
Pesta Buku Antarabangsa Kaherah buat kali pertama pada tahun ini saya tidak dapat hadiri. Semenjak lima tahun yang lalu, setiap tahun saya akan menghadirinya. Jikalau ada rezeki dan dipanjangkan umur, saya ingin ke pesta buku ini pada tahun 2011 nanti.
Saya gemar menghadiri pesta buku bukan kerana bukunya tetapi kerana gerai dan bukunya yang terlalu banyak. Di antara gerai pameran yang menjadi pilihan adalah dari Kerajaan Arab Saudi yang dibina dan diubahsuai seperti sebuah rumah.
Di dalam gerai mereka, ada ruang pameran (bercerita berkenaan kerajaan Arab Saudi) dan restoran sendiri untuk pengunjung merasainya.
Tahun ini PTS Publications menempah 15 buah booth ruang pameran untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Tahun ini juga, 2 buah booth digunakan sebagai pentas acara, 1 booth bagi menjual barang merchandies (saguhati/hadiah).
Saya akan berada di atas pentas sepanjang program berjalan kerana saya diamanahkan sebagai pengurus siaraya yang memastikan bahawa semua kelengkapan bersuara disiapkan terlebih awal.
Jumpa di sana!
Ulasan
Booth tu dah di-melayu-kan kah?