Langkau ke kandungan utama

Apa Sudah Jadi Dengan PMRAM?

Muktamar PMRAM kali ke-74 sehingga saya tiada suara...

Saya tidak pasti, apakah artikel ini akan menjadi liabiliti kepada PMRAM. Tetapi, daripada sumber-sumber terdekat yang saya peroleh, ada sesuatu yang tidak kena dengan PMRAM.

Persoalannya mudah. Mengapa PMRAM tidak menjalankan pertandingan bola sepak seperti biasa, malah bertukar kepada perlawanan futsal?

Piala Presiden PMRAM 2009 terpaksa ditukar kepada perlawanan futsal atas alasan tempat? Biasanya apabila PMRAM ingin menggunakan padang Universiti Al-Azhar di Iskan Tullab, tiada masalah yang berlaku.

Persoalan yang timbul di kepala saya adalah mengapa tiba-tiba Al-Azhar menukar peraturan ini? Adakah ada tangan-tangan ghaib yang sengaja mematikan aktiviti persatuan ini?

Pengalaman saya ingin menyewa Dewan Abdullah Kamil, Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun lalu amat menjadi nostalgia.

Pegawai yang bertugas di situ meminta saya menyertakan satu surat daripada Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah atas alasan mereka mendapat arahan daripada pihak atasan untuk melaksanakan perkara tersebut.

Pihak kerajaan Mesir tidak akan bertindak sekiranya tiada pihak yang berani mencuit-cuit mereka. Oleh sebab hal ehwal ini terjadi, pastinya ada tangan-tangan ghaib yang sengaja dilakukan demi memastikan persatuan 'tua' ini tidak lagi dapat beroperasi dengan lebih selesa selepas ini.

Apakah 'tangan-tangan ghaib' itu enak berada di dunia ini hanya untuk menyusahkan mahasiswa?

Taubatlah. Taubatlah. Taubatlah.

Ada juga yang mahu jadi Firaun di Bumi Mesir?

Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Taubatlah!

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)