Langkau ke kandungan utama

Kembara Mencari Haji Mabrur 4

Aku, Raudhah dan Tarbiah

Hampir satu minggu saya dan teman-teman rakan media bersama di Madinah. Bagai isi dengan kuku, kami menjalankan tugas bersama-sama. Ada yang terpaksa bersengkang mata dan ada yang terpaksa menurut kehendak saya menjalankan tugas. Kepenatan itu lumrah. Saya akui, ada hari-hari yang kami futur dan tewas dengan cabaran termasuk musim yang tidak memihak kepada kami, tapi kami akur dan terima seadanya.

Ada kisah yang tidak pernah terlintas di dalam jiwa saya. Ia ada kaitan dengan Raudah yang merupakan taman syurga. Sehingga hari ini, saya banyak kali bertanya kepada diri sendiri - betapa cerita kawan-kawan yang menyatakan masuk Raudah itu sukar, saya hampir tidak percaya.

Ya- memang benar masuk Raudah itu sukar tetapi barangkali rezeki kami - selepas Solat Subuh hari pertama saya di Madinah, selingkar ruang Raudah kosong malah hampir tidak berpenghuni. Kami masuk tanpa apa-apa sekatan.

Hingga saat saya menulis karangan ini pun, saya hampir tidak dapat melupakan waktu dan saat itu. Raudah yang dikatakan biasanya sesak, tetapi rezeki memihak kepada kami. Kosong. Malah, ruang kami berlama-lama untuk berada di Raudah juga sama.

Sejak hari pertama di Mekah dan Madinah, banyak yang saya belajar. Pertama, saat Allah mengajar untuk kita mentarbiah diri. Saat Allah mengajar kita jadi hamba yang sebenar-benarnya.

Entah mengapa- saya melihat kawan-kawan lain seolah-olah ditarbiah sendiri. Mendapat kefahaman sendiri. Mereka tahu bahawa mereka hadir ke bumi Nabi ini kerana menjadi tetamu Allah malah pesta ibadah dirasai. Ya, semua ini tidak wujud di Mesir- tempat saya belajar sebelum ini. Semua ini lahir dari dalam diri. Semua ini lahir daripada sanubari yang tulus.

Hilang selipar. Ada kawan saya yang kehilangan selipar. Lantas, beliau ceritakan pada kami, "Aku solat taubat, minta Allah ampunkan dosa aku kerana hilang selipar."

Rezeki Allah, sehari kemudian, tempat yang sama selipar itu diletak dijumpai. MashaAllah. Saya amat terperanjat dengan hal yang berlaku itu.

Saya pernah mengalami kehilangan selipar dan lupa letak di mana. Waktu itu di Masjidilharam. Tetapi, Allah mudahkan saya apabila saya berdoa di hadapan Kaabah, dan saya jumpa kembali.

Amat benar bahawa Mekah dan Madinah ada sesuatu. Ada Allah dan ada Rasul.

Allahuakbar!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)