Waktu ini saya jadi penerbit rancangan Assalamualaikum SAYA MULAKAN penulisan ini dengan menyatakan saya gila pada awal Januari ini. Saya separuh gila memikirkan masa hadapan saya. Malah saya telah melakukan pelbagai pentafsiran dan keputusan yang kekadang tidak menjamin kebahagiaan langsung terhadap diri saya. Betapa saya kegalauan dalam kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini. (2) Bulan Januari ini, biarpun saya menggila tetapi saya berpuas hati kerana kegilaan saya hampir menjadi. Saya cukup berpuas hati kerana jaringan hubungan diplomasi antarabangsa dapat saya lakukan dengan sebaiknya. Saya seharusnya bertemu dengan Chairman PTS bagi mendalami ilmu jaringan sosial yang disebut networking kerana beliau adalah pakarnya. Namun, keripuhan masing-masing menyebabkan ada ruang terganggu. Namun, saya yakin akan berada di landasan yang tepat dan berstrategi, insya-Allah. Siapa insan penting atas pertemuan sepanjang Januari ini? 1. Bidang jaringan pengacaraan. A...
Dari Al-Azhar Ke Pentas Penyiaran