Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Sunday, October 09, 2011

Kembara Mencari Haji Mabrur 6

Yang tidak tercatat...

Sebagai wartawan - tugas saya melaporkan apa yang berlaku secara zahiriah. Namun,
dalam tempoh dua minggu berada di bumi Madinah dan Mekah, telinga saya disapa dengan
pelbagai cerita. Ia tidak dirakam sebagai sebuah cerita di media malah ada yang ditutup langsung dari dihidu.

Bermula, tatkala seorang jemaah yang berusia 38 tahun menghidap skizofernia. Beliau
yang menjerit-jerit di Lapangan Terbang Madinah, lalu mohon isterinya memohon maaf.

"Sini kau! Sujud kaki aku...kau isteri yang curang!"

Atas hal tersebut, saya mengucap panjang...istigfar banyak-banyak. Benar kata orang, bahawa tanah haram ini pelbagai cerita dan kisah yang berlaku.

Kemudian, tatkala saya sedang rehat di dalam bilik operasi- muncul rakan jurnalis berkata, "Ada jemaah kita disamun 3000 riyal."

"Oh, itu berita tu?"

Tapi, saya terpaksa letak ditepi kerana tanggungjawab kami menjual cerita-cerita suci sahaja.

Dalam hela nafas yang panjang, saya berkata..."Ujian apakah yang berlaku kepada jemaah ini? Baru dua hari tiba di Mekah, pelbagai ujian sudah dirasai."

Itu dua kisah kain dalam yang memang tidak timbul dalam mana-mana media.

(2)

Sewaktu dalam lif menuju ke tingkat R, seorang pakcik berusia lebih kurang 60 tahun masuk. Dia menyapa teman yang berada di dalam lif yang sama, lalu berkata, "Kau bilik mana?"

"Aku bilik X,"jawab temannya. Lalu dia membalas dengan berkata, "Aku minta tukar bilik pasal tak selesa duduk kat sini."

Hati saya mengulang pelik malah berkata dalam diri, sanggup jemaah ini berbising-bising di sini kerana tidak mendapat tempat penginapan yang baik?

Entah. Saya membisu. Saya fikir-apakah jemaah ini tidak fikir yang dia sedang berada di tanah suci haram Mekah?

Allah menghantar dan mewakilkan diri untuk menjadi sebahagian tetamuNya namun mengapa ini yang perlu diungkapkan?

Mana janji-janji mereka yang mengatakan untuk menyucikan diri di sini.

Dengan tragedi sebegini, saya berfikir panjang. Saya terfikir, betapa sukar untuk mendapat haji mabrur sebenarnya.

Moga Allah ampunkan dosa saya. Itu yang saya minta bersungguh-sungguh.

Tatkala catatan ini ditulis, saya sudah melihat padang Arafah dan tempat Jamrah.

Allahuakbar.

Thursday, October 06, 2011

Kembara Mencari Haji Mabrur 5

Mungkin juga perlu percaya bahawa Raudah memang kosong!

Hari-Hari Akhir di Madinah

Catatan ini saya rakam pada pagi akhir bertolak meninggalkan bandar Madinah Al Munawarah. Bandar Rasulullah dan Nabi Muhammad, penghulu sekalian nabi.

Catatan ini adalah sebuah catatan rindu pada Madinah yang akan ditinggalkan. Betapa sukar melafazkan bahawa kasih sayas terhadap Madinah terlalu membara. Betapa kasih saya terhadap Uhud terlalu hampir.

Dua hari lalu, saya kali ketiga ke Bukit Uhud, melihat betapa Allah izinkan saya melihat sendiri Uhud yang menjadi saksi Asadullah Hamzah Abdul Mutalib syahid di sini.

Di sini juga tempat Rasulullah turut cedera dan dibawa bersembunyi ke dalam gua.

Saya beritahu kawan-kawan, "Kali ketiga menjejakkan kaki ke sini memang lain dari yang lain."

Betapa bumi Madinah banyak mengajar sesuatu.

Pertama, tatkala azan berkumandang - segerombolan manusia bagai lautan masuk ke dalam Masjid Nabawi. Saya amat terharu melihat warga Arab Madinah meninggalkan kedai masing-masing lalu berduyun-duyun masuk ke dalam masjid.

Suasana ini amat terasing bagi saya. Realiti! Masa diperuntukkan untuk melakukan lain-lain perkara memang tidak wujud. Ibadat semata-mata!

Benarlah bahawa Mekah dan Madinah adalah bumi ibadat.

Madinah sudah berisi manusia yang datang dari pelbagai bangsa dan keturunan. Padat.

(2)
Sungguh berat meninggalkan Madinah. Saya pasti, saya akan merindui bumi ini. Bumi Munawarah. Bumi Nabi Muhammad yang memberi syafaat kepada saya dan umatNya tatkala di padang Mahsyar nanti.

Di Makam Rasulullah, moga-moga saya berkesempatan menziarahi baginda lagi di sini. Saya tinggalkan kasih sayang saya buatMu Rasulullah di sini.

Dua hari lalu juga, saya bertemu dengan seorang sahabat lama saya di sini.

"Bagaimana kau boleh tiba di sini?"

"Fiq, aku kecewa apabila putus tunang. Jadi, aku buat keputusan tinggalkan Malaysia dan beri notis 24 jam berhenti kerja sebelum bertolak ke Madinah. Mak ayah aku relakan aku pergi kerana ini bumi Madinah."

Katanya lagi, "Mak bapak aku tahu, aku akan jadi manusia di sini. Aku memang tidak bergantung harap pada siapa dan yakin dengan janji Allah. Kat sini, aku boleh cari ilmu dan berniaga sikit-sikit. Kau fahamlah, kat Malaysia, aku terpaksa
duduk makan rasuah je."

Lebih tiga puluh minit berbual dengan beliau amat memberikan pelbagai ransangan kepada saya. Waktu itu terdetik di hati, "Alangkah indahnya dapat tinggal di sini."

Sahabat yang saya kenali ini sebenarnya satu sekolah dengan saya sejak dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah.

"Kau tahu, Lokman dah duduk dalam lokap. Dia kena tangkap pasal dadah."

Saya istigfar banyak kali. Saya kenal Lokman kerana dia tinggal di bandar Johor Bahru dan pernah satu sekolah dengan saya di SMA Kerajaan Johor, Kluang.

Saya melihat langit dan langit melihat saya dengan katanya, "Untung aku jadi orang yang kenal Allah."

(3)
Saat-saat akhir meninggalkan kota Madinah ini, saya beriktikad bahawa satu masa nanti saya juga akan bermastautin di sini. Satu masa nanti saya akan tinggalkan bumi sendiri dan belajar erti mencari Tuhan.

Ini dibuktikan oleh Prof Kamil Ibrahim yang menulis buku Travelog Haji yang telah meninggalkan jawatan sebagai pensyarah UiTM Segamat dan mendapat tawaran mengajar di Universiti Taibah di Madinah ini.

Sunday, October 02, 2011

Kembara Mencari Haji Mabrur 4

Aku, Raudhah dan Tarbiah

Hampir satu minggu saya dan teman-teman rakan media bersama di Madinah. Bagai isi dengan kuku, kami menjalankan tugas bersama-sama. Ada yang terpaksa bersengkang mata dan ada yang terpaksa menurut kehendak saya menjalankan tugas. Kepenatan itu lumrah. Saya akui, ada hari-hari yang kami futur dan tewas dengan cabaran termasuk musim yang tidak memihak kepada kami, tapi kami akur dan terima seadanya.

Ada kisah yang tidak pernah terlintas di dalam jiwa saya. Ia ada kaitan dengan Raudah yang merupakan taman syurga. Sehingga hari ini, saya banyak kali bertanya kepada diri sendiri - betapa cerita kawan-kawan yang menyatakan masuk Raudah itu sukar, saya hampir tidak percaya.

Ya- memang benar masuk Raudah itu sukar tetapi barangkali rezeki kami - selepas Solat Subuh hari pertama saya di Madinah, selingkar ruang Raudah kosong malah hampir tidak berpenghuni. Kami masuk tanpa apa-apa sekatan.

Hingga saat saya menulis karangan ini pun, saya hampir tidak dapat melupakan waktu dan saat itu. Raudah yang dikatakan biasanya sesak, tetapi rezeki memihak kepada kami. Kosong. Malah, ruang kami berlama-lama untuk berada di Raudah juga sama.

Sejak hari pertama di Mekah dan Madinah, banyak yang saya belajar. Pertama, saat Allah mengajar untuk kita mentarbiah diri. Saat Allah mengajar kita jadi hamba yang sebenar-benarnya.

Entah mengapa- saya melihat kawan-kawan lain seolah-olah ditarbiah sendiri. Mendapat kefahaman sendiri. Mereka tahu bahawa mereka hadir ke bumi Nabi ini kerana menjadi tetamu Allah malah pesta ibadah dirasai. Ya, semua ini tidak wujud di Mesir- tempat saya belajar sebelum ini. Semua ini lahir dari dalam diri. Semua ini lahir daripada sanubari yang tulus.

Hilang selipar. Ada kawan saya yang kehilangan selipar. Lantas, beliau ceritakan pada kami, "Aku solat taubat, minta Allah ampunkan dosa aku kerana hilang selipar."

Rezeki Allah, sehari kemudian, tempat yang sama selipar itu diletak dijumpai. MashaAllah. Saya amat terperanjat dengan hal yang berlaku itu.

Saya pernah mengalami kehilangan selipar dan lupa letak di mana. Waktu itu di Masjidilharam. Tetapi, Allah mudahkan saya apabila saya berdoa di hadapan Kaabah, dan saya jumpa kembali.

Amat benar bahawa Mekah dan Madinah ada sesuatu. Ada Allah dan ada Rasul.

Allahuakbar!