Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Wednesday, March 31, 2010

Calon BP PMRAM 2010 : Takziah Buat Kalian

Klik blog http://putracairoe06.blogspot.com/ untuk mengetahui senarai calon kepimpinan PMRAM yang akan bertanding pada sesi 2010 ini.

Izinkan saya berkongsi sesuatu kepada DUA BELAS (12) CALON KEPIMPINAN PMRAM berdasarkan pengalaman saya.

1. Badan Pengurus PMRAM adalah satu jawatan penting di Mesir. Mereka adalah wakil mahasiswa yang akan menjadi suara rasmi kepada teman-teman dan rakan-rakan yang lain.

2. Pengalaman saya selepas sehari dilantik sebagai kepimpinan cukup menukar 90% rutin kehidupan saya. Jikalau semalam kita dapat tidur nyenyak, barangkali semua itu akan bertukar serta-merta.

3. Pada awal pelantikan saya sebagai seorang kepimpinan PMRAM, badan saya terlalu letih kerana saya akan duduk di rumah hanya untuk tidur sahaja. Pagi, keluar seawal selepas Subuh dan pulang semula ke rumah selepas jam 11 atau 12 malam. Itulah rutin sewaktu minggu pertama saya diberi amanah pada tahun 2006.

4. Tetapi, keperitan itu tidak lama. Jikalau teman-teman kita semuanya akan berdukacita sewaktu hampir peperiksaan, berlainan dengan kepimpinan PMRAM. Saya secara peribadi lebih gemar waktu peperiksaan kerana masa untuk berehat berbanding apabila habis sahaja peperiksaan, agenda persatuan perlu dilaksanakan. Memang penat tetapi seronok.

5. Untuk bakal kepimpinan yang akan menakhoda PMRAM pada sesi 2010 ini, saya menasihatkan kalian agar bersedia dengan sebarang taklifan yang akan diberikan semasa menjawat jawatan itu nanti. Saya sudah berpengalaman melihat apa yang berlaku sepanjang tiga tahun menjawat jawatan Badan Pengurus PMRAM.

6. Apabila kalian dilantik nanti, sabar menunggu pengumuman penting daripada penasihat dan Presiden PMRAM yang baru. Usah cepat melatah dengan segala apa yang akan diumumkan nanti. Barangkali kalian akan terperanjat sebagaimana saya juga hampir pengsan apabila mendengar pengumuman rasmi daripada kepimpinan yang lama.

7. Yang pastinya, nama-nama kepimpinan PMRAM ini semestinya sudah dicatat di dalam bilik kebal Bukit Aman. Tetapi percayalah, bahawa semuanya itu hanya khayalan semata-mata. Usah takut berhadapan dengan racun-racun tikus yang akan terus mengeluarkan bisanya. Usah gentar dengan nyamuk-nyamuk yang menggigit di badan. Biarkan mereka bermain dengan kita.

8. Saya mahu lihat generasi selepas 80 tahun PMRAM ini akan sentiasa diwarnai dengan ketakwaan dan semangat cinta akan Nabi Muhammad dan ahlul baitnya lebih dari segalanya. Kalian akan merasai nikmat berpersatuan ini selepas kalian turun daripada kepimpinan nanti. Percayalah... Kita buat persatuan UMNO. Kita adalah PMRAM yang tahu akar budi dan kepimpinan Islam sebagai jalan yang benar.

9. Ini adalah amanah buat kalian. Sesiapa juga yang akan dilantik bukan persoalannya tetapi sejauhmana kalian mengetahui bahawa kalian adalah pimpinan PMRAM.

10. Buat calon-calon sekalian, sebelum pengumuman rasmi nanti buatlah persediaan yang rapi berkenaan hal ehwal dan tugas yang bakal digalas di samping carilah maklumat berkenaan dengan PMRAM lebih dari segalanya.

Kini, saya amat merindui sejarah PMRAM yang amat bermakna itu...


No comments: