SAYA tidak mahu berbicara hal-ehwal yang berlaku terhadap kes YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin apabila tewas (5-0). Biarkan mahkamah Pilihanraya Umum ke-13 yang menentukan.
Hari Ahad yang lepas, saya bertemu dengan salah seorang pegawai di Parlimen Malaysia. Beliau menceritakan kepada saya hal-hal bawah tanah yang berlaku di dalam pejabatnya.
Saya yang tidak tahu-menahu ini terperanjat dengan kes-kes yang melibatkan kepentingan peribadi dan matlamat sosial sesebuah pentadbiran.
Walaupun sebenarnya saya telah ketahui cara mentadbir pihak pentadbiran kerajaan, saya mendengar sahaja beliau memberikan pandangan.
Beliau memaklumkan kepada saya, bulan Mac ini akan bermula sidang parlimen dan rang undang-undang akan dibacakan di Parlimen Malaysia. Beliau memberitahu saya, "Jika ingin melihat watak-watak pemimpin berhujah, boleh datang ke sini dan jumpa aku. Nanti aku beri pas masuk."
Beliau juga memberitahu bahawa perangai dan gelagat Yang Berhormat apabila ingin minta tandatangan beliau di pejabat beliau. Barangkali kes-kes bawah tanah ini jarang-jarang kita dengar tetapi sebenarnya berlaku.
Dahsyat bukan?

Ulasan