Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Wednesday, February 25, 2009

AKHBAR HARI INI : Maahad Johor Lahir Pelajar Cemerlang

Maahad Johor Lahirkan Mahasiswa Berkualiti

JOHOR BAHRU 24 Feb. - Jika ada ibu bapa berpendapat anak-anak yang belajar di sekolah rendah atau menengah agama akan ketinggalan dalam pelajaran atau sukar mengatur masa depan berbanding murid-murid di sekolah kebangsaan atau swasta, maka tanggapan tersebut tidak benar sama sekali.

Bahkan dari satu sudut, kelebihan yang terdapat di sekolah agama yang membekalkan gabungan ilmu duniawi dan ukhrawi menjadikan para pelajarnya lebih berjaya mengharungi pahit maung kehidupan pada masa depan.

Namun, secara asasnya, peluang masa depan pelajar dari sekolah agama atau kebangsaan sama sahaja kerana ia bergantung kepada kebolehan dan kesungguhan pelajar dan bukan sekolah sebagai penentu semata-mata.

Jika dilihat pada silibus pelajaran, ternyata para pelajar sekolah agama lebih mencabar kerana mereka perlu mempelajari mata pelajaran biasa dan agama secara serentak.

Namun, itu semua tidak menjadi penghalang kerana jika dilihat kepada keputusan peperiksaan utama, lepasan pelajar dari sekolah agama sering mendapat keputusan cemerlang.

Salah sebuah sekolah agama yang melahirkan pelajar cemerlang setiap tahun adalah Sekolah Menengah Tinggi Agama Arab (Maahad) Johor Bahru.

Para pelajar yang belajar di situ mesti memiliki Penilaian Menengah Rendah (PMR), lulus Sijil Menengah Agama (SMA) sekurang-kurangnya mendapat Peringkat Jayyid dan berumur tidak melebihi 17 tahun.

Pengetuanya, Zulkifli Mohd. Yusof, 54, berkata, Maahad Johor menyediakan dua aliran pelajaran kepada pelajar iaitu mata pelajaran agama dan akademik.

"Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) kini Penilaian Sekolah Menengah (PMR) telah diperkenalkan di sini sejak 1990. Pelajar tahun satu, dua dan tiga akan diajar mata pelajaran akademik tingkatan satu, dua dan tiga sebelum menduduki PMR.

"Bagaimanapun, semasa di tahun empat, pelajar Maahad tidak lagi belajar mata pelajaran akademik tapi memberi tumpuan kepada pelajaran agama atau Arab (Thanawi 4) sahaja," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Bagaimanapun, kata Zulkifli, ketika ini, pelajaran di tingkatan satu hingga empat tidak lagi diajar di Maahad Johor kerana para pelajar boleh menduduki PMR di sekolah Arab daerah masing-masing.

Sebaliknya, pelajar tahun kedua Maahad Johor wajib mengambil SPM kerana pada tahun ketiga mereka akan menduduki peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) di samping mempelajari pelajaran akademik tingkatan enam bawah.

Seterusnya, pada tahun keempat para pelajar akan mempelajari mata pelajaran Thanawi Empat dan mata pelajaran akademik tingkatan enam atas dan mengambil dua jenis peperiksaan iaitu Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang diadakan pada Julai atau Ogos serta Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada November atau Disember.

"Kesimpulannya setiap pelajar lepasan Maahad akan memiliki empat sijil peperiksaan iaitu SPM (pada tahun kedua), SMA (tahun ketiga), STPM (tahun keempat) dan STAM yang diambil pada tahun keempat," katanya.

Jelas Zulkifli, objektif memperkenalkan aliran akademik dalam kurikulum adalah bagi membolehkan para pelajar yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang agama dapat menggunakan kelayakan tersebut untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang akademik atau mencari pekerjaan.

Sekolah yang telah dinaikkan taraf sebagai sekolah berasrama penuh itu juga didukung oleh barisan tenaga pengajar yang berkaliber.

Guru-guru yang dipilih bagi menggembleng tenaga di sekolah tersebut ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).

"Kebanyakan guru di sini adalah berkelulusan Sarjana Muda dari Universiti Al-Azhar, Mesir atau Diploma Pendidikan. Selain itu mesti bermazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Bagi guru akademik, mereka perlu ada kelulusan SPM dan STPM," jelasnya.


2 comments:

Farah Chishty said...

salam,

I came across your Blog while trying to finda religious school for my daughter.

I am from Singapore and we are relocatting to JB.

Would it be possible to recommend me agovernment or private Sekolah Agama for my daughter . We tried Sekolah Rendah Hidayah but it is full.

Hope to hear from you soon, Inshallah
Thank You

Farah Chishty

Farah Chishty said...

Kindly reply to me at csfarah@gmail.com