Saya Akan Berubah


Kenapa saya perlu berubah? Adakah sebelum ini perangai saya teruk sangat? Adakah sebelum ini banyak kesalahan yang saya lakukan? Mungkin banyak benarnya daripada salahnya. Saya tidak tahu di mana silapnya. Saya juga kurang pasti mengapa jadi begini.

Banyak perkara yang sering lakukan namun kurang menjadi. Perkara-perkara remeh yang berulang tetap saya hadapi. Saya nak lakukan perubahan. Apa perubahan itu? Saya tidak pasti lagi adakah perubahan ini akan dan pasti terjadi. Semua yang saya lakukan ada yang tidak puas hati. Saya menyiarap, ada yang tidak suka. Saya menggomel, ada yang kata macam orang gila. Saya mengaji, ada yang kata macam baik sangat. Jadi, semua tidak kena. Kemahuan tidak dibela. Kehendak tidak diturut. Biarkanlah, inilah dugaan dunia. Yang penting, saya akan berubah walau selekumit cuma.

Comments

Popular posts from this blog

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Mahasiswa Perlukan Pemikiran Kelas Pertama – Wan Abdul Halim