Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Thursday, December 04, 2008

Renungan : Saya Bukan Anak Dato'



Saya bukan anak Dato', sebab itu saya jarang sekali tidur di dalam hotel-hotel mewah. Seingat saya, kali terakhir saya tidur pun di Hotel Mandarin Court, Kuala Lumpur tahun lalu sempena program Bengkel Penulisan Karyawan Muda Luar Negara anjuran DBP.

Pernah satu masa, saya dibawa oleh keluarga di Palace of The Golden Horses Hotel di Seri Kembangan, Kuala Lumpur berhampiran Mines Wonderland, Sungai Besi. Entah berapa tahun yang sudah saya tidak mampu untuk kembalikan nostalgia itu.

Itu kisah dahulu. Kisah saya diheret oleh keluarga untuk sama-sama menyertai percutian. Mungkin kini sudah dewasa, peluang untuk saya pula yang menyewa dan membawa kedua-dua orang tua menikmati hidup di sana. Beberapa tahun kebelakangan ini, lebih-lebih lagi selepas duduk di Mesir peluang itu jarang-jarang saya menemukannya.

Beberapa hari yang lalu, saya dibawa ke Hotel Fairmont, Cairo bersama seorang teman. Jikalau mahu dihitung, hotel ini saya gambarkan seperti Palace of The Golden Horses Hotel di Malaysia. Aduh! Sungguh mewah. Hanya yang berpendapatan sahaja mampu memilikinya.

Apabila saya tanyakan, berapa harga sebilik, dikatakannya pada saya hanya USD 350 sahaja sehari semalam.

Wah! Ini bilik atau tempat untuk menghabiskan duit.

Saya bukan mahu ceritakan yang kita perlu hidup di dalam keadaan mewah. Bukan juga niat saya mahu bercerita tentang perlunya kita hidup di hotel, tetapi kita perlu fikir bahawa mengapa kita hidup bermacam-macam latar.

Ada orang yang berkemampuan, ada orang yang langsung tidak pernah menjamah ruang lobi hotel. Dan, paling dahsyat adalah yang tidak pernah tahu bahawa hotel itu wujud.

Peluang berkunjung ke hotel tersebut pun sempena dengan program Gerak Usahawan Mesir yang menempatkan delegasi dan semua agensi yang terlibat. Fikir saya, berapa banyak wang kerajaan disalurkan untuk kediaman tersebut?

2 comments:

ainon mohd said...

Hmmm....

Penginapan hotel ditanggung oleh rakyat, jadi tidak hairanlah isu harga kamar tidak penting.

Terima kasih atas laporan yang banyak maklumat.

Saudara melaporkan macam wartawan sejati. Kalau wartawan media perdana, yang dilaporkan yang muluk-muluk sahaja.

humaira'_syifa said...

catatan yg bernas..

mabruk alaik!

manusia skrg mengagungkan western lifestyle..prestij..
smpikn x terlintas langsung issue2 guna duit rakyat, guna duit syarikat pd jalan yg x sepatutnya..
ape2 pn reflect this thing to ourselves first on how amanah we are in dealing even with nitty gritty things..ws