APA perasaan saudara sekalian, apabila dapat bertemu dengan rakan-rakan sewaktu di bangku sekolah, kemudian mereka berkata begini kepada saudara.
"Terima kasih kerana pernah menjadi seorang guru dan mengubah peribadi aku sehingga aku berjaya pada hari ini."
Baru-baru ini saya bertemu dengan seorang rakan yang telah terpisah hampir 7 tahun. Selepas menamatkan pengajian, kami tidak bertemu.
Saya masih ingat lagi, pada waktu itu kawan saya ini dibuang sekolah kerana membuat masalah disiplin. Kemudian, apabila hampir kepada waktu peperiksaan, saya mengajar beliau sehingga beliau berjaya mencapai keputusan yang membanggakan.
Beliau ditawarkan ke universiti dan kini sebagai seorang motivator muda di Negeri Sembilan.
Saya terharu apabila ada teman-teman yang mengingati saham-saham yang pernah saya berikan kepada mereka sewaktu di sekolah. Seingat saya, sewaktu zaman sekolah dahulu, saya amat gemar menyediakan nota-nota bahasa Arab untuk kawan-kawan dan fotokopi bagi memudahkan mereka belajar.
Bagi saya, apabila saya menyediakan formula dan nota kepada kawan-kawan saya, peluang saya bertambah bijak lebih tinggi.
Syukur kepada Yang Maha Esa kerana ada sedikit saham yang pernah dikongsi bersama. Semoga bermanfaat kepada mereka.
Tambahan :
Teman saya sekarang sudah jadi seorang motivator muda terkenal. Banyak projek-projek motivasi yang beliau telah selongkar termasuk memberikan training kepada agensi-agensi korporat. Beliau memberikan peluang kepada saya untuk mempelajari teknik sebagai seorang motivator muda itu.
Indah bukan?

Ulasan
Tuan orang yang baik, walau di mana tuan berada, di situ tuan membuat kebaikan....