Langkau ke kandungan utama

Ada Apa Pada Suku Terakhir 2013

SUKU terakhir untuk tahun 2013 ini tentunya pelbagai penantian yang ditunggu. Pertama, kehadiran Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2012 yang saya fikir anugerah sastera paling berprestij sejak 28 tahun yang lalu.

Saban tahun, HSKU menjadi medan ujian para penggiat sastera terutama yang menulis di dalam kategori novel remaja, cerpen, cerpen remaja dan puisi secara eceran di dalam majalah atau akhbar terbitan Utusan.

Apapun, penantian itu pastinya akan terjawab tidak lama lagi. Saya tidak pasti sejak bila saya tertumpu kepada Hadiah Sastera ini tetapi seingat saya sekitar tahun 2005 menjadikan saya terlalu mengambil tahu akan kehadiran anugerah ini.

Kedua, Hadiah Sastera Darul Takzim (HSDT) IV merupakan program dwi tahunan anjuran Yayasan Warisan Johor dengan kerjasama GAPENA, Kerajaan Johor dan DBPWS. Saya tidak pernah hadir ke program HSDT ini tetapi amat mengambil tahu tentang hal ehwal yang berlaku di dalam jagat sastera negeri Johor.

Saya difahamkan Sayembara Penulisan Novel Sejarah Negeri Johor telah dibuka penyertaannya sehingga 2015, tentunya para pengarang sudah mengasahkan pena mereka. Insya-Allah ayuh gempur dunia kesusasteraan.

Ketiga, suku terakhir tahun 2013 saya akan menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Usuluddin di dalam matpelajaran Fiqh Dakwah yang diajar oleh Dr Ashraf Zedan yang berasal dari Iraq dan Ustaz Roslan Mohamed yang merupakan seorang murabbi.

Insya-Allah, doakan berjaya.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kosa Kata Pada Hari Ini

Sudah lama tidak bersua untuk berkongsi makalah atau bahan berunsur sastera. Justeru, hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian beberapa kosa kata baru yang wajar digunakan oleh kita sama ada di dalam penulisan kita seharian atau sebagainya. 1. Adar : bertandang (bertandang, bermalam di rumah orang) Contoh ayat – Aiman dan Akram selalu ber adar ke rumah bapa saudaranya pada hari Ahad. 2. Atip : susun (susun, atur) Contoh ayat – Ustaz Hairul meminta agar semua badan pengurus PMRAM meng atip baju-baju yang berserakan di dalam almari besi itu. 3. Banjar : baris (baris, jajar, deret) Contoh ayat – Izzat, Ifwat dan Izmir berdiri se banjar di dalam perbarisan kawad kaki sempena Hari Sukan di sekolahnya. 4. Enigma : kebingungan (menjadi bingung atau kebingungan) – disebabkan oleh sesuatu hal atau seseorang) Contoh ayat – Pegawai itu berada di dalam situasi enigma setelah diminta untuk berundur daripada tugasnya di dalam masa 24 jam. 5. Suang ...

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...