Langkau ke kandungan utama

Ustaz Hidayatus Saufi Menemui Ilahi




AWAL SUBUH saya mendapat mesej ringkas daripada teman-teman memaklumkan bahawa sahabat kita Ustaz Hidayatus Saufi menemui Ilahi setelah seminggu bertarung dengan keracunan makanan yang dialaminya.

Beliau telah bertolak dari Mesir ke Malaysia pada 29 Disember 2009 yang lalu dan segera dihantar ke Hospital Mersing di Johor. Namun, atas dasar kritikal yang telah dialami, Allahyarham telah dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan dimasukkan ke wad kecemasan (ICU).

Menurut sumber yang sahih dan laporan doktor, Allahyarham disyaki telah makan ikan beracun yang dibeli di salah sebuah kedai di Mesir. Ikan tersebut menjadi sebab dan punca utama, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi waktu Malaysia di HSA, Johor Bahru.

Masalah makanan yang dijual di kedai atau gerai awam di Mesir perlu diberi perhatian yang serius. Pembelian tokmiah, isy, sish-tawook, kebab, ikan, ayam, daging atau apa sahaja makanan yang terdapat di sana perlu diberi perhatian serius. Bakteria, racun atau apa sahaja jenis makanan perlu dipilih secara sihat.

Dahulu, ketika PMRAM menguasai pentadbiran ARMA di Mesir, bantuan subsidi diberikan kepada penduduk ARMA. Namun, hari ini apabila pentadbiran telah bertukar kepada MSD, mengapa tiada subsidi makanan diberikan kepada penduduk ARMA malah harga mahal terus menjadi trend jualan kepada mahasiswa.

Marilah sama-sama kita berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Tambahan :

1. Saya bersama Ustaz Ridwan Roslan bertolak dari Batu Caves ke Mersing pada jam 8 pagi. Kami tiba di Tanah Perkuburan Mersing pada jam 12 tengah hari.

2. Bentuk perjalanan adalah seperti berikut : Batu Caves - PLUS Utara Selatan- Negeri Sembilan - Melaka - Tangkak - Ayer Hitam - Kluang - Felda Nitar- Mersing - Endau- Rompin - Kuantan - Temerloh- Lebuhraya Karak - Genting Highlands - Gombak - Batu Caves.

3. Penulis adalah jurugambar dan tiada dalam gambar di atas.

4. Allahyarham pernah diberi amanah di dalam program-program besar PMRAM termasuklah menjadi pengacara, add-hock dan pembantu kanan BKPJM.

5. Ayat- ayat terakhir yang dirakam di dalam facebook beliau : "Kita bertemu di penghujung rindu."



Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Al-Fatihah....

Apabila agenda kepentingan kekuasaan politik disalurkan ke dalam pertubuhan pelajar....)
Zaid Akhtar berkata…
Al-Fatihah.

Arwah orang Mersing ya? Berapa usianya?

Jauh perjalanan enta tu.
Lebih cepat rasanya jika enta melalui Rompin - Muadzam Shah -Bandar Baru Serting - Bahau - Kuala Pilah - Bukit Putus - Senawang.

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma

Kosa Kata Pada Hari Ini

Sudah lama tidak bersua untuk berkongsi makalah atau bahan berunsur sastera. Justeru, hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian beberapa kosa kata baru yang wajar digunakan oleh kita sama ada di dalam penulisan kita seharian atau sebagainya. 1. Adar : bertandang (bertandang, bermalam di rumah orang) Contoh ayat – Aiman dan Akram selalu ber adar ke rumah bapa saudaranya pada hari Ahad. 2. Atip : susun (susun, atur) Contoh ayat – Ustaz Hairul meminta agar semua badan pengurus PMRAM meng atip baju-baju yang berserakan di dalam almari besi itu. 3. Banjar : baris (baris, jajar, deret) Contoh ayat – Izzat, Ifwat dan Izmir berdiri se banjar di dalam perbarisan kawad kaki sempena Hari Sukan di sekolahnya. 4. Enigma : kebingungan (menjadi bingung atau kebingungan) – disebabkan oleh sesuatu hal atau seseorang) Contoh ayat – Pegawai itu berada di dalam situasi enigma setelah diminta untuk berundur daripada tugasnya di dalam masa 24 jam. 5. Suang