rakan sekuliah. Ini dialognya :- Si A : Kau belajar kat mana sekarang? Si B : Aku belajar kat Mesir. Universiti Al-Azhar. Si A : Ala, cakaplah betul-betul. Belajar mana ni? Sihat ya kau? Si B : Aku belajar kat Mesir. Sama dengan kau la. (Setelah hampir 10 kali perbualan yang sama, Si A masih tidak ketahui yang Si B adalah kawan sekuliah di Mesir) Akhirnya, apabila sudah pecah tembelangnya...semua ketawakan dia. Hampeh! Kawan sendiri pun tak kenal. Moral : Duduk Mesir, masuk persatuan. Rajin pergi kuliah. Ini, apabila tiba di Malaysia rakan sendiri pun tak kenal. Saya akui yang Si B sememang...

KUBUR KITA LAIN LAIN

Saya kurang pasti mengapa akhbar Berita Harian hari ini (Ahad) tidak mengemaskinikan pangkalan ruangan SU SASTERA. Mungkin berkejar-kejar untuk menghadiri rumah terbuka atau sebagainya. Yang ada, hanyalah cerpen saudara Nasron Sira Rahim berjudul "Pulangnya di bening Syawal.." Namun, sekalung penghargaan buat editor ruangan ini kerana memberi peluang kepada saya tampil mengisi kekosongan ruangan puisi pada minggu ini. Bagaimana saya menulis KUBUR KITA LAIN - LAIN? Saya menulis puisi ini ketika di Tiram Indah Village yang terletak di Ulu Tiram. Sebermulanya, pada pagi hari kedua program Ihya Ramadan, Yayasan Bandaraya Johor Bahru saya mencuri-curi masa selepas solat Subuh untuk mengarang. Fikiran saya tertancap tepat pada wajah peserta ketika menulis. Tajuk "Kuliah Subuh" ketika itu adalah tentang masalah solat, masalah aurat dan masalah-masalah agama kepada semua pelajar dan peserta yang menghadirinya. Justeru, apabila tiba saat penceramah mengatakan, "Kita ...

Anda Mahu Jadi Pemimpin Hebat?

Kepimpinan Mahasiswa Mesir seharusnya lebih matang Isu perdebatan mahasiswa ini tidak akan habis jika dibincangkan. Ada sahaja mulut-mulut liar akan bersuara. Kami produk A lebih baik daripada produk B. Ah! Produk A tu, berangan nak memerintah tetapi cakap tak serupa bikin! Ini adalah senario yang benar-benar berlaku di sekitar kampus. Teringat saya kepada forum Bicara Siswa yang diadakan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah suatu masa dahulu. Tahun 2005. Perbincangan yang menghangatkan. Melihatkan beberapa orang pemimpin persatuan berhujah di atas pentas saya terkelu seketika. Wah! Hebat hujah mereka namun mengapa sebegini pemikiran mereka. Pemikiran yang hampir-hampir kurang matang sebagai seorang mahasiswa. Sebagai insan yang pernah diamanahkan memegang jawatan di dalam organisasi kepimpinan, rencam fenomena ini sudah lali di dalam diri. Si X lebih suka makan garam daripada gula. Si Y lebih suka masukkan dawai kokot di dalam stapler daripada melihat ianya telah sedia ada di dalam kant...