Langkau ke kandungan utama

Catatan

Bicara Sastera 2

Hari ini saya melawat Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan di Larkin Perdana, Johor Bahru. Di sana, saya dapatkan dua buah antologi yang sudah lama saya cari. Antologi 'Anak Laut' dan 'Kerusi'. Anda tentunya akan pelik dengan saya. Mengapa saya harus memilih antologi ini? Jika berbicara lanjut, akan menyakitkan hati pembaca sahaja lantas saya akan diukur sebagai seorang yang sukar menerima pendapat orang lain. Berbicara tentang pendapat, saya percaya ramai dikalangan para pen ulis adalah mereka yang berada di dalam kelas "pengkritik". Benar! Sebagai penulis yang baik, tidak boleh tidak unsur ini wajar muncul pada setiap individu. Jika tidak, penulis tidak mampu untuk mengkritik karya sendiri dan memberikan pendapat peribadi terhadap karya walhal inilah perkara yang utama sebagai seorang penulis. Lewat pengkaryaan penulis-penulis mapan, saya akui ramai di antara mereka berpegang teguh pada prinsip saya. Penulis adalah pemikir. (Kredit untuk blog saudara Moh...

Bicara Sastera

Apabila berbicara tentang sastera, ramai yang akan berpaling. Lantas, mereka akan menutup sahaja blog ini lalu mencapai pautan laman yang lain. Kes-kes sebegini adalah makanan harian bagi penggemar sastera. Dewan Bahasa dan Pustaka selaku penggerak setia kepada kegiatan sastera pun kekadang mati akal dengan pihak sastera sendiri. Ketandusan pemikir-pemikir Islam yang bersikap prolifik sudah lenyap. Malah, terbaharu hanyalah wujud fenomena menulis untuk mendapatkan pasaran semata-mata. Fakta ini sememangnya benar. Ini diakui oleh beberapa orang penulis berpengalaman sama ada mereka berada di dalam genre cerpen, puisi ataupun novel. Sejak kewujudan Pembelajaran dan Pengajaran Berasaskan Kompenan Sastera (KOMSAS) diperingkat sekolah, pelbagai pihak merungut. Sebagai orang yang pernah menduduki peperiksaan SPM KOMSAS, pengalaman ini saya rasai. Benar! Ramai tidak berminat dengan sastera malah mengganggap sastera hanya bahan picisan harian atau eceran yang mudah di dapatkan di mana-mana sa...

Kem Ihya Ramadan - Siri 1

Kumpulan 5 - Bersama Ustaz Syafiq Kenangan Yang Terindah... Wah! Seronoknya Ustaz Halim ya! Ustaz Firdaus mesra bangat! Yang mana satu Erra Fazira? Kak Aini, jangan nangis la.. Abang Musa cover macho! Ai!! Mandur ke semua ni? Ustaz Firdauz Noh bersama kumpulan 3 khusyuknya mendengar Kuliah Subuh Fasilitator sempat lagi membaca surat khabar? ULU TIRAM - Selesai sudah Kem Ihya' Ramadan siri pertama yang dianjurkan oleh Yayasan Bandaraya Johor Bahru (YBJB). Penglibatan hampir 80 orang peserta bersama-sama dengan 20 orang mentor dan fasilitator adalah suatu kenangan yang terindah yang tidak dapat dilupakan. Terima kasih kepada En Norazlan Samudi yang telah menjemput kami mahasiswa Al-Azhar untuk turut serta di dalam program tersebut. Program yang bertujuan membimbing pelajar-pelajar yayasan ini, memberi pendedahan khusus terhadap teknik solat, asas Islam dan pembentukan nilai sahsiah. Ini antara lain membuka minda pelajar-pelajar kelas pertengahan yang dibimbing oleh pihak YBJB tidak ...

