SUMBER : Utusan Online GAZA TERUS BERMANDI DARAH BANDAR GAZA 29 Dis. – Jet-jet pejuang Israel mengebom kedudukan Hamas di Genting Gaza buat hari ketiga berturut-turut hari ini menyebabkan tujuh orang terbunuh, termasuk kanak-kanak. Antara mangsa yang terkorban awal hari ini ialah empat kanak-kanak perempuan berusia antara setahun hingga 12 tahun daripada sebuah keluarga. Mereka terbunuh dalam serangan udara ke atas sebuah masjid dekat rumah mereka di pekan Jabaliya, utara Gaza, manakala dua budak lelaki terbunuh dalam satu serangan di bandar Rafah, selatan wilayah ini. Jet-jet pejuang Israel mensasarkan rumah Komander Kanan sayap bersenjata Hamas, Briged Izz el-Deen al-Qassam, Maher Zaqout, tetapi beliau terselamat kerana tidak berada di rumah itu ketika serangan tersebut. Rejim Yahudi itu terus memekakkan telinga terhadap desakan dunia supaya rejim zionis itu menghentikan keganasan di semenanjung itu. Sewaktu kereta kebal dan meriam Israel berkumpul di sempadan Gaza sebagai persiapan ...
Dari Al-Azhar Ke Pentas Penyiaran