
Sebelum menunaikan tanggungjawab menghadapi peperiksaan madah al-Quran petang ini, saya mendapat khabar bahawa cerpen saya terbit di Akhbar Berita Minggu. Tajuknya "Hadiah Untuk Ustaz."
Sila Baca Cerpen di Berita Minggu
Terima kasih sekali lagi kepada editor yang membuat pemilihan karya ini untuk diterbitkan sempena Hari Guru pada tahun ini. Pengalaman sebagai seorang guru pada tahun lalu di SMK Bandar Baru UDA, Johor Bahru menjadikan karya saya ini akrab mencatatkan sebuah pengalaman yang indah.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Terima kasih kepada bonda Zaharah Nawawi yang mengajar saya menulis.
Tambahan : Selamat Hari Lahir buat teman Muhammad Aiman 'Izzat bin Abdullah dan Mohd. Arif bin Abdullah pada hari ini.
Ulasan
Saya orang baharu. Dan saya perlu belajar lagi dan lagi untuk kejayaan pada masa-masa mendatang.
Anda senior saya. Orang MPR. Tak sama dengan saya seorang yang hanya bengkel kecil.