Langkau ke kandungan utama

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI)

Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif.

Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Maklumat mengenai perkara itu membuatkan guru-guru kanan Maahad Johor ini teruja, memandangkan pelajar-pelajar yang berada di Universiti Al-Azhar sering menghadapi permasalahan seperti kaedah pengajian yang berbeza dan penguasaan Bahasa Arab yang kurang mantap hingga menyebabkan peratus kelulusan pelajar merosot.

Dengan perkembangan yang terbaru ini, guru-guru tersebut bersetuju dan percaya bahawa perkembangan ini perlu dinilai dan diambil perhatian yang serius dan seterusnya diambil tindakan supaya masa depan pelajar-pelajar mereka terbela. Mengambil inisiatif dari penubuhan INSANIAH tersebut, pada 15 Jun 1997 rombongan Rektor Universiti Al-Azhar, Prof Ahmad Omar Hashim telah mengunjungi Maahad Johor atas undangan Majlis Agama Islam Negeri Johor. Dalam kesempatan ini, pihak Pendidikan Agama, Jabatan Agama Johor telah memajukan permohonan kepada pihak Rektor Universiti AlAzhar untuk menaik taraf pengajian di Maahad Johor kepada pengajian kuliah dengan mengadakan program kuliah berkembar dengan Al-Azhar. Pihak Rektor telah memberikan maklumbalas yang positif terhadap permohonan ini. Ini kerana terdapat beberapa orang lepasan Maahad Johor telah berjaya menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar sejak pertengahan tahun 60-an lagi. Selain itu, kemudahan insfrastruktur yang disediakan di kampus Maahad Johor adalah sangat sesuai untuk tujuan menaikan taraf kepada pengajian kuliah.

Berdasarkan kepada respon yang positif ini, YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Abdul Ghani bin Othman mengarahkan YB Dato’ Haji Abdul Kadir bin Annuar, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Negeri Johor pada waktu itu, mengetuai rombongan kerajaan untuk menemui Rektor Universiti Al-Azhar di INSANIAH Kedah Darul Aman bagi memeterai Perjanjian Persefahaman dengan Universiti AlAzhar dan seterusnya melaksanakan usaha untuk mewujudkan program kuliah berkembar dengan Fakulti Al-Dirasat Al-Islamiah Wal Arabiah, Universiti Al-Azhar, Mesir.

Keputusan ini adalah setelah mengambilkira kedudukan negeri Johor yang berada di zon selatan negara Malaysia yang masih belum mempunyai IPT berteraskan Pengajian Islam dan menggunakan Bahasa Arab sebagai medium, utama selain menjadi gerbang masuk kepada pelajar-pelajar dari luar negara, khususnya pelajar-pelajar dari Singapura yang datang daripada pelbagai madrasah seperti Madrasah Wak Tanjung, Madrasah Al-Junid, Madrasah Al-Ma’arif, Madrasah Al-Sagoff dan Institut Al-Zuhri.

Maka pada 17 Jun 1997 termeterailah Perjanjian persefahaman di antara MAIJ dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Dengan termeterainya Perjanjian Persefahaman ini, pada 11 November 1997 sebuah institusi bertaraf pengajian tinggi telah diwujudkan dengan menggunakan nama Pusat Pengajian Islam dan Bahasa Arab Johor (MARSAH) atau Bahasa Arabnya ialah Markaz al-Dirasat al-Islamiah wa al-Arabiah bi Wilayati Johor. Bagi menyesuaikan dengan arus pendidikan semasa, pada 2001 nama ini kemudiannya ditukar kepada Institut Pengajian Tinggi Islam Johor (MARSAH) dan akhirnya pada 2006 ditukar sekali lagi kepada Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) bagi memenuhi kehendak penubuhannya oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan mengekalkan nama dalam Bahasa Arabnya iaitu Markaz al-Dirasat al-Islamiah (MARSAH).

MARSAH pada 22 Februari 2001 telah mendapat pengesahan penubuhannya oleh Kerajaan Negeri Johor melalui mesyuaratnya pada 31 Januari 2001. Dengan pengesahan itu, MAIJ pada 11 Januari 2005 telah menubuhkan MARSAH Sdn Bhd di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor Tahun 2004 dan membolehkan MARSAH mendaftar di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan seterusnya mendapatkan kelulusan untuk menjalankan kursus pengajian dari Lembaga Akreditasi Negara (LAN).

Tahun 2008, Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) telah menambah satu lagi kursus Diploma Pendidikan Islam sepenuh masa selama enam semester atau tiga tahun pengajian. Pada 13 September 2008, seramai 93 orang pelajar (58 lelaki, 35 perempuan) telah diterima masuk untuk mengikuti kursus ini berdasarkan kepada kelayakan asas yang mencukupi syarat dan melalui proses temuduga. Kursus ini bertujuan untuk memberi kefahaman yang mendalam mengenai cabang-cabang ilmu yang berkaitan dengan Pendidikan Islam sebagai asas penting kepada bakal Guru-Guru Agama Kerajaan Negeri Johor.

Kursus ini juga mendedahkan pelajar kepada ilmu-ilmu Islam yang sahih dan benar, ilmu-ilmu pendidikan, ilmu-ilmu pengurusan dan kenegaraan. Program Diploma Pendidikan Islam telah mendapat pengiktirafan daripada “ Malaysian Quality Agency “ atau MQA yang dahulunya dikenali sebagai “ Lembaga Akreditasi Nasional “ atau LAN. Dengan pengiktirafan ini, adalah menjadi tanggungjawab kolej untuk melahirkan bakal graduan yang cemerlang, berdisiplin dan berkualiti untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara kerana Allah.

Semenjak dari itu, Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) semakin berkembang dengan menawarkan beberapa kursus pengajian baru seperti Diploma Kewangan Islam, Diploma Perbankan Islam, Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Diploma Pendidikan Tahfiz dan Diploma Pengurusan Dakwah yang menjadikan sembilan kursus diploma yang ditawarkan di MARSAH.

Bermulanya tahun 2023 apabila Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) dinaiktaraf sebagai Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) yang mana DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dimasyhurkan sebagai Canselor KUIJSI yang pertama, dua kursus peringkat Ijazah Sarjana Muda pula diperkenalkan iaitu Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Halal dan Ijazah Sarjana Muda Syariah (Pengurusan Halal).

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)