Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2015 telah diumumkan. Alhamdulillah, sejumlah 444 orang calon telah memperoleh keputusan pengajian cemerlang dengan cemerlang MUMTAZ. Tahniah diucapkan.
Alhamdulillah pengalaman saya menduduki STAM 2003 amat menggerunkan. Memanglah, gerun mahu mengetahui apa agaknya keputusan yang akan diberikan oleh guru kepada saya. Tapi, confirmlah saya sudah tidak ingat bagaimana saya ke Maahad Johor, Johor Bahru untuk mengambil keputusan tersebut.
Baiklah.
Izinkan saya berkongsi dengan kalian tentang apa yang kita perlu tahu selepas mendapat keputusan cemerlang tersebut. Saya alhamdulillah, walaupun tidak MUMTAZ SOFI, tapi keputusan keseluruhan MUMTAZ.
Nak tahu, mengapa saya memilih Al-Azhar? Ya Universiti Al-Azhar, Mesir la. Saya pun tidak menyangka selepas menamatkan pengajian, saya memilih Al-Azhar.
Sebenarnya tempoh yang lama, sejak hari ini (Januari) keputusan peperiksaan keluar sehingga bulan September nanti. Tetapi, oleh kerana zaman saya dengan zaman adik-adik semua sudah banyak berbeza, jadi saya cadangkan beberapa pelan tindakan.
1. Isi borang UPU (Untuk Lepasan STAM sesi kemasukan ke IPTA pada bulan September 2016/17.
2. Isi borang ke Universiti Al-Azhar, Mesir berdasarkan arahan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Tetapi, bagi yang ingin belajar bahasa Arab terlebih dahulu pun boleh juga. Cari mana-mana akademi dan pusat pendidikan di Malaysia yang boleh latih kita berbahasa Arab.
Tapi, jika kalian mahu terus belajar di Markaz Nile, Kaherah - insyaAllah saya boleh bantu.
Alhamdulillah, beberapa pelajar telah berlepas ke sana awal tahun ini. Semuanya belajar terlebih dahulu di Markaz Nile, Kaherah. Lebih kurang enam bulan pengajian mereka.
Oleh itu, yang betul-betul sahaja mahu belajar dahulu bahasa Arab dan menguasai kemahiran bahasa Arab sebelum ke Tahun Pertama Universiti Al-Azhar, Mesir boleh Whatapps saya, Syafiq Zulakifli.
WHATAPPS +6017-734 6946
WHATAPPS +6017-734 6946
WHATAPPS +6017-734 6946
Sekarang ya.
Kita belajar dahulu bahasa Arab.
Info Lanjut : www.jomkemesir.com
Ulasan
Buat masa ini kita belum membuka lagi bidang perubatan. Insya-Allah akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Wassalam.