Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Friday, February 13, 2009

Politik Perak : Satu Khulasah Daripada Tarbus Merah

POLITIK PERAK

Setelah satu minggu saya merenung dan mengkaji masalah politik di Perak bermula 6 Februari – 13 Februari (hari ini) dan Menteri Besar Perak yang sah telah menfailkan saman, saya berani membuat beberapa kesimpulan.

Pertama : Kerajaan Pakatan Rakyat Perak masih sah di sisi undang-undang.

Kedua : Sultan Perak tidak mempunyai kuasa untuk memecat Menteri Besar tetapi berkuasa memecat exco kerajaan negeri.

Ketiga : Sultan Perak dipaksa membuat peralihan kuasa (rampas kerajaan) kerana atas desakan orang-orang yang paling hampir dengan baginda. Secara logik, perbincangan yang hanya berlaku tidak sampai 24 jam membuatkan Sultan Perak berubah pandangan sedangkan Sultan Perak adalah seorang Sultan yang memahami perundangan.

Kronologi kes (4 Feb) Nizar mohon bubar DUN, (5 Feb) Najib berunding, Nizar masuk sekali lagi (6 Feb) Kerajaan 'rampas kuasa' telah mengambil alih.

Keempat : Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dipaksa oleh pihak-pihak dalaman menghalau YAB Ir. Mohd Nizar Jamaluddin daripada pejabatnya pada hari Jumaat lalu (6 Februari). Walaupun sifat dan sikap SUK Perak bukanlah seperti itu sebenarnya.

Kelima : Rakyat Perak masih merindui kepimpinan Nizar dan menganggap Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah setelah hampir 97% hasil kajian dibuat bahawa Nizar dicadangkan menjadi calon bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang yang dijadualkan akan berlangsung pada 7 April nanti.

Keenam : YB Adun Bota, Nasaruddin berkemungkinan dirasuah oleh AMNO (baca : bukan Amni – anak saudara saya) untuk kembali semula kepada UMNO.

Ketujuh : PAS merupakan parti yang lebih rasional diterima oleh rakyat daripada PKR dan DAP. Ini bermaksud Anwar Ibrahim seolah-olah tidak diterima sendiri oleh kepimpinan DAP. (Kes yang berlaku apabila Karpal Singh mendakwa Anwar Ibrahim memulakan proses lompat parti).

Kelapan : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bekerja secara profesional dan melihat juak-juak AMNO, PKR, PAS dan DAP agar tidak bermain dengan rasuah.

Kesembilan : Tahniah kepada Dr Zambry yang dilantik sebagai Menteri Besar Boneka baharu.

Disediakan oleh
Tarbus Merah
Pemerhati Politik Cawangan Mesir


1 comment:

rahmahmokhtaruddin said...

salam..
regarding ur comment,
cmne tuh?
cmne nk puitiskn?
cmne nk tmbh segar tuh?
x reti..