Langkau ke kandungan utama

ARMA MILIK SIAPA? (Siri Kedua)

Program Genggam Bara dua tahun lalu

Mengapa PMRAM tidak menduduki pejabat PMRAM di ARMA pada tahun 2001? Walaupun satu surat telah dihantar oleh pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) kepada PMRAM, pada waktu itu, PMRAM membuat keputusan tidak menduduki ARMA atas beberapa alasan.

1. Ruang pejabat milik PMRAM yang asal tidak diberikan. (ruang Perpustakaan kini)

2. Beberapa syarat-syarat yang diberikan kepada PMRAM pada waktu itu seolah-olah PMRAM bukan pemilik asal bangunan itu.


Justeru, satu surat akan dihantar kepada Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah dan Duta Kaherah dalam masa terdekat bagi menyelesaikan masalah ini.

Tambahan : Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM diarah mengadakan program penerangan Rumah Melayu Abbasiah kepada semua mahasiswa di Mesir (khusus mahasiswa baru) selepas kita mendapat tahu bahawa kebanyakan pihak mahukan penjelasan berkenaan kedudukan rumah tersebut.

Ramai mahasiswa baru mencadangkan agar PMRAM memohon jasa baik pihak kedutaan dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah untuk menduduki semula pejabat PMRAM di ARMA (di bangunan Perpustakaan) dan pelbagai program di antara PMRAM dan Kedutaan dapat dijalankan dengan aman dan sempurna selepas ini.

Milik siapa asrama tersebut?

Baca Lagi tentang ARMA di sini



SURAT PADA TAHUN 2001

20hb Mac 2001

Kepada Yang Dihormati,
Muhidir bin Haji Tamjis
Pemangku Setiausaha Agung

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2000

PERMOHONAN RUANG PEJABAT PMRAM DI ASRAMA MALAYSIA ABBASIAH, KAHERAH, MESIR

Dengan hormatnya saya merujuk kepada surat tuan SUA 02/01/108 X68/2000 (92) bertarikh 1 Februari 2001 mengenai perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan, Mesyuarat Homebasd Kedutaan pada 14 Mac 2001 telah bersetuju membenarkan pejabat PMRAM ditempatkan di bangunan Asrama Malaysia Abbasiah (AMA), Kaherah, Mesir berkuatkuasa pada tarikh 1 April 2001. Permohonan meduduki semula ruang pejabat PMRAM di Asrama Melayu Abbasiah, Kaherah, Mesir seperti yang dipohon tidak dapat dipertimbangkan, kerana ruang tersebut pada masa kini digunakan untuk Perpustakaan AMA. Sebagai ganti ruang tersebut, pengurusan AMA bersedia menempatkan pejabat PMRAM di Bilik Tetamu (AMA) di sebelah bilik Jaga yang digunakan pada masa ini.

3. Kebenaran pejabat PMRAM ditempatkan di bangunan AMA ini adalah memandangkan PMRAM begitu banyak berjasa kepada kewujudan AMA. Sukacita dimaklumkan bahawa penempatan pejabat PMRAM di ruang Bilik Tetamu AMA ini, bukan bermakna ruang tersebut menjadi milik kekal pejabat PMRAM. Sekiranya ruang tersebut perlu digunakan kembali oleh pengurusan AMA untuk tujuan-tujuan kegunaan penghuni AMA di masa-masa hadapan, maka perbincangan antara pengurusan AMA dengan pihak PMRAM akan diadakan bagi mencari penyelesaian.

4. Sehubungan dengan ini juga, pihak PMRAM diminta dapat membayar sebanyak LE60.00 sebulan kepada pengurusan AMA mulai 1 April 2001 bagi bayaran khidmat pencucian dua kali seminggu di pejabat PMRAM oleh pekerja-pekerja AMA, penggunaan letrik, penggunaan air dan kemudahan-kemudahan AMA yang lain. Namun begitu penggunaan kemudahan-kemudahan AMA yang lain termasuk penggunaan Dewan Besar dan Surau AMA untuk aktiviti PMRAM hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran dan kelulusan daripada pengurusan AMA.

Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


(HAJI WAN BAKAR BIN WAN DAGANG)
Pengarah,
Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Mesir.


Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Hati saya sakit membaca surat itu!
Tarbus Merah berkata…
Jika yang membaca sakit hati, yang menghadapi lebih menyakitkan

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)