Langkau ke kandungan utama

PPSMI WAJAR DIHAPUSKAN

Hampir setahun tidak bertemu 'Kang Abik', penulis novel Ayat-Ayat Cinta

PPSMI WAJAR DIHAPUSKAN

Tahniah kepada Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk Dr. Hassan Ahmad yang telah berjaya menyerahkan memorandum kepada Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein di Parlimen, 17 Februari.

Ketika saya menjadi pengawas peperiksaan untuk pelajar-pelajar di Sek. Men. Keb. Bandar Baru UDA, Johor Bahru dua tahun yang lalu ketika Peperiksaan Akhir Tahun, saya menyedari pelajar cemerlang (kelas Bestari 1) pun masih lagi terkial-kial memahami istilah di dalam pelajaran Matematik ketika itu.

Justeru, sebagai seorang 'guru' yang bertimbang rasa (walaupun saya bukan guru Matematik) tetap saya menterjemahkan kehendak soalan kepada pelajar berkenaan.

Akhirnya saya berfikir bahawa, 'kan mudah kalau PPSMI ini dimansuhkan sahaja.'

Berita dari Malaysiakini.com

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini sekali lagi menerima memorandum mendesak dimansuhkan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Kedua-dua tokoh penting Pakatan Rakyat itu sebelum ini menerima memorandum mengenai perkara yang sama sebelum pilihanraya kecil Kuala Terengganu 17 Januari lalu daripada Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).

parliament 170209 wakil gerakan memansuhkan ppsmiMemorandum 12 halaman itu - yang mengandungi kompilasi ringkasan hasil kajian beberapa ahli akademik tempatan berhubung pelaksanaan PPSMI - diserahkan oleh pengerusi jawatankuasa induk GMP, Datuk Hassan Ahmad di parlimen pagi ini.

Dr Hassan ditemani sembilan lagi tokoh bahasa dan sastera tanahair ketika penyerahan itu, termasuklah Sasterawan Negara, A Samad Said; penyair terkenal, Dinsman serta pakar bahasa Ainon Mohd dan Dr Abdullah Hassan.

Memorandum yang sama pernah diedarkan kepada wartawan di sebuah sidang media GMP di pejabat Persatuan Penulis Nasional (Pena) di ibunegara Khamis lalu.

Anwar yang hadir menemui kumpulan itu dan menerima memorandum di pertengahan sidang media mereka, berucap ringkas: "Saya harap semua ahli parlimen Pakatan Rakyat terus memperjuangkan perkara ini (pemansuhkan PPSMI)."

Turut kelihatan ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin utama Pakatan juga hadir memberikan sokongan kepada gerakan itu.

'Gagal jumpa Hisham'

Melihat sokongan itu, Dr Hassan secara berseloroh berkata: "Tak nampak pula orang-orang Umno."


Dalam sidang media di parlimen, Dr Hassan bagaimanapun berkata, tidak akan menyerahkan memorandum kepada semua ahli Parlimen, sebaliknya akan memberikan kepada "yang terpilih dan ketua-ketua sahaja".

Sehingga jam 11.30 pagi, kumpulan itu masih belum berjaya menemui Menteri Pelajaran, Hishamuddin Hussein bagi tujuan yang sama.

Penyokong gabungan beberapa NGO dan parti politik pembangkang itu pada mulanya berkumpul di Tugu Negara, sebelum berarak ke parlimen kira-kira 9.30 pagi tadi.

Mereka tidak menjeritkan sebarang slogan, sebaliknya hanya memegang sepanduk bertulis "Rakyat tuntut mansuhkan PPSMI".

Bagaimanapun, dengan jumlah yang kecil kira-kira 20 orang sahaja, perarakan itu berakhir tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Kira-kira 40 polis dilihat berkumpul di sekitar kawasan itu dan mengadakan dua sekatan jalanraya di jalan menuju ke Parlimen.

Ulasan

smart-n berkata…
terkial2? walaupun melayu jugak masih ada yang terkial. aku menyesal zaman dulu ak x tekankan mengenai english. sebab aku sudah terkial2 sekarang di U.

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)