Langkau ke kandungan utama

Anugerah Sastera dan Penerbitan Buku


CATATAN ANUGERAH SASTERA

Saya catatkan beberapa keputusan yang pernah saya memenangi sejak tahun 2007 hingga 2020 di dalam bidang kesusasteraan.

1. Hadiah Penghargaan - Sayembara Menulis Cerpen Jawi, Perpustakaan Negara Malaysia (2007) berjudul 'Sebuah Rahsia Merdeka' sempena 50 tahun Kemerdekaan Negara.

2. Hadiah Penghargaan - Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (2012), Cerpen 'Bukan yatim Gaza'

3. Hadiah Sastera Darul Takzim-IX (2013), Cerpen 'Bukan yatim Gaza'

4. Hadiah Sastera Darul Takzim-IX (2013), Puisi 'Tafakur di Makam Imam Syafie II'

5. Hadiah Penghargaan - Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (2014), Puisi 'Dari Mimbar Shinjuku'

6. Hadiah Sastera Perdana Malaysia (2014), Puisi 'Dari Mimbar Shinjuku'

7. Mewakili Malaysia ke Bengkel 'Majlis Sastera Asia Tenggara' (MASTERA) - 2017, kategori Puisi di Bogor, Indonesia.

8. Hadiah Sastera Darul Takzim ke-11 (2019), Puisi 'Dari Mimbar Masjidilharam' 


PENERBITAN BUKU 

1. Kumpulan Puisi - 'Nur di Kota Kaherah' 

2. Kumpulan Cerpen - 'Doa dari Arafah'

3. Kembara Kewartawanan 'Mencari Frekuensi di Laut Merah'

4. Antologi Cerpen 'Biasan Prisma' 

5. Antologi Cerpen dan Puisi Jawi 'Pintu Mabrur'

6. Antologi Esei 'Dari Konti ke Mata Tinta' 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kosa Kata Pada Hari Ini

Sudah lama tidak bersua untuk berkongsi makalah atau bahan berunsur sastera. Justeru, hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian beberapa kosa kata baru yang wajar digunakan oleh kita sama ada di dalam penulisan kita seharian atau sebagainya. 1. Adar : bertandang (bertandang, bermalam di rumah orang) Contoh ayat – Aiman dan Akram selalu ber adar ke rumah bapa saudaranya pada hari Ahad. 2. Atip : susun (susun, atur) Contoh ayat – Ustaz Hairul meminta agar semua badan pengurus PMRAM meng atip baju-baju yang berserakan di dalam almari besi itu. 3. Banjar : baris (baris, jajar, deret) Contoh ayat – Izzat, Ifwat dan Izmir berdiri se banjar di dalam perbarisan kawad kaki sempena Hari Sukan di sekolahnya. 4. Enigma : kebingungan (menjadi bingung atau kebingungan) – disebabkan oleh sesuatu hal atau seseorang) Contoh ayat – Pegawai itu berada di dalam situasi enigma setelah diminta untuk berundur daripada tugasnya di dalam masa 24 jam. 5. Suang ...

Pelajar Perubatan Mesir Tidak Tahu Menulis E-mel

DI DALAM kauntung e-mel saya ada bermacam-macam e-mel yang masuk. Ada yang memohon kerja, ada yang minta duit, ada yang mohon itu dan ini. Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada semua mahasiswa perubatan kita kerana mereka ada kelulusan pendidikan sama ada memperoleh 8A-10A ketika di peringkat SPM. Saya juga berkeyakinan bahawa mereka mendapat A1 untuk matapelajaran di dalam Bahasa Melayu. Tetapi, apabila saya mendapat e-mel sebegini daripada seorang pelajar Perubatan Mesir, harapan saya itu sudah luntur. salam us syafiq name sy siti markonah bt marpitun tahun 3 univ kaherah (jawatan beliau) hajatnye nk jual buku2 terbitan PTS kat mesir ni ade kemungkinan x??? tp ni bru dlm peringkat proposal oleh individu.iAllah,kalo boleh dibuat, sy akan maklumkan pd ktue saye utk dibincangkan dgn lebih lanjut.pastu,buleh x us tolong find out mcm mane proses die seperti penghantaran,diskaun utk pemborong,untung bersih,etc...harap sgt us boleh tolong sbb buku2 terbitan PTS dpt smbutan yg amat men...

Apa Beza 'Ialah' dan 'Adalah'?

SALAH seorang mahasiswa Al-Azhar, Mesir bertanya kepada saya. Mohon maaf kerana saya tidak dapat menjawab di dalam kantung YM. Apakah perbezaan di antara 'ialah' dan 'adalah'? 1. Ialah digunakan apabila perkataan ialah diikuti oleh definisi. Contoh : Kereta ialah satu kenderaan yang digunakan di atas jalan raya. 2. Adalah digunakan apabila perkataan adalah itu diikuti oleh penerangan. Contoh : Nabi Adam adalah manusia pertama dicipta Allah.