Langkau ke kandungan utama

Kembara Mencari Haji Mabrur 5

Mungkin juga perlu percaya bahawa Raudah memang kosong!

Hari-Hari Akhir di Madinah

Catatan ini saya rakam pada pagi akhir bertolak meninggalkan bandar Madinah Al Munawarah. Bandar Rasulullah dan Nabi Muhammad, penghulu sekalian nabi.

Catatan ini adalah sebuah catatan rindu pada Madinah yang akan ditinggalkan. Betapa sukar melafazkan bahawa kasih sayas terhadap Madinah terlalu membara. Betapa kasih saya terhadap Uhud terlalu hampir.

Dua hari lalu, saya kali ketiga ke Bukit Uhud, melihat betapa Allah izinkan saya melihat sendiri Uhud yang menjadi saksi Asadullah Hamzah Abdul Mutalib syahid di sini.

Di sini juga tempat Rasulullah turut cedera dan dibawa bersembunyi ke dalam gua.

Saya beritahu kawan-kawan, "Kali ketiga menjejakkan kaki ke sini memang lain dari yang lain."

Betapa bumi Madinah banyak mengajar sesuatu.

Pertama, tatkala azan berkumandang - segerombolan manusia bagai lautan masuk ke dalam Masjid Nabawi. Saya amat terharu melihat warga Arab Madinah meninggalkan kedai masing-masing lalu berduyun-duyun masuk ke dalam masjid.

Suasana ini amat terasing bagi saya. Realiti! Masa diperuntukkan untuk melakukan lain-lain perkara memang tidak wujud. Ibadat semata-mata!

Benarlah bahawa Mekah dan Madinah adalah bumi ibadat.

Madinah sudah berisi manusia yang datang dari pelbagai bangsa dan keturunan. Padat.

(2)
Sungguh berat meninggalkan Madinah. Saya pasti, saya akan merindui bumi ini. Bumi Munawarah. Bumi Nabi Muhammad yang memberi syafaat kepada saya dan umatNya tatkala di padang Mahsyar nanti.

Di Makam Rasulullah, moga-moga saya berkesempatan menziarahi baginda lagi di sini. Saya tinggalkan kasih sayang saya buatMu Rasulullah di sini.

Dua hari lalu juga, saya bertemu dengan seorang sahabat lama saya di sini.

"Bagaimana kau boleh tiba di sini?"

"Fiq, aku kecewa apabila putus tunang. Jadi, aku buat keputusan tinggalkan Malaysia dan beri notis 24 jam berhenti kerja sebelum bertolak ke Madinah. Mak ayah aku relakan aku pergi kerana ini bumi Madinah."

Katanya lagi, "Mak bapak aku tahu, aku akan jadi manusia di sini. Aku memang tidak bergantung harap pada siapa dan yakin dengan janji Allah. Kat sini, aku boleh cari ilmu dan berniaga sikit-sikit. Kau fahamlah, kat Malaysia, aku terpaksa
duduk makan rasuah je."

Lebih tiga puluh minit berbual dengan beliau amat memberikan pelbagai ransangan kepada saya. Waktu itu terdetik di hati, "Alangkah indahnya dapat tinggal di sini."

Sahabat yang saya kenali ini sebenarnya satu sekolah dengan saya sejak dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah.

"Kau tahu, Lokman dah duduk dalam lokap. Dia kena tangkap pasal dadah."

Saya istigfar banyak kali. Saya kenal Lokman kerana dia tinggal di bandar Johor Bahru dan pernah satu sekolah dengan saya di SMA Kerajaan Johor, Kluang.

Saya melihat langit dan langit melihat saya dengan katanya, "Untung aku jadi orang yang kenal Allah."

(3)
Saat-saat akhir meninggalkan kota Madinah ini, saya beriktikad bahawa satu masa nanti saya juga akan bermastautin di sini. Satu masa nanti saya akan tinggalkan bumi sendiri dan belajar erti mencari Tuhan.

Ini dibuktikan oleh Prof Kamil Ibrahim yang menulis buku Travelog Haji yang telah meninggalkan jawatan sebagai pensyarah UiTM Segamat dan mendapat tawaran mengajar di Universiti Taibah di Madinah ini.

Ulasan

Ayuni berkata…
terfikir sejenak tentang kisah sahabat2 penulis....
Humaira' berkata…
jumpa Prof Kamil? sampaikan salam saya padanya dan isteri. katakan, Najwa dari JB.
Humaira' berkata…
no prof kamil - 0590070317

Catatan popular daripada blog ini

Kosa Kata Pada Hari Ini

Sudah lama tidak bersua untuk berkongsi makalah atau bahan berunsur sastera. Justeru, hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian beberapa kosa kata baru yang wajar digunakan oleh kita sama ada di dalam penulisan kita seharian atau sebagainya. 1. Adar : bertandang (bertandang, bermalam di rumah orang) Contoh ayat – Aiman dan Akram selalu ber adar ke rumah bapa saudaranya pada hari Ahad. 2. Atip : susun (susun, atur) Contoh ayat – Ustaz Hairul meminta agar semua badan pengurus PMRAM meng atip baju-baju yang berserakan di dalam almari besi itu. 3. Banjar : baris (baris, jajar, deret) Contoh ayat – Izzat, Ifwat dan Izmir berdiri se banjar di dalam perbarisan kawad kaki sempena Hari Sukan di sekolahnya. 4. Enigma : kebingungan (menjadi bingung atau kebingungan) – disebabkan oleh sesuatu hal atau seseorang) Contoh ayat – Pegawai itu berada di dalam situasi enigma setelah diminta untuk berundur daripada tugasnya di dalam masa 24 jam. 5. Suang ...

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...