Langkau ke kandungan utama

Seorang Faisal Tehrani


Saya percaya dengan takdir. Dalam penelitian saya yang amat panjang itu, seorang demi seorang saya mengkaji. Ya, mengkaji hasil tulisannya.

Seorang Faisal Tehrani (FT) pernah dituduh syiah. Teman-teman di Mesir juga berbicara berkenaan syiah dan menyandarkan kepada FT.

Entah mengapa, saya tidak terlalu rigid dengan syiah. Malah, apabila Dr Asri melabelkan FT sebagai syiah sehingga novel bersiri Ketupat Cinta terpaksa dibekukan kerana tuduhan itu, saya hanya mendiamkan diri. (Usah fikir saya pula syiah!)

Saya tiada kuasa membela atau memberikan apa-apa respon. Saya ketahui misi dan visi seorang FT. Beliau seorang pengarang, penulis dan pemikir baharu.

Oleh sebab itu, apabila timbul hasil tulisan baharu FT melalui laman blognya, tiba-tiba rasa simpati itu meresap ke jiwa.

Isu Dr Asri menjadi polemik politik negara. Malah, Dr Asri sebagai orang kanan agama disebut-sebut oleh akhbar utama dan menjadi kaver utama.

Siapalah seorang FT yang hanya seorang pengarang kecil dan berbicara tentang Islam dalam karya sasteranya tidak dibela tatkala dikritik oleh Dr Asri suatu ketika dahulu.

Isunya mudah. Tuduh-menuduh. Malah, apabila teman-teman berkata, mengapa Faisal perlu meletakkan namanya Tehrani jika tidak mahu dituduh syiah? Saya tiada jawapan bagi persoalan 'bodoh' itu.

Apa juga yang berlaku pada hari ini, adalah suatu proses politik seorang manusia. Mereka berhadapan dengan sejuta polemik dunia yang tidak berkesudahan. Apakah saya juga akan sama-sama bermain dengan polemik itu? Barangkali sepuluh tahun dari sekarang!!



Ulasan

Tentang Buku berkata…
rasanya Tehrani tu sbb dia pernah berada agak lama di Tehran,
letak nama pena Faisal Tehrani baru karya2nya terpandang...bagus juga bukan..?

salam kenal...
Aidil Khalid berkata…
Saya sebak apabila membaca bahagian tulisannya:

'Dan saya seorang diri. Tiada Pena. Tiada Gapena. Tiada Kelab MPR.'

Aduhai, kecetekan ilmu berkaitan perselisihan mazhab membuatkan saya tak dapat nak membuat pendirian bahkan untuk diri sendiri lantas saya cuma mampu memerhatikan dari jauh sahaja hujah dari kedua-dua belah pihak. Saya percaya hal berkaitan mazhab ini hal rumit yang lebih patut diserahkan kepada mereka yang ahli.

Tapi sekarang saya tahu, persatuan-persatuan penulis sekurang-kurangnya harus menyuarakan bantahan -- kalaupun jahil terhadap persoalan syiah-wahabi (seperti saya) sekurang-kurangnya dari persepsi kebebasan berwacana -- membantah apa yang dilakukan oleh Dr Asri sehingga penulisan Ketupat Cinta dibekukan. Jangan biarkan mana-mana penulis tinggal keseorangan saat karyanya hendak diharamkan atau dituduh itu-ini.

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)