Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Monday, January 26, 2009

BINCANG TENTANG PMRAM


Asrama Rumah Melayu Abbasiah : Milik Siapa?

BUKANKAH kita semua mengetahui bahawa sejarah lampau telah melakarkan bahawa sebidang tanah seluas 2.212 meter persegi telah dihadiahkan oleh Jamal Abdul Nasir, Presiden Mesir pada ketika itu kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) di atas jasa-jasa ahlinya membantu pihak kerajaan Mesir.


Namun, tiba-tiba pada 3 Oktober 2004 bangunan Asrama Rumah Melayu Abbasiah telah bertukar nama kepada Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah. Dimanakah hak orang Melayu pada rumah tersebut? Dimanakah hak PMRAM di atas tanah tersebut.


Mari kita selidiki beberapa nota yang saya kumpulkan.


Surat bertarikh : 30 JUN 1985.


Tuan Penyelia

Asrama Melayu Abbasiah.

Tuan,


Peraturan Asrama 1981


Dengan hormatnya saya menarik perhatian tuan kepada perkara yang tersebut di atas. Sukacita dimaklumkan bahawa peraturan asrama yang digunakan sekarang adalah mengikut peraturan yang dibuat pada tahun 1981 oleh Pengarah JPM yang pertama yang telah dipersetujui oleh Kementerian Pelajaran.


2. Bagi tujuan peraturan ini diketahui oleh semua penghuni asrama sila tuan pamerkan peraturan tersebut di papan iklan asrama. Perhatian tuan juga dirujuk kepada beberapa pindaan yang telah dibuat kepada peraturan-peraturan tersebut dari masa ke semasa dan juga berkuatkuasa peraturan yang telah dijalankan di asrama pada masa ini.


Terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


(HAJI MOHAMAD BIN HAJI SHAFIE)


Pengarah,

Jabatan Penuntut Malaysia,

Kaherah.


LAMPIRAN

PERATURAN-PERATURAN ASRAMA PENUNTUT MELAYU MALAYSIA, KAHERAH.


Lihat pada ceraian 1 (1.3)

Tapak bangunan ini diperolehi dari hadiah pihak berkuasa Kerajaan Mesir atas daya usaha dan jasa-jasa ahli-ahli Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.


Lihat pada ceraian 1 (1.6)

Anjung tingkat bawah asrama ini adalah dikhaskan sebagai Pejabat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.


Lihat pada ceraian 2 (2.3)

Dasar pentadbiran Asrama ini diputuskan oleh sebuah jawatankuasa terdiri :

Pengarah JPM

Penyelia Asrama

Pengawai Kebajikan (I) JPM

Pegawai Kebajikan (II) JPM

Juruwati Asrama

Tiga (3) orang wakil PMRAM


Ini adalah isi surat pada 30 JUN 1985. Tiba-tiba dalam tahun 1992, satu notis dikeluarkan oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah.


16 Mac 1992.

Saudara Yang di Pertuan

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

d/a Rumah Melayu

Abbasiah

Kaherah.


Per : NOTIS MENGOSONGKAN PEJABAT PMRAM DI RUMAH MELAYU ABBASIAH

Adalah saya diarah dengan hormatnya memberi notis kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) supaya mengosongkan Pejabat PMRAM yang bertempat di Rumah Melayu Abbasiah, dalam tempoh 7 hari dari tarikh surat ini.


Sekian, terima kasih.


(HJ AHMAD BIN ISMAIL)

Pengarah

Jabatan Penuntut Malaysia

Kaherah.


Milik siapakah PEJABAT PMRAM SEKARANG?


3 comments:

ainon mohd said...

Mungkin ada syarikat yang berminat menyewa rumah tersebut daripada kerajaan Malaysia, dengan tujuan mengambil alih pengurusan rumah itu,dan kemudian para penghuni perlu membayar sewa kepada syarikat tersebut.

Malaysia Boleh!

typeace said...

Puan Ainon,

Susah mahu berbicara hal ini. Surat yang sudah dihantar kepada PM pun, dilayan dengan buruk oleh KPT.

ainon mohd said...

Tuan Syafiq,

Bukan surat dari pelajar sahaja yang dilayan dengan buruk oleh kementerian.

Malah surat-surat dan memorandum daripada profesor-profesor pun menerima layanan yang sama buruknya!