Langkau ke kandungan utama

Pelajar Perubatan Mesir Tidak Tahu Menulis E-mel

DI DALAM kauntung e-mel saya ada bermacam-macam e-mel yang masuk. Ada yang memohon kerja, ada yang minta duit, ada yang mohon itu dan ini.

Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada semua mahasiswa perubatan kita kerana mereka ada kelulusan pendidikan sama ada memperoleh 8A-10A ketika di peringkat SPM. Saya juga berkeyakinan bahawa mereka mendapat A1 untuk matapelajaran di dalam Bahasa Melayu.

Tetapi, apabila saya mendapat e-mel sebegini daripada seorang pelajar Perubatan Mesir, harapan saya itu sudah luntur.

salam us syafiq
name sy siti markonah bt marpitun
tahun 3 univ kaherah
(jawatan beliau)

hajatnye nk jual buku2 terbitan PTS kat mesir ni ade kemungkinan x???
tp ni bru dlm peringkat proposal oleh individu.iAllah,kalo boleh dibuat, sy akan maklumkan pd ktue saye utk dibincangkan dgn lebih lanjut.pastu,buleh x us tolong find out mcm mane proses die seperti penghantaran,diskaun utk pemborong,untung bersih,etc...harap sgt us boleh tolong sbb buku2 terbitan PTS dpt smbutan yg amat menggalakkn di sini.permintaan juge tinggi...kirenye ni adelah business deal antara PERUBATAN dan PTS.tapi harus diingtkan, ni bru d peringkat proposal.alfu syukran.Allah yusahhil.wslm wbt

Apabila menulis surat secara rasmi sama ada kepada mereka yang kita kenal atau tidak, tulislah surat itu dengan bahasa yang baik. Ejaan yang betul dan format yang tidak sukar dibaca.

Tambahan :

1. Kelayakan akademik tidak menjamin keputusan berbahasa yang terbaik.


Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Sakitnya hati....
Azree Ariffin berkata…
Ya, saya juga sakit mata membaca emel dan pesanan sebegitu rupa. Aduhaiii...
Mr W. A. A. berkata…
Pedih untuk diterima tetapi itulah hakikatnya.

Namun, masih wujud lagi di sana beberapa orang pelajar perubatan yang masih peka terhadap aspek penulisan, penekanan tatabahasa dan penggunaan ayat yang betul. Namun, bilangan ini hanya boleh dibilang dengan jari sahaja.

Biasanya, pandangan atau nasihat golongan tersebut hanya dipandang ringan dan tidak diambil peduli. Malah, dijadikan bahan ejekan dan jenaka sahaja.
Tanpa Nama berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
hamada hamdi berkata…
Budak medik ni kekeringan nilai dalam berbahasa. Dalam kuliah seharian tiada ruang untuk aplikasi bahasa. Semua bahasa yang diguna hanya memenuhi syarat minima berkomunikasi. Habis semua nilai kelembutan hilang. Saya amat kecewa dan malu!
Tarbus Merah berkata…
DEVOTEE

Saya tidak menyebut semua...
Humairah berkata…
Malu "giler".
"siyes".

Aib kerana tajuk khusus kepada Pelajar Perubatan Mesir. Pahit tapi benar. Dan terpakai juga sebenarnya kepada komuniti besar golongan terpelajar selain "Pelajar Perubatan Mesir".

Saya melihat situasi ini berfaktorkan kpd kekurangan adab dlm menulis, tidak menghormati pembaca.
sNsH berkata…
assalamualaikum..