Seputar Minggu Ini

i Seandainya saya terlewat menghantar beberapa warkah ini, saya mohon maaf. Namun, inilah kudrat yang ada pada diri saya. Sebagai seorang hamba Allah yang lemah, saya akui akan kelemahan itu. Namun, saya akan berusaha untuk buat yang lebih baik. Seputar bicara minggu ini memang banyak. Lebih-lebih lagi taklifan telah berkurang. Saya tidak lagi duduk di hadapan anak-anak murid di sekolah, tetapi masih lagi sarat dengan aktiviti peribadi. Jumaat lepas, saya berkunjung ke Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan. Sudah setahun saya tidak kunjunginya. Peluang berada di negara sendiri ini saya manfaatkan untuk ke sana. Alhamdulillah, Pusat Dokumentasi Melayu Shaharom Hussien yang telah dirasmikan lewat sebulan yang lalu, dapat juga saya masuk. Meninjau beberapa lagi kemudahan yang ada banyak memberikan pendedahan kepada saya tentang negeri Johor amnya. Kesempatan ini juga, saya dapatkan dua buah buku yang saya cari beberapa minggu yang lalu. Sebagai anak Johor, tidak salah rasanya kita meng...

Novel Sejarah Saya

Izinkan saya merangkum beberapa catan di dalam blog ini. Walaupun ada yang menemplak di atas kelemahan saya terhadap blo sendiri, saya faham sekadar manusia biasa. Lemah. Alhamdulillah, sudah seminggu lebih pakej Nama Beta Sultan Alauddin (NBSA) tiba di rumah saya. Terima kasih kepada Ujana Ilmu yang telah menghantarnya dalam keadaan segera. Langsai sudah saya menekuni kedua-dua novel karya Faisal Tehrani. Walaupun mengakui Surat-Surat Perempuan Johor (SSPJ) sepatutnya saya khatamkan pada tahun lalu, namun itu tidak menjadi permasalahannya. Saya mulakan SSPJ dahulu. Setelah saya membacanya dari mula hingga ke babak surat terakhir, barulah saya tahu, mengapa FT mendapat tempat ketiga bagi sayembara tersebut. Benar! Menulis cerita dan bahan sejarah bukannya mudah. Lebih-lebih lagi fokus perlu diberikan kepada sejarah negeri Johor. Sejarah Johor banyak ragam dan rencamnya. Jika tersalah tafsir, sejarah benar akan bertukar menjadi sejarah palsu. Benar! Saya telah membaca beberapa buah buku...

Saman - Bukan Saman bin Esa

Hari ini saya sedang berbincang. Berbincang dengan peguam saya. Dia seorang peguam bela yang dikatakan terkenal di Malaysia. Saya (plaintif) sedang berbincang dengan beliau berkaitan satu kes yang sedang berlaku. Saya namakan pihak XXX sebagai (defenden). Saya tidak perlu sebutkan siapa pihak yang terlibat. Yang penting, ia merupakan pihak NGO dan orang perseorangan. Kes ini akan difailkan di mahkamah sivil kerana melibatkan kes-kes umum. Ia langsung tidak kena-mengena dengan kes syariah. Namun, saya berdoa agar kes ini akan berjalan dengan baik dan kemenangan pada pihak saya. Doa daripada kalian amatlah diharapkan. Mengikut prosedur yang telah dibincangkan, saya akan saman sebanyak RM 1,000,000 kerana kes ini melibatkan maruah. Pihak yang terlibat juga kini berada di Mesir!

SELAMAT TINGGAL SEMUA

SMK BBU Ini adalah suatu catatan ringkas saya dan catatan terakhir saya di SMK Bandar Baru UDA. 17 Julai hingga 12 September. Genap 60 hari saya menjadi "Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan". Menggantikan guru bersalin (Puan Siti Maseriyani) yang mengajar Pendidikan Islam di sekolah tersebut. Sebetulnya, saya dijadualkan akan menyambung kontrak lagi dua bulan kerana seorang lagi guru bersalin. Namun, Pejabat Pelajaran Daerah mengatakan "tiada lagi peruntukan" . Saya lega seketika. Beberapa hari sebelum tamat mengajar, saya telah memberitahu bahawa saya ingin duduk bebas selepas tarikh tersebut. Pertama, kerana Ramadan. Kedua, kerana saya perlu membuat persiapan untuk pulang ke Mesir. Seawalnya, saya tidak mahu pulang ke Mesir. Tapi, ada yang mendesak. Saya rela untuk pulang walau hanya 3 madah sahaja untuk sesi ini. Hari terakhir di SMK Bandar Baru UDA, banyak memberikan saya latihan untuk terus hidup dan berdiri sendiri selepas ini. Alhamdulillah, gaji bulan Julai da...