Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Friday, July 31, 2009

Analisis Kajian Khas!

KEGAGALAN MAHASISWA AL-AZHAR : SATU ANALISIS MAHASISWA FAKULTI BAHASA ARAB, TAHUN EMPAT, UNIVERSITI AL-AZHAR, KAHERAH, MESIR.

Oleh : SYAFIQ ZULAKIFLI

Pendahuluan

AKHIR-AKHIR ini pelbagai salah tanggap negatif dilemparkan kepada mahasiswa Al-Azhar terhadap keputusan peperiksaan. Ramai yang menganggap mahasiswa kita tidak belajar dan kurang memberi penumpuan di dalam pelajaran masing-masing.

Masing-masing tuduh-menuduh di antara satu sama lain. Paling merisaukan apabila pelbagai kenyataan akhbar keluar sehingga menemplak mahasiswa kita di Mesir.

Kertas kerja ringkas ini saya menulis selepas meninjau hasil keputusan peperiksaan mahasiswa Tahun Empat Fakulti Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar yang telah keluar seminggu yang lalu di kuliah.

Hasil pemerhatian saya, beberapa perkara perlu diperbaiki sama ada daripada sudut pentadbiran, pengurusan dan pembelajaran mahasiswa Malaysia di bumi Mesir.

Saya mengharapkan agar analisis ringkas ini mampu memberi peluang kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia supaya mengorak langkah membuka jalan baharu terhadap pembangunan mahasiswa kita di bumi Mesir.

Hasil Analisis dan Punca

Keputusan peperiksaan dibahagikan kepada dua bahagian.

Pertama : Keputusan mahasiswa Mesir
Kedua : Keputusan mahasiswa Luar Negara

Apabila keputusan peperiksaan dibahagikan kepada dua bahagian, kita dapat melihat barangkali sistem pemarkahan mahasiswa Mesir dan mahasiswa Luar Negara berbeza. Tetapi kita tidak pasti adakah sistem pemarkahan berbeza ataupun masih menggunakan perkiraan markah yang sama.

Walaubagaimanapun, daripada pemerhatian yang dilakukan keputusan peperiksaan bagi mahasiswa Fakulti Bahasa Arab Tahun Empat adalah seperti berikut :-

Mahasiswa Mesir
MUMTAZ (TIADA)
JAYYID JIDDAN (SEORANG)

Mahasiswa Luar Negara
MUMTAZ (TIADA)
JAYYID JIDDAN (SEORANG)

Saya memohon maaf kerana tidak dapat menyenaraikan bilangan mahasiswa JAYYID, MAQBUL dan GAGAL kerana saya memerlukan statistik yang lebih tepat dengan mengira satu-persatu dan memang amat menyukarkan.

Selepas melihat keputusan ini, kita melihat bahawa mahasiswa yang mampu mendapatkan Jayyid Jiddan hanya seorang. Calon peperiksaan yang lain hanya sekadar Jayyid, Maqbul dan Gagal.

Pada hemat saya, ada beberapa sebab perkara ini berlaku :

1. Sistem pemarkahan Universiti Al-Azhar, Mesir yang terlalu strict menyebabkan ramai mahasiswa yang tidak mampu mencapai standart keputusan.

2. Mahasiswa tidak didedahkan dengan sistem menjawab soalan peperiksaan bagi mencapai standart Universiti Al-Azhar, Mesir.

Oleh yang demikian, apabila ramai menyalahkan mahasiswa Al-Azhar terhadap keputusan peperiksaan yang seringkali gagal dalam peperiksaan, saya mengesyorkan beberapa perkara perlu dianalisis semula. Tuduhan melulu kepada calon peperiksaan tanpa hasil kajian mendalam seharusnya tidak berlaku.

Kejayaan mahasiswa di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tidak menjamin kejayaan yang kekal di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Oleh kerana kita sudah melihat bahawa ramai mahasiswa STAM yang mendapat MUMTAZ sekalipun, tidak mampu membawa pulang segulung ijazah mengikut tempoh masa yang ditetapkan, tuduhan ini seharusnya dikaji semula.

Oleh yang demikian, tuduhan kepada mahasiswa kita yang tidak belajar adalah tidak boleh digunapakai kerana hasil pemerhatian saya, kebanyakkan mahasiswa kita belajar dan mengulangkaji pelajaran semasa peperiksaan berlangsung.

Oleh kerana sistem peperiksaan Al-Azhar adalah 100% daripada sistem peperiksaan akhir tanpa memberi peluang kepada mahasiswa untuk mendapatkan markah tambahan, beberapa perkara ini wajar diambil perhatian.

Barangkali juga melihat daripada statistik itu, kita akan mengatakan, "Boleh pun orang lain dapat JAYYID JIDDAN" tetapi bagi saya, mengapa hanya seorang!

Cadangan dan Saranan

Saya mengesyorkan beberapa pendekatan difikirkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bagi menangani masalah ini disamping membantu meningkatkan prestasi pendidikan mahasiswa kita di bumi Mesir.

Persatuan pelajar perlu memainkan peranan dengan memfokuskan pendidikan di dalam sistem organisasi dan mahasiswa diberi latih tubi secukupnya sebelum menjelang peperiksaan.

Mekanisme memberi bantuan juga perlu difikirkan kerana hasil pemerhatian kita bahawa ramai mahasiswa lapar tidak mampu belajar dengan baik. Mereka tidak selesa berada di rumah malah terpaksa berniaga dan mencari peluang untuk menyara kehidupan masing-masing.

Saya mencadangkan pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah mengkaji permasalahan pelajar di samping persatuan mahasiswa perlu bekerjasama di dalam memelihara kesepakatan ini.

Penutup

Ini hanyalah kajian ringkas dan banyak kecacatan yang perlu diperbaiki. Daripada satu sudut yang lain, kita menjangkakan pelbagai faktor dan punca lain menjadi sebab kepada kegagalan tersebut.

Barangkali mahasiswa kita juga tidak menggunakan masa yang ada untuk memaksimumkan tenaga kerja di dalam pembelajaran mereka.

Kita perlu kaji lagi.

Akhbar Hari Ini


Sumber : Utusan Online.

Karya A. Samad ke Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt

KUALA LUMPUR 30 Julai - Dua karya Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said adalah antara 100 judul buku yang akan dibawa menyertai Pesta Buku Antarabangsa di Frankfurt, Jerman pada pertengahan Oktober depan.

Pengarah Urusan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), Mohd. Khair Ngadiron berkata, karya itu adalah Cinta Fansuri dan Balada Hilang Peta yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris berjudul Fansuri's Love dan Ballad of the Lost Map.

Beliau berkata, kedua-dua karya itu dipilih berdasarkan nilai dan mesej di dalamnya selain untuk mengenang jasa serta memberi pengiktirafan kepada Sasterawan Negara itu.

"Pesta buku lima hari itu akan bermula 14 Oktober dan disertai 10 syarikat penerbitan tempatan selain 7,000 peserta pameran dari 100 negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai majlis 'Menjelang 75 Tahun A. Samad Said' dan pelancaran buku Fansuri's Love dan Ballad Of The Lost Map di Wisma ITNM di sini hari ini.

Mohd. Khair berkata, majlis tersebut akan diadakan di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini pada 8 Ogos ini. (hari paling keramat)

Katanya, setelah 75 tahun mengabdikan diri kepada dunia sastera negara, inilah masa terbaik untuk kita memberi pengiktirafan serta mengenang jasa beliau sebagai ikon penulisan negara.

Sementara itu A. Samad berkata, beliau tidak menyangka apa yang dilakukannya selama ini akan diberi pengiktirafan sedemikian rupa.

"Saya tidak merasakan diri sebagai seorang ikon bangsa tetapi terpulang kepada pihak lain untuk menilainya.

"Sepanjang hampir 75 tahun, saya juga tidak terfikir hasil karya saya akan menjadi himpunan khazanah bangsa tetapi sekiranya ia benar-benar terjadi, saya benar-benar bahagia," katanya.

Tahun ini 8 Ogos adalah hari paling keramat.

1. Pembukaan rasmi Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan Negara ke-52. Moga-moga Kuasa Usaha Sementara, Encik Mohd Puzi Dahaman dapat hadir bersama-sama semua pegawai-pegawai di KBMK dan JPMK serta pegawai rumah-rumah negeri.

Thursday, July 30, 2009

Noktah

Noktah

Noktah

Noktah

Noktah

Betapa detik sukar menghadapi isu terbesar ini. Saya redha atas segalanya. Moga-moga kita bersama orang-orang yang sabar.

Tiada lagi kalam mampu dituturkan. Saya tidak pernah memikirkan bahawa saya akan menghadapi saat getir selepas sembilan tahun mengenalinya.

Entahlah... saya juga punya perasaan. Sebab itu bagi saya, setiap ayat yang saya karang, saya akan fikirkan kebaikan dan keburukannya.

Malam Jumaat yang barakah ini, saya membuat keputusan menarik balik segala kenyataan yang mampu memberikan kelukaan kepada mana-mana pihak.

Kerana saya punya sekeping hati yang dipinjamkan Tuhan untuk berfikir, maka segalanya saya serahkan kepada-Nya.

WAJAH

Wajah kami
matanya akhlak
hidungnya budi
telinganya punya kesabaran
mulutnya punya keinsafan
yang mengenal
antara makhluk dan Tuhan.

Betapa kami
menghargai nikmat yang dipinjamkan
dalam wajah kami.

KAHERAH
31 Julai 2009


Terima Kasih Zaqaziq

Penulis ketika menyampaikan ucapan perasmian penutup

Penyampaian Hadiah kepada pemenang kejohanan- KELANTAN


SAYA ucapkan rasa syukur keran Kejohanan Bola Sepak Piala Malaysia 2009 dapat berjalan dengan sempurna. Selama lima hari semua kontinjen mengambil bahagian di Stadium Zaqaziq bagi memeriahkan kejohanan tersebut.

Secara peribadi, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada DPM Zaqaziq yang berjaya menjadi tuan rumah kali kedua pada tahun ini. Moga-moga kecemerlangan ini memberikan satu kepuasan kepada peserta yang berkampung di bandar Zaqaziq tersebut.

Saya berbangga kepada semua pemain yang bertungkus-lumus bermain di tengah padang yang terlalu panas. Ada beberapa kelemahan kejohanan yang saya fikir perlu diperbaiki. Perkara tersebut saya akan usulkan bersama kepimpinan. Insya-Allah.

Dalam keadaan terik panas, para peserta kejohanan sanggup mendengar kalam perasmian penutup daripada saya. Saya mohon maaf jika mengambil masa yang terlalu lama untuk berucap.

Moga-moga kita akan bertemu di dalam kejohanan pada masa-masa mendatang. Terima kasih kepada bumi Zaqaziq.

Saya mengesyorkan kepada PMRAM untuk memilih tuan rumah baharu pada kejohanan akan datang. Moga-moga semua pihak dapat merasakan kemanisannya.

PMRAM akan mengadakan program PERAYAAN MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-52 pada 8 hingga 11 Ogos 2009.

Layari : http://egp-pmram.blogspot.com


Kerana Kerajaan, Ramai Salah Akidah!

Di Stadium Zaqaziq
(kawan saya ini rupa-rupanya bisu dan pekak)

KERANA bermati-matian mempertahankan pihak kerajaan, ramai di antara mahasiswa ataupun orang awam hampir-hampir lemas dan sesat dalam mencari jalan pulang.

Apabila disuakan beberapa pertanyaan berkenaan kerajaan, ada yang berani-berani menjawab, "kita hidup daripada duit kerajaan", "kerana kerajaan kita dapat hidup", "kalau kerajaan tak ada, matilah aku".

Istilah atau kata-kata di atas adalah di antara petikan yang akan menjejaskan akidah kita sebagai seorang Muslim.

Bukankah Allah merupakan pencipta (khaliq) yang kekal dan Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu?

Oleh yang demikian, pergantungan kita di muka bumi bukan kerana kerajaan. Dan, bukan kerajaan juga yang memberi sumber rezeki. Kerajaan hanyalah wasilah dan pembuka jalan kepada kita untuk mencari sumber rezeki.

Justeru, jika kata-kata kita, "kerajaan bagi kita rezeki", itu adalah perkiraan yang silap kerana dengan kerajaan juga kita akan lingkup. Kerajaan tidak akan kekal. Yang kekal hanya Allah. Tuhan yang menjadikan segala makhluk di muka bumi ini.

Percayalah bahawa jika Allah Taala tidak memberikan rezeki kepada kerajaan, kita juga tidak akan duduk di dalam kerajaan.

Awaslah!

Wednesday, July 29, 2009

Mengurus Pasukan

Gambar hiasan