Langkau ke kandungan utama

Mengurus Blog

Mengurus blog adalah satu tugas yang mulia. Dikemaskini dan dimuat naik. Kemudian dipaparkan untuk bacaan umum.

Akhir-akhir ini saya tersedak untuk mengurus blog kerana ada beberapa hal ehwal yang tidak dapat dielakkan.

Satu lagi amanah yang terpikul juga kini adalah menguruskan web pemudagombak.

Apakah cara terbaik untuk mengurus blog sendiri agar tidak bersawang?


Ulasan

Kalau Tuan sudah beristeri tiga kena adil.Kena bahagi sama rata.Antara isteri-isteri Tuan ialah:

1.Puan 'Cik Bedah' Blog.
2.Puan Facebook
3.Cik Puan Pemudagombak.

Tidak bolehlah beri lebih-lebih kepada Puan Facebook sahaja,kena bahagi samarata.Isteri yang Tua dan Muda,sama merasakannya.=)
Tarbus Merah berkata…
Tuan Alhidayat,

Ayat Tuan bagai seorang editor di PTS Publications.

Tahniah!
Pemuda Gombak berkata…
Patutlah hari ini ramai pengunjung masuk ke blog kami :)
Puan Ainon Mohd. berkata…
Blog sangat penting, lebih penting daripada FB, sebab blog menjaga supaya kredibiliti dan daya pengaruh kekal tinggi. FB macam main-main sahaja....

Saya sediakan entri blog saya seminggu ke hadapan, supaya pada hari saya sibuk, tetap ada entri yang akan muncul sendiri....
Saya hanya penulis blog cabuk sahaja Tuan Syafiq..Jangan dilambung terlalu tinggi,kelak nanti tersembam kebumi..minta ajar dari Tuan 'sifu'.

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)