Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Tuesday, March 30, 2010

Cerpen di Tunas Cipta



Saya tidak boleh berbicara panjang berkenaan karya ini kerana mengikut Akta Hakcipta, sepanjang bulan April ini karya ini menjadi milik penuh penerbit Dewan Bahasa Pustaka Malaysia.

Insya-Allah, selepas bulan April nanti saya akan berbicara lagi tentang karya ini. Sejujurnya, karya ini adalah karya yang terakhir saya tulis di Mesir. Kemudian, saya hantar kepada editor pada bulan November tahun lalu, dan selepas lima bulan karya ini terbit di Majalah Tunas Cipta terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Terima kasih kepada Tuan Ruslan Abdul Raffar, editor yang memilih karya saya untuk diterbitkan. Semasa bertemu dengan Tuan Ruslan di Booth PTS semasa PBAKL yang lalu, saya rasa terharu apabila editor yang menegur saya dahulu.

Apapun, nantikan karya-karya baharu pada masa mendatang...



2 comments:

Puan Ainon Mohd. said...

Membicarakan karya itu adalah sangat boleh!

Yang tidak boleh adalah menerbitkan semula karya itu dengan penerbit lain dalam tempoh sebulan.

Ahmad Zahiruddin bin Mohd Zabidi said...

Tahniah tuan Syafiq, alhamdulillah.