Misi Kemanusiaan Dan Qurban 2013


PENGALAMAN SUKARELAWAN | Memilih menjadi seorang berani menempuh cabaran adalah sesuatu yang luar biasa. Dalam debar menanti lebih daripada 8 jam akhirnya dipatahkan dengan satu keputusan saya dan rombongan tidak dibenarkan masuk ke Al-Aqsa.

Saya minta maaf kepada semua ahli rombongan kerana saya menjadi asbab kalian tidak dapat masuk ke bumi Al-Quds. Saya pernah menyertai International Freedom Flotila II pada tahun 2011. Segala maklumat ada dalam simpanan pihak berkuasa Israel.

Dalam sesi soaljawab (dah macam duduk dalam penjara) banyak soalan yang tidak terduga ditanya termasuklah misi bantuan ke Gaza tahun lalu bersama Aman Palestin Bhd.

Penat saya perlu menjawab persoalan demi persoalan. Yang paling meninggalkan kesan adalah soalan berkenaan nama kapal yang saya naiki masa pelayaran tersebut. Mana nak ingat...tapi Allah bagi ilham dan saya ingat semula nama kapal itu.

Pengalaman misi kali ini adalah paling amat mencabar saya kerana sejak peristiwa semalam sewaktu dirampas kamera dan hari ini saya sendiri sebagai subjek utama...

InsyaAllah saya akan teruskan misi ini pada masa mendatang...

Al-Quds dan Gaza nantikan kami ya.

Comments

Popular posts from this blog

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Mahasiswa Perlukan Pemikiran Kelas Pertama – Wan Abdul Halim