Langkau ke kandungan utama

Tangan Luar Biasa


INI adalah beberapa rahsia yang ada pada diri saya. Saya perlu bertemu dengan pakar psikatari atau pakar sakit tuan bagi menyelesaikan masalah ini.

Perkara ini sudah saya alami semenjak dari kecil sehingga hari ini. Saya makan menggunakan tangan. Saya menulis menggunakan tangan kanan. Namun, apabila saya memegang sesuatu seperti memegang pisau, memegang bola boling, memegang apa-apa barang di atas meja, tangan kiri saya lebih dominan untuk menggunakannya.

Barangkali ini adalah salah satu tangan luar biasa yang Allah pinjamkan kepada saya.

Peliknya.

Tambahan :

Saya menulis hal ehwal tangan ini kerana saya berasa sedih dan kecewa. Tangan saya yang menaip apa-apa hal sama ada di dalam blog atau di luar blog telah dituduh membuat fitnah. Nama saya sudah 'busuk' di sana sini.

Untuk hiburkan hati, analogi ini saya gunakan.


Ulasan

:-) berkata…
Salam,

Syafiq, kak S.K pun sekarang sedang dalam proses "penyucian diri" yang sama... ya, mudah-mudahan, terhapus dosa dengan dugaan sebegini, insyaAllah!

Kak S.K fokus positif sahaja sekarang ni. Yakni, fokus pada "akhiruhu, khair kulluh, alhamdulillah!"
FOKUS: KHAIR, KHAIR, KHAIR bi hubbillah.
Gitulah...
Memang payah nak "Fokus Khair" ni, tetapi, sudah menampakkan hasil dalam diri kak S.K yang semakin belajar mengenai kekurangan diri melalui dugaan seperti ini, mudah-mudahan, menjadi insan yang lebih baik di sisiNya, insyaAllah...

Mudah-mudahan, Syafiq tabah, ameen, ya Rabb...

Wassalam.
:-) berkata…
Oh yah, dan senyuman mengganti nama kat atas tu...?
Sebab kak S.K juga fokus senyummmm, walau apapun terjadi... dah tiga minggu kak S.K amalkan...

MUJARAB, SUBHAANALLAH!
Terasa sangat-sangat menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w. di saat-saat sedih dan kecewa dan terasa sangat Rasulullah s.a.w. hampir dengan diri...
Wallahua'alam...

Wassalam.

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)