Surat-Surat Untuk Badan Pengurus BP-BP yang dihormati, Saya menulis di dalam keadaan sedar. Saya menulis kerana saya merasakan ini sebuah tanggungjawab. Sekiranya kalian mahu membaca apa yang saya tulis, itu kehendak kalian. Dan sekiranya kalian menganggap ini hanya sebuah tulisan tidak bermakna, abaikan sahaja. BP-BP yang dihormati, Saya berjalan di dalam dunia kepimpinan PMRAM semenjak tiga tahun yang lalu. Dan, semenjak tiga tahun itu saya mengenal dan meneliti apa sumbangan PMRAM kepada masyarakat amnya. Saya pernah alami waktu di mana PMRAM disanjung-sanjung dan diangkat-angkat. Dan, saya pernah alami juga waktu di mana PMRAM dipijak-pijak dan dicemuh-cemuh. Itu yang pernah saya alami. Kalian perlu tahu bahawa perjalanan ini bukan satu perjalanan yang menyeronokkan. Setahun demi setahun berjalan bukanlah waktu yang amat menggembirakan. Pertukaran tampuk kepimpinan juga bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Tahun demi tahun silih berganti dengan pelbagai cabaran dan tugas yang ...
Dari Al-Azhar Ke Pentas Penyiaran