Suara Emas Milik Siapa?

Saya dan Ustaz Azlan mengendalikan program bengkel SUARA EMAS PMRAM sebagai hakim


BULAN DISEMBER LALU, satu ujibakat diadakan di PTS Publication bagi menentukan siapakah yang layak diberi gelaran 'Suara Emas PTS'.

Pada hari yang sama, sepatutnya saya ke Astro untuk ujibakat perkara yang sama. Saya berkira-kira. Ada dua ujibakat dalam masa satu hari. Yang mana satu harus dipilih?

Saya buat keputusan tidak menghadiri ujibakat di Astro tetapi hanya ke program di PTS.

Para peserta bertanding bagi menentukan suara siapakah yang layak berlegar 'mat operator'. Hik.. Hik.. Hik...

Keputusan panel hakim secara majoriti memberi peluang kepada saya untuk menakhodai suara itu.

Mulai bulan Februari atau selewat-lewatnya Mac nanti, apabila anda menghubungi syarikat PTS, ada akan 'bingit' mendengar suara itu. Tetapi, jikalau anda merindui suara itu (kawan-kawan di Mesir) boleh sahaja hubungi PTS. Hik..hik..hik..



Comments

Dahsyatnya PTS! Lazimnya suara operator telefon adalah suara perempuan.

Ini kes aplikasi lateral thinking....

Popular posts from this blog

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

JOM KE MESIR