Yang tidak tercatat... Sebagai wartawan - tugas saya melaporkan apa yang berlaku secara zahiriah. Namun, dalam tempoh dua minggu berada di bumi Madinah dan Mekah, telinga saya disapa dengan pelbagai cerita. Ia tidak dirakam sebagai sebuah cerita di media malah ada yang ditutup langsung dari dihidu. Bermula, tatkala seorang jemaah yang berusia 38 tahun menghidap skizofernia. Beliau yang menjerit-jerit di Lapangan Terbang Madinah, lalu mohon isterinya memohon maaf. "Sini kau! Sujud kaki aku...kau isteri yang curang!" Atas hal tersebut, saya mengucap panjang...istigfar banyak-banyak. Benar kata orang, bahawa tanah haram ini pelbagai cerita dan kisah yang berlaku. Kemudian, tatkala saya sedang rehat di dalam bilik operasi- muncul rakan jurnalis berkata, "Ada jemaah kita disamun 3000 riyal." "Oh, itu berita tu?" Tapi, saya terpaksa letak ditepi kerana tanggungjawab kami menjual cerita-cerita suci sahaja. Dalam hela nafas yang panjang, saya berkata..."Ujian...
Dari Al-Azhar Ke Pentas Penyiaran