Langkau ke kandungan utama

HALA TUJU SELEPAS STAM 2019

KEPUTUSAN Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) telah dikeluarkan pada Januari 2020.

Alhamdulillah kepada semua yang berjaya mendapat keputusan cemerlang sama ada MUMTAZ, JAYYID JIDDAN, JAYYID, MAQBUL atau sebagainya.

Teringat juga saya sewaktu menerima keputusan STAM enam belas tahun yang lalu. Begitulah pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Keputusan sudah keluar, pihak ILMAM Malaysia (Likes Ilmam Malaysia) telah memaklumkan bahawa sebarang maklumat untuk ke bumi Mesir bagi lepasan STAM akan dimaklumkan oleh mereka.

Insya-Allah, seperti tahun-tahun sebelum ini, pihak kami menghantar mahasiswa ke bumi Mesir dan alhamdulillah semua berjalan dengan sempurna.

BAGAIMANA MEMOHON KE MESIR

(1) Dapatkan maklumat daripada Kementerian Pendidikan Malaysia tentang kemasukan ke bumi Mesir.

(2) Perkasakan bahasa Arab supaya urusan pendidikan berjalan dengan baik

(3) Banyakkan menyelidik segala maklumat berkenaan dengan bumi Mesir dan sekitarnya. (bagi ibu bapa yang amat risau tentang situasi politik Mesir, insya-Allah semuanya baik.)

BAGAIMANA MEMILIH PENGAJIAN

(1) Sehingga waktu ini; pengajian di bumi Mesir terdiri daripada

- Ijazah Sarjana Muda Syariah
- Ijazah Sarjana Muda Usuluddin
- Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab (Lughah)
- Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Dirasat Islamiah

(2) Bagi fakulti perubatan, ILMAM akan memaklumkan dari semasa ke semasa maklumat terbaharu.

Baca artikel juga yang bertajuk : SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

Untuk pertanyaan lanjut Whatapps saya : www.wasap.my/60177346946

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kosa Kata Pada Hari Ini

Sudah lama tidak bersua untuk berkongsi makalah atau bahan berunsur sastera. Justeru, hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian beberapa kosa kata baru yang wajar digunakan oleh kita sama ada di dalam penulisan kita seharian atau sebagainya. 1. Adar : bertandang (bertandang, bermalam di rumah orang) Contoh ayat – Aiman dan Akram selalu ber adar ke rumah bapa saudaranya pada hari Ahad. 2. Atip : susun (susun, atur) Contoh ayat – Ustaz Hairul meminta agar semua badan pengurus PMRAM meng atip baju-baju yang berserakan di dalam almari besi itu. 3. Banjar : baris (baris, jajar, deret) Contoh ayat – Izzat, Ifwat dan Izmir berdiri se banjar di dalam perbarisan kawad kaki sempena Hari Sukan di sekolahnya. 4. Enigma : kebingungan (menjadi bingung atau kebingungan) – disebabkan oleh sesuatu hal atau seseorang) Contoh ayat – Pegawai itu berada di dalam situasi enigma setelah diminta untuk berundur daripada tugasnya di dalam masa 24 jam. 5. Suang ...

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...