Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Sunday, February 15, 2009

Di Ambang MUKTAMAR : Air Mata PMRAM

Abdul Mu'izz Muhamad (Bakal Calon Presiden PMRAM 2009)

SILIH GANTI pentadbiran PMRAM akan berubah kurang daripada dua bulan daripada sekarang. Tentunya selepas tiga tahun saya menerajui kepimpinan PMRAM bermula sebagai Ketua Badan Komunikasi dan Bahasa Arab pada tahun 2006, kemudian sebagai Setiausaha Agung PMRAM selama dua tahun berturut-turut tentunya banyak pengalaman suka dan duka yang saya perolehi.

Saya pernah di'tampar' dengan pelbagai salah tanggap negatif sehinggalah saya menyedari bahawa PMRAM yang telah mendewasakan saya.

Saya mengakui secara jujur bahawa sekiranya PMRAM diherdik dengan pelbagai kecaman dan ancaman saya juga akan terasa. Ini berlaku di akhir-akhir pentadbiran saya kerana saya merasakan tanggungjawab untuk menjaga keutuhan PMRAM yang sudah bernafas selama hampir 80 tahun.

Perjalanan PMRAM amat panjang. Malah, sebagai Setiausaha Agung PMRAM saya mengkaji sejarah PMRAM bersungguh-sungguh. Walaupun ketika di peringkat menengah saya tidak berminat di dalam matapelajaran sejarah, tetapi apabila bertemu dengan sejarah PMRAM saya jadi lebih prihatin.

Semalam, saya membuka Warta PMRAM (1974) yang mencatat sejarah yang tidak diketahui oleh semua secara umum. Malah pada saya, Presiden PMRAM lalu, Ustaz Hairul Nizam Mat Husain pun tidak mengetahui sejarah ini.

Tetapi semua itu saya akan simpan dan mungkin saya akan bukukan di dalam sebuah novel sejarah. Insya-Allah.

Apa yang penting ada dua perkara yang perlu diketahui bahawa ada dua tokoh akademik sekarang yang mengetahui sejarah PMRAM yang lebih tepat mengikut catatan sejarah. Mereka adalah Dr. Mahmud Zuhdi Abdul Majid (UM) dan Dr. Abdul Shukor Husein (USIM). Saya akan buat kajian selepas ini.


2 comments:

Noor Hanisah Bt Mohd Ishak said...

salam alaik.

Semalam, wakil PMRAM, Ustaz Mohd Firdaus Mazlan yang menghadiri persidangan PERTAMA di Jordan ada memberikan serba sedikit info tentang PMRAM, latar belakang (walaupun xbyk) dan hubungan mereka dengan PERUBATAN.

Sampaikan salam terima kasih saya kepada beliau kerana penerangannya menjawab persoalan sy kenapa PERUBATAN dan PMRAM itu tidak disatukan dan wujudnya gap antara pelajar2 dirasat dan perubatan.

syukran.

mohamad ridzuan bin mohd nor said...

Salam perjuangan.

Semoga nta dipermudahkan oleh Nya dalam menitip tinta sejarah perjuangan bahtera PMRAM.Sebagaimana dakwah ini,bukan kita yang memulakannya,maka kita bukanlah yang mengahirinya.

Namun,semoga kita sama-sama berdoa selalu,moga-moga nta,ana dan sahabat-sahabat dakwah lain sentiasa dipilih oleh Allah,menjadi insan bertuah dalam menjadi mata rantai perjuangan.