Semua orang percaya kepada rezeki yang Allah berikan. Ya, begitulah ketetapan hidup dan perjalanan setiap apa yang kita lakukan. Setelah dua tahun meninggalkan kota bertuah Mesir, kini saya kembali di bumi Arab. Biarpun latar tempatnya hampir tidak sama, tetapi roh dan kehidupan Mesir- Madinah dan Mekah hampir sama. Panas. Itulah gambar awal yang saya dapat ukirkan. Saat menjejakkan kaki ke bumi Masjidilharam- saya mengalirkan airmata. Terlintas dalam fikiran dan bisik dalam hati - Ya Allah, Engkau begitu Maha Menyayangi hambaMu ini. Engkau memberi peluang daku menjejakkan kaki ke rumahMu. Saya mengulang bicara yang saya terlalu merindui Kaabah. Lantas, apabila Kaabah berada di hadapan mata - saya hampir rebah. Saya hampir tidak percaya bahawa ini adalah Kaabah betul dan bukan potret. Sepanjang perjalanan sebelum menjejakkan kaki ke bumi Mekah Al Mukaramah, saya mengalun talbiah "Labbaikallahummalabaik." Saya merenung pandang jauh. Saya berfikir, apa akan berlaku sekiranya sa...
Dari Al-Azhar Ke Pentas Penyiaran