Langkau ke kandungan utama

Seputar PMRAM


Saya terharu melihat gelagat dan aksi Badan Pengurus PMRAM sesi 2006 yang baru memegang dan duduk di barisan kabinet PMRAM. Tahniah dan takziah saya ucapkan. Namun, apa yang amat terharu pada diri saya sehingga ke hari ini adalah bagaimana sayangnya dan kasihnya BP yang lama kepada BP yang baru. Saya adalah antara generasi pewaris perjuangan PMRAM yang paling muda kala ini. Berbekalkan semangat dan keazaman diri, saya lebih gemar menyatakan bahawa PMRAM membentuk nilai jatidiri dan kehidupan yang sebenar yang dituntut di dalam Islam.

Baru - baru ini Dialog Perdana PMRAM telah di adakan di perkarangan Rumah Terengganu, Hayyu Asyir. Kemuncak program tersebut adalah program Pelancaran Dana Syaqah PMRAM. Tahukah kalian, jika seorang mahasiswa Al- Azhar menyalurkan wang bernilai LE10 sahaja, PMRAM akan berjaya mengumpulkan dana itu sebanyak LE 40,000. Ini bermaksud sekadar LE 260,000 perlu lagi dikumpulkan bagi merealisasikan hasrat dan impian ahli PMRAM untuk mendapatkan tempat dan pejabat baru PMRAM demi menjaga keutuhan dan keizzahan PMRAM yang telah didokong oleh semua penuntut di bumi anbiya’ ini.

Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa di dalam mempersoalkan dan berbicara tentang Pejabat PMRAM atau sebagainya. Biarkanlah sejarah menjadi saksi. Apapun, suatu yang ingin saya berkongsi adalah kesanggupan golongan – golongan Islam di saentero dunia membantu perjuangan sekecil ini. Saya yakin, jika semua insan memahami akan sikap saling membantu, maka tidak hairanlah bahawa PMRAM akan mengumpulkan lebih daripada LE 300,000 untuk mendapatkan jumlah terkumpul dana ini.

Saya cabar semua golongan yang berjiwa Islam dan mereka yang ingin mempertahankan perjuangan Islam. Jika kita berjaya melaksanakan perjuangan ini. Maka sedikit perjuangan kita akan menjadi saksi di akhirat nanti. Jangan salahkan persatuan kami, jika generasi pewaris kita nanti tidak dibantu dan dipimpin ke arah Islam yang sebenar.

(p/s : Ahli dermawan yang ingin membantu perjuangan ini hendaklah berhubung dengan Presiden persatuan kami)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kosa Kata Pada Hari Ini

Sudah lama tidak bersua untuk berkongsi makalah atau bahan berunsur sastera. Justeru, hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian beberapa kosa kata baru yang wajar digunakan oleh kita sama ada di dalam penulisan kita seharian atau sebagainya. 1. Adar : bertandang (bertandang, bermalam di rumah orang) Contoh ayat – Aiman dan Akram selalu ber adar ke rumah bapa saudaranya pada hari Ahad. 2. Atip : susun (susun, atur) Contoh ayat – Ustaz Hairul meminta agar semua badan pengurus PMRAM meng atip baju-baju yang berserakan di dalam almari besi itu. 3. Banjar : baris (baris, jajar, deret) Contoh ayat – Izzat, Ifwat dan Izmir berdiri se banjar di dalam perbarisan kawad kaki sempena Hari Sukan di sekolahnya. 4. Enigma : kebingungan (menjadi bingung atau kebingungan) – disebabkan oleh sesuatu hal atau seseorang) Contoh ayat – Pegawai itu berada di dalam situasi enigma setelah diminta untuk berundur daripada tugasnya di dalam masa 24 jam. 5. Suang ...

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...