Penulis adalah seorang artis. Mereka perlu dijaga, di make-up supaya lebih cantik. Siapa yang mengurus mereka? Tentunya penerbit dan editor adalah pihak yang mengurus artis.
Baru-baru ini saya ke Filmscape Production (penerbit eksklusif Drama Nur Kasih) bersama Tuan Fauzul Naim Ishak (GM PTS) dan Tuan Faizal Mukhtar (Ketua Unit PTS Fortuna). Pihak pengurusan memaklumkan kepada kami bahawa menjaga artis memang susah.
Mereka perlu disediakan kenderaan pergi dan pulang ke tempat shooting. Mereka perlu disediakan makanan lengkap. Barangkali usah dilupakan juga wang kocek masing-masing.
Pernah juga saya mendengar seorang penulis skrip drama TV memaklumkan kepada saya bahawa jika kanak-kanak yang dipanggil berlakon, mereka lebih mengada-ngada. Sebelum berlakon, mereka mahukan McDonalds terlebih dahulu.
Berbalik kepada cerita asal. Penulis adalah artis. Mereka mahu mengetahui perkembangan karya mereka sejak dari proposal diluluskan sehingga terbit. Ada pula yang mendering-deringkan telefon editor selepas karya terbit dan memaksa-maksa karya mereka diulangcetak sedangkan karya mereka baharu terjual 100 buah sahaja.
Menjaga artis yang berkarisma (penulis adalah golongan berkarisma dan intelek) lebih susah berbanding menjaga artis yang tidak berpendidikan (biasanya artis popular pelajaran setakat SPM sahaja).
Ada juga pihak yang mengesyorkan saya usah menjaga artis yang cerewet sifatnya kerana nanti hanya memenatkan badan sahaja.
Alkisah...

Ulasan
Oh begitu rupanya cabaran tugas saudara sebagai editor. Terima kasih dengan perkongsian ini..
Sasterawan Abdul Latip Talib adalah nama gergasi dalam pasaran. Namun beliau sangat mudah diurus....