Langkau ke kandungan utama

Apa Yang Diperoleh Selepas PBAKL?

Hasil rampasan maut saya di pesta buku

Karya yang amat mahal nilainya di sisi saya

LIMA JUDUL di atas ini adalah karya yang saya fikir besar pengaruhnya kepada minda saya. Judul tersebut adalah seperti berikut :

1. Prosiding Seminar Kebangsaaan Fiqh Semasa 2003
2. Rasyid Rida Pengaruhnya di Malaysia
3. Wasiat Perjuangan Zulkifli Muhammad
4. Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam Syed M Naquib Al Attas
5. Pengembaraan Ibn Battuta Musafir Islam

Insya-Allah, secara berdikit-dikit saya akan membaca karya-karya besar ini. Karya ini amat sukar ditemui di pasaran semasa kerana hasil terbitan universiti. Oleh yang demikian, saya berusaha mendapatkan karya tersebut untuk memastikan saya tidak akan kerugian pada masa mendatang.

Buku kuning di atas adalah koleksi buku Hari Ini Dalam Sejarah terbitan Arkib Negara Malaysia. Oleh sebab, cerita-cerita sejarah ini amat penting, saya memborong enam jilid semuanya...

Oleh hal yang demikian, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kali ini saya memborong 13 judul buku semuanya termasuk karya kumpulan puisi Faisal Tehrani (Ingin Jadi Nasrallah) dan buku Sepanjang Riwayatku P Ramlee terbitan Arkib Negara Malaysia.

Tiba-tiba terasa PUAS!!!



Ulasan

Mus Dahlan berkata…
Amboi...boleh pinjam kah? Tarikan judul-judulnya begitu menggiurkan... pasti tersandar kekenyangan pabila usai membaca kesemuanya...

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)