DEVOTEE
bukan semua pelajar medik menggunakan penulisan sebegitu..
pelajar lain pun ada kan..
agak terasa kerana saya sendiri pelajar medik di mesir..
Inche' Mus berkata…
Assalamualaikum.

kenapa perlu "pelajar perubatan mesir" yang tidak tahu?

kenape bukan "pelajar itu"?

atau bukan "pelajar yang belajar di oversea"

lagipun, perkara remeh seperti ini, kenapa tidak hanya tegur individu berkenaan, tetapi MEMALUKAN KESELURUHAN pelajar perubatan di mesir? (refer topic)

tambahan lagi, anda copy paste keseluruhan emel tersebut TANPA memadam nama individu berkenaan. ini sangat memalukan pelajar terbabit. (atau itu mungkin nama samaran?)

bagi saya, tak perlulah perkara kecil seperti ini dibuat laman blog. ini bukan menghukum penjenayah berat.
HafizAdam berkata…
apabila dispesifikkan kepada golongan tertentu, barulah diambil cakna. kalau tidak, sekadar berlalu di cuping telinga.

terima kasih atas teguran.
Tanpa Nama berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tarbus Merah berkata…
Saudara KashFarm,

Jikalau ada nama Siti Markonah bt Marpitun, saudara maklumkan kepada saya.

Saya tidak mengaibkan sesiapa pun...

Saudara Hafiz Adam,

Terima kasih kerana memberi maklum balas. Saudara juga tentu kecewa dengan hal ehwal ini.

A-Ah,

Bagus sekali ada pelajar Perubatan yang membacanya...
Ain-chan berkata…
Salam..tuan menegur benda yang betul. Tapi betulkah caranya? Yang ditegur itu pula bertaraf adik-adik. Nilai bahasa yang tuan pegang tak sama dengan nilai yang mereka ada, mereka masih mentah.

Inilah antara kelemahan bekas-bekas USTAZ dan USTAZAH Mesir, nak berdakwah (berkaitan bidang bahasa pun dakwah juga kan?) tapi dengan menghentam mad'unya! Tolonglah, jangan buat adik-adik ini membenci golongan agamawan kerana cara kalian.

PS: Saya pelajar senior Medic di Mesir.
Tanpa Nama berkata…
nabi S.A.W menegur secara berhikmah..
tak smpai mengaibkan orang..
amat kesal kerana ada juga orang yang belajar agama tapi tidak tahu cara untuk menegur secara berhikmah..
kenapa "pelajar perubatan mesir" harus disebut ?
hanya setitik nila habis susu sebelanga..
menegur biarlah secara berhikmah..
Unknown berkata…
Cara menulis e-mail begini memalukan "pelajar Perubatan Mesir"

Cara menegur begini memalukan "PMRAM"

Adilkah begitu?
dr.SyA berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
MyFahmi berkata…
Tegur pun salah... Tak tegur pun salah...
Ataupun memang kalis teguran?

Jadikanlah sebagai pengajaran bersama supaya tidak berulang lagi 'tragedi' ini.

Berlapang dada adalah cara terbaik untuk menerima teguran, bukanlah melenting...

wassalam...
Unknown berkata…
bila kaji semula dari awal,kedua-duanya pun salah..tidak salah seandainya saling tegur-menegur..berlapang dada dan terimalah teguran yang diberi..jadikan pengajaran supaya tidak berulang lagi..jangan biarkan pisang berbuah dua kali..kita mungkin tak akan memahami perasaan sebenar pihak-pihak yang terlibat..bak kata pepatah berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul..tidak perlu kita memperbesarkan hal-hal yang remeh ini..banyak lagi hal lain yang lebih besar yang perlu kita bincangkan..Allahuakbar!
Tanpa Nama berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata…
sekadar ingin mencelah sedikit supaya penulis emel tersebut ambil pengajaran.sejak dari sekolah lagi kita sudah diajar untuk menulis surat rasmi mahupun tidak rasmi.walaupun perkara yang dinyatakan masih bukan urusan rasmi,tapi bukankah kita belajar cara menulis surat tidak rasmi.sedikit terkilan dengan cara penulisan.harap ambil perhatian supaya hati semua pihak dapat dititik beratkan.jangan fikir hati dan perasaan kita sahaja.wassalam.
-end-
musafirtibbi berkata…
Jadilah professional, bagi yang ditegur dan menegur.

Makin bertambahlah modal memperlekeh pelajar perubatan Mesir selepas ini.

Pun begitu, spesifik kepada e mail ini, minta ambil pengajaran dan jangan ulangi.
Mohd Farid berkata…
Assalamualaikum,

Ada lagi yang lebih pedas menegur para azharian dan PMRAM secara terbuka sebenarnya.

Itu baru sekelumit. Walaubagaimanapun, jadikan muhasabah bersama.
Thaaqhib Mohammed berkata…
nak kata sakit hati, entahlah..

tapi, mmg tak wajar tulis surat sebegitu.

cikgu saya pesan, bahasa itu mesti bersifat praktis
Unknown berkata…
salam...

semoga kata-kata saya tidak disalahertikan~

bagi saya, tidak wajar ustaz memfokuskan masalah ini sebagai masalah 'pelajar perubatan mesir'. tidak wajar jika dikatakan pelajar ini tidak berbudi bahasa, tidak tahu nilai bahasa hanya kerana dia menggunakan bahasa rojak dan bahasa ringkasan. ini tidak adil utk pelajar perubatan mesir amnya dan pelajar itu sendiri khasnya. walaupun ustaz ada mengatakan bhw ustaz tidak mendedahkan nama sbnr pljr tersebut, tp fikirlah, ustaz bru shj menuding jari kpda sekelompok golongan yg dikenali sbg pelajar perubatan mesir. mgkin pd ustaz @ org lain yg bkn dr golongan ini x terasa apa2, tp apa perasaan ustaz jikalau dikatakan sbg sekelompok org melayu yg tidak tahu berbahasa melayu.?? sgh menyedihkan bkn? saya bkn nk emo @ apa, tp stlh mmbaca emel pljr tsbut berkali2, apa yg sy nmpk, mgkin pljr ni hanya minta pdpt ustaz. yelah, name pn 'cdgn'. perlukah menulis surat sehingga pjg lebar hanya utk meminta cdgn dan pndpt? dan klu pn ya, kenapa x tegur shj pelajar tu.? kenapa perlu diburuk2kan nama pljr prbtn mesir sehingga ia mnjdi isu yg bsr? bagi saya, 'pejuang bahasa' spti ustaz spttnya perlu lebih berbudi bahasa, tapi kenapa...??? kita selalu menyalahkan jabatan kerajaan dengan keranah birokrasinya yg menyebabkan byk urusan tergendala, bnyk buang masa, kena tgu berjam2 semata2 nak byr cukai, krna apa? kerana kerenah birokrasi yg x sdh2. tp kita, hanya krna menggunakan bahasa ringkasan dan bahasa rojak, kita dah cop golongan tertentu sbg golongan yg tidak tahu berbahasa. sy x rasa ada org yg x faham bila bc emel pelajar ni. asalkan sampai maksud sdhlah. adakah kerana mggunakan bhasa rgksn dikatakan sbg org yg x tahu brbhasa, dan adakah dgn tidak tahu berbahasa dikatakan sbg 'tidak reti bahasa'?
Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata…
.... syukur pada Allah swt, saya dilahirkan BUKAN SEBAGAI ORANG MELAYU... kepada orang-orang melayu kalau bukan anda yang memartabatkan bahasa anda, SIAPA lagi??...
Afif Fahim MD berkata…
Sbahagian pelajar medik mesir mmg mcm tu. Byk benda mereka perlu belajar dalam formality dan professionalisme. Mungkin suasana terlebih ramai Melayu Malaysia kt sini, tu yg jd lbh kurang mcm tu.

Perlu ada usaha drpd persatuan pelajar kt mesir ni tekankan kpd org2 penting dlm persatuan utk lebih formal dan professional dalam urusan rasmi.

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)