Langkau ke kandungan utama

YB Turun Padang

Yang Berhormat Dato' Dr Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor meluangkan masa bersama rakyat di DUN Gombak Setia pada malam tadi bagi menghadiri program bersama cawangan Kampung Sri Makmur.

Saya bersama jawatankuasa pemuda di kawasan dan DUN turun bersama-sama mendengar amanat yang disampaikan kepada penduduk di kawasan tersebut.

Saya paling tertarik dengan kenyataan YB Dato' bahawa ada ura-ura bahawa Najib akan mengumumkan pilihanraya umum ke-13 dalam masa setahun daripada sekarang.

Pakatan Rakyat hampir menyambut ulangtahun kedua memerintah. Ini bermakna, rakyat Negeri Selangor perlu bekerja keras bagi memastikan kerajaan Pakatan Rakyat tetap utuh di dalam pentadbiran kerajaan Negeri Selangor.

Beliau juga memaklumkan, di dalam mesyuarat exco kerajaan negeri bahawa YAB Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menakhodai bacaan doa.

Selain daripada itu, paling menyentuh hati saya adalah ketika beliau memaklumkan bahawa jikalau ulama sudah lama memegang pentadbiran negara Malaysia. pastinya maksiat tiada berleluasa di Malaysia.

Tiba-tiba saya teringat kepada negara Mesir yang langsung tidak menjadikan maksiat sebagai tajuk-tajuk utama akhbar. Sebab itu rakyat Mesir tidak tahu apa itu maksiat bagi mereka.

Tambahan :

Bilakah Malaysia mahu jadi negara ulama? Saya sudah mengenalpasti institusi yang membuka peluang untuk saya menyambung Ijazah Sarjana di dalam bidang pengurusan dan pentadbiran.




Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Bagus sungguh niat tuan mahu manyambung pengajian dalam bidang pengurusan! Hasilnya nanti tuan dapat menjadi konsultan pengurusan Islami.

Judul tesis: "Jenis-jenis ganjaran material dari Rasulullah dan Siapa penerimanya -- Aplikasi dalam Pengurusan Modern"
Tarbus Merah berkata…
Terima kasih Puan Ainon.

Berkat doa dan sokongan semua pihak, saya amat hargai.
Zahiruddin Zabidi berkata…
Maka itulah sebab Ijazah Sarjana Muda saya dalam Pengurusan Awam, alhamdulillah Tuan Syafiq sudah nampak alurnya.

UIA hanya perlukan setahun untuk menghasil sarjana bidang pengurusan namun perlu pengajian sepenuh masa.

Apa kata Tuan Syafiq?

Tambahan: Mungkinkah juga ada biasiswa dari PTS =).

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)