Langkau ke kandungan utama

Catatan

Politik Pentadbiran Negeri Johor

KITA menghormati pandangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Bahagian Sumber Manusia) apabila menukarkan YB Dato' Haji Zalil bin Baron (gambar) sebagai Pengarah Jabatan Agama Johor kepada jawatan Pengurus Besar Yayasan Pelajar Johor. Tetapi, harus diketahui bahawa pertukaran Dato' Haji Zalil difahamkan adalah satu konflik yang berlaku di dalam Jabatan Agama Johor apabila Dato' Haji Zalil tidak merelakan penjualan Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang dan Maahad Johor untuk diberikan kepada kerajaan pusat. Oleh yang demikian, kita mengucapkan tahniah kepada Dato' kerana berjuang menegakkan amanah kerajaan negeri. Untuk pengetahuan, setahu saya Pengarah Jabatan Agama Johor hendaklah diisi oleh pegawai tadbir kelas JUSA C. Tetapi kini, yang menjawat jawatan hanyalah seorang pegawai tadbir N52, Tuan Haji A. Rahman bin Jaafar. Kita menghormati akan pertukaran pegawai kerajaan negeri Johor atas arahan orang-orang dalaman!

Bulan Kesibukan dan Sayembara

Manuskrip karya seorang penulis muda SAYA akan hadapi bulan kesibukan. Dan perkara itu saya sudah mula terasa. Pertama, saya bakal berpindah ke Asrama Pelajar Johor (Rabaah). Kedua, tugasan ke arah majlis dan program PMRAM yang semakin menghampiri. Ketiga, muktamar sanawi PMRAM yang akan berlangsung tidak lama lagi memerlukan perancangan yang rapi dan teliti. Dan, di dalam keripuhan ini, saya gagahkan juga menerima manuskrip karya antologi cerpen 'Hati Seorang Lelaki' (rajah di atas) yang ditulis oleh dua orang penulis muda hari ini. Insya-Allah, saya akan cuba menyelesaikan tanggungjawab itu satu-persatu. Tetapi secara peribadi saya lebih gemar menyelesaikan kerja manuskrip tersebut kerana perkara itu lebih akrab dengan jiwa. SAYEMBARA NOVEL FIKSYEN SAINS DAN TEKNOLOGI. Saya diminta oleh Abang Rozlan Mohamed Noor, urusetia sayembara novel (juga editor Utusan) untuk mengumumkan Sayembara Novel Fiksyen Sains dan Teknologi yang akan berlangsung sehingga 31 Ogos 2009. Justeru, kep...

Benarkah PMRAM Bertugas Di Dalam Program Ceramah PAS

Benarkah PMRAM Bertugas Di Dalam Program Ceramah PAS Baru-Baru INI? (Kritikan terhadap tulisan Faizal Sabhon) SAYA bukanlah insan yang layak mengkritik hasil karya orang lain. Namun, apabila memikirkan bahawa permasalahan penulisan semestinya berlandaskan empat elemen iaitu teori, praktikal, kritikan dan penerbitan, saya mengambil tanggungjawab untuk menjawab sedikit demi sedikit perbincangan yang diutarakan. Saudara dan saudari sidang pembaca, Kalian harus maklum bahawa Saudara Faizal Sabhon seorang mahasiswa di dalam jurusan Ijazah Sarjana, Universiti Kaherah, Mesir. Justeru, menemplak akan karya beliau bukanlah sesuatu yang adil apabila anda tiada bukti kukuh untuk menolak segala dakwaan yang telah dibuat. Bagi saya, tulisan beliau kekadang melalui jalan ilmiah dan kekadang sebaliknya. Namun di dalam kategori karya yang bertajuk “PAS LANCAR PROGRAM MEMPASKAN MAHASISWA AL-AZHAR”, saya kategorikan karya tersebut adalah karya basah. Apa maksud karya basah? Karya basah adalah sebuah ka...

Lebih 1,500 orang banjiri ceramah PAS di Mesir

PAS LANCAR PROGRAM MEM ‘PAS’ KAN MAHASISWA karya Faizal Sabhon Anda yang mahu membaca karya beliau sila sahaja paut ke laman ini. Mari lihat PRO DAN KRONTA. Lebih 1,500 orang mahasiswa banjiri ceramah Presiden PAS KAHERAH, Mesir 31 Januari – Lebih daripada 1,500 orang mahasiswa yang sedang menuntut di Mesir menghadiri ceramah umum yang disampaikan oleh YB Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang diadakan di Dataran Hayyu Asyir, Kaherah, Mesir. Program yang bermula pada jam 9.00 malam itu diselesaikan dalam jangka masa 2 jam 45 minit. “Di dalam kedinginan malam dengan suhu dianggarkan kurang daripada 10 darjah celcius, seluruh mahasiswa Mesir turun membanjiri tapak ceramah”, kata Tarbus Merah. Program di bawah anjuran Yayasan Amal Malaysia dan Muslim Care merupakan program pertama terbesar di Dataran Hayyu Asyir, Kaherah pada tahun 2009 ini. Ia membuka tirai 2009 dengan program ceramah sebegini. Kehadiran Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang diserik...

Siapa Calon Presiden PMRAM 2009?

Khairul Anuar Ismail, Presiden PMRAM 2008. Adakah masih kekal? DESAS-desus kepimpinan PMRAM 2008 akan melabuhkan tirai pentadbiran sudah kedengaran. Ini gara-gara pencalonan kepimpinan PMRAM bagi sesi 2009 telah dibuka selama 10 hari bermula 27 November 2008 hingga 07 Disember 2008. Pihak Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM dengarnya akan memaklumkan, senarai calon kepimpinan PMRAM sesi 2009 di dalam masa yang terdekat. Apapun, sama-sama kita doakan yang terbaik. Apakah tirai kerusi Presiden PMRAM 2009 akan berulang lagi di bawah takhta Ustaz Khairul Anuar bin Ismail? Saya sebagai anggota Badan Pengurus PMRAM yang masih memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung PMRAM pun turut merasai keperitan dan kehangatan. Tambahan : 1. Dap-Dip-Dup... Semacam mahu menunggu calon BN atau PAS untuk Pilihanraya Kecil sahaja. :) 2. Ramai orang berkata saya tidak layak menduduki kerusi Presiden. Hehehe. Alhamdulillah. 3. Saya sudah tiga tahun dalam dunia kepimpinan. Mahu kekal untuk tahun keempat? Tidak!

SELAMAT HARI LAHIR MAMA

Seorang insan mengajar aku menjadi makhluk Tuhan yang paling mengakrabkan. Dia menilai mana satu hak dan kebatilan. Barangkali Dia pernah memarahiku atas kesilapanku yang lampau. Dia, seorang insan yang tidak pernah kenal erti susah sebuah penderitaan. Tidak pernah gusar menghadapi kekecewaan. Tatkala bumi meletakkan nafas, barangkali Dia insan pertama yang ku panggil untuk bersama. Dia, seorang insan yang berjihad bukan dengan pedang di tangan. Bukan juga berjuang di dalam medan pertempuran. Barangkali medan yang dilalui amat payah untuk dilakarkan dan dicoretkan. Dia, tidak pernah ketawa kerana kegagalanku. Tidak pernah tersenyum kerana kesengsaraanku. Tetapi Dia menangis kerana menyayangiku selalu. Dia, bakal mengganti syuhada' di arena kerohanian lahiriah yang tak pernah terfikir oleh mindaku. Nantikan kami di pintu itu. Syafiq Zulakifli Kaherah, Mesir SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN (1964-2009)