Beberapa hari yang lalu, saya membeli Majalah I Keluaran September 2007. Latar belakangnya berkonsepkan wajah artis terkenal Wardina Safiyyah. Siapa yang tidak kenal watak anggun wanita ini mengacarakan Wanita Hari Ini di TV3. Namun, bukanlah itu menjadi topik perbualan saya hari ini. Majalah yang dikendalikan oleh Saudara Ahmad Yani Abd. Manaf ini telah lama di dalam pasaran. Seingat saya, ketika tahun 2003 atau 2004 saya diperkenalkan dengan majalah ini. Itupun ayah yang mula dapatkannya di kedai buku. Namun, setelah bersiri-siri keluarannya, saya melihat Majalah I mempunyai daya tarikan tersendiri. Menghimpunkan risalah-risalah ilmiah agama untuk keperluan masyarakat hari ini. Ketika membaca majalah keluaran ke 59 ini, saya pada mulanya hanya membaca sekali lalu. Membelek tajuk-tajuk yang menarik adalah menjadi pilihan utama, selepas itu barulah saya menghayati satu persatu pengisian yang terkandung di dalamnya. Sementelah beberapa hari saya menatapnya, terpandang saya pada ruangan ...
Dari Al-Azhar Ke Pentas Penyiaran