Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Sunday, February 01, 2009

Benarkah PMRAM Bertugas Di Dalam Program Ceramah PAS


Benarkah PMRAM Bertugas Di Dalam Program Ceramah PAS Baru-Baru INI? (Kritikan terhadap tulisan Faizal Sabhon)

SAYA bukanlah insan yang layak mengkritik hasil karya orang lain. Namun, apabila memikirkan bahawa permasalahan penulisan semestinya berlandaskan empat elemen iaitu teori, praktikal, kritikan dan penerbitan, saya mengambil tanggungjawab untuk menjawab sedikit demi sedikit perbincangan yang diutarakan.

Saudara dan saudari sidang pembaca,

Kalian harus maklum bahawa Saudara Faizal Sabhon seorang mahasiswa di dalam jurusan Ijazah Sarjana, Universiti Kaherah, Mesir. Justeru, menemplak akan karya beliau bukanlah sesuatu yang adil apabila anda tiada bukti kukuh untuk menolak segala dakwaan yang telah dibuat. Bagi saya, tulisan beliau kekadang melalui jalan ilmiah dan kekadang sebaliknya. Namun di dalam kategori karya yang bertajuk “PAS LANCAR PROGRAM MEMPASKAN MAHASISWA AL-AZHAR”, saya kategorikan karya tersebut adalah karya basah.

Apa maksud karya basah? Karya basah adalah sebuah karya yang berunsurkan pandangan peribadi, dilihat dengan mata, kemudian ia jatuh ke hati lantas ia diluahkan dengan penuh perasaan di dalam meja pena.

Adakah karya Faizal Sabhon telah menimbulkan polemik antarabangsa kepada PMRAM? Adakah dakwaan tersebut benar atau tidak?

Ketahui bahawa, PMRAM sudah dilabel sebagai pembangkang semenjak bertahun-tahun yang lalu. Malah apabila PMRAM menafikan dakwaan tersebut, ada pihak-pihak yang cuba memutarbelitkan keadaan.

Beberapa fakta ini saya akan rungkaikan.

PMRAM JALANKAN TEKNIK DOWNLINE

Pelik juga bagaimana situasi ini boleh dilakukan. Di dalam pasca arus pembangunan dunia yang semakin canggih, dengan hanya maklumat di hujung jari, semua perkara boleh berlaku. Anggapan saya begini.

Semua maklumat dihantar dengan menggunakan sistem Yahoo Mesengger. Mahasiswa akan mengepos setiap pesanan yang diterima kepada kawan-kawan lain. Justeru, tidak timbul isu teknik ‘downline’ yang cuba dibangkitkan.

Mereka yang datang ke program adalah kehendak individu dan momentum mahasiswa yang mahu mendengar seorang pemimpin pembangkang berucap.

Kenyataan ini saya akui. Mahasiswa kita di Mesir, hampir 90% daripada mereka berminat terhadap kepimpinan Islam dan kepimpinan ulama. Mengapa? Kerana mereka mendasari perjuangan Islam yang dibawa oleh kepimpinan Islam. Mereka mempunya beberapa buah dalil daripada al-Quran dan as-Sunnah berkenaan dengan politik Islam.

Dan, secara tidak sedar virus ini merebak secara persendirian terhadap mahasiswa kepada mahasiswa yang dijalankan dengan berpandukan akal fikiran individu. Jika mereka menerima dengan menggunakan ilmu, maka itulah yang mereka peroleh.

Faizal berkata “Jika ditanya kepada pimpinan PMRAM atau persatuan kebajikan anak-anak negeri yang lain,mereka hanya akan kata "tidak tahu" atau "dengar-dengarnya macam tuh lah.." sedangkan mereka amat mengetahui perancangan majlis tersebut.”

Ini adalah unsur tidak logik yang besar terjadi. Ini kerana di dalam masalah ini, PMRAM tidak kena mengena langsung dengan majlis tersebut. Malah, PMRAM tidak pernah dijemput bersama-sama di dalam program tersebut. Ini adalah inisiatif individu untuk menghadiri dan maklumat sememangnya tiada di dalam pengetahuan PMRAM.

Barangkali anda memang menyangka PMRAM mengetahui akan maklumat ini. Tetapi, pimpinan PMRAM juga mengetahui program yang akan dilakukan ini daripada pihak-pihak luar.

Sebagai contoh, penulis mengetahui maklumat program daripada sistem pesanan maklumat di dalam YM. Justeru, maklumat itu juga yang penulis sampaikan kepada kawan-kawan dan teman-teman yang lain.

DARI MANA DATANG KENDERAAN MENGANGKUT MAHASISWA KE PROGRAM INI?

Jawapan saya mudah. Sila bertanya kepada mereka yang berada di kawasan (cawangan) muhafazah. Mereka di antara individu yang merasai bagaimana bermulanya majlis perkumpulan ini.

Tetapi sedia maklum bahawa, apabila peminat kita datang di suatu tempat, maka bergerombolan kita akan memaklumkan kepada kawan-kawan kita. Contoh: Apabila Mawi datang ke tempat (atau kampung) anda, maka tentunya anda juga sebagai peminat fanatik sanggup membeli harga tiket yang beratus-ratus ringgit untuk mendegar aura suara beliau.

Begitulah yang berlaku pada kes ini.

Faizal masih berkata lagi bahawa;, “Mereka akan kata, itu usaha individu, bukan persatuan. Namun, saya ingin bertanya di sini, apakah perbezaan antara penglibatan "INDIVIDU" dan "INDIVIDU YANG TELAH DIPERGUNAKAN? Mereka sendiri tahu jawapannya.”

Jawapan saya. Ahli PMRAM ada sejumlah 4,000 orang dan ke atas. Justeru, melabelkan individu kepada persatuan adalah tidak tepat. Kerana, hampir 90% mahasiswa pengajian Islam di Mesir adalah ahli PMRAM.

Bukankah saudara Faizal Sabhon juga merupakan ahli PMRAM? Justeru memaknakan PMRAM menggunakan individu adalah bercanggah dengan maklumat tersebut.

PENCERAMAH TIDAK ADIL

Barangkali saya mengakui bahawa tajuk “PALESTIN MENANGIS” yang digembar-gemburkan di dalam majlis ceramah umum tersebut adalah tidak wajar. Namun, kita harus mengakui bahawa penceramah yang datang berceramah adalah seorang wakil rakyat dan ahli Parlimen.

Barangkali UMNO juga harus mengakui bahawa mereka menggunakan hujah MELAYU-MELAYU-MELAYU di dalam ceramah-ceramah mereka. Mereka mengatakan bahawa kita mesti hidupkan semangat Melayu di kalangan mahasiswa.

Ini diakui dengan beberapa pertemuan yang telah saya hadapi ketika berhadapan dengan wakil kerajaan baru-baru ini. Mengapa di dalam sidang mereka, ucapan ini digunakan?

Aduh! Pening kepala.

Yang paling lawak adalah, seorang wakil kerajaan menangis-nangis berkata kepada saya, "kita kena bantu Melayu hari ini. Jangan sampai negara kita dikuasai oleh orang Cina dan India.

Anda mahukan kerajaan Islam atau kerajaan Melayu? Jika mahukan kerajaan Melayu, anda adalah golongan assobiyyah. Sedangkan Islam itu lebih syumul daripada Melayu.

KESIMPULAN

Saya buat kesimpulan begini. Mahasiswa sudah berubah. Justeru, kerajaan juga akan berubah. Terpulang kepada individu untuk menilai. Saya berikan saudara dan sidang pembaca juga untuk menilai.




2 comments:

thaaqhib said...

selagimana ada budaya 'lontar batu melulu dan sorok tangan' selagi tu.. kita terus begini.

dakwaan, asaskan asas kita. harmonikan suasana.

hayati isu palestin, ....bukan hanya serang politik

hanif mohamed said...

Mana ada pembangkang mai. Yang datang semua adalah pihak kerajaan negeri. Pembangkang adalah BN sekarang. Betui tak? ingat tus, sekarang BN dah jadi pembangkang yang sah di 5 buah negeri. Tidur lagi ker? Sedarlah wei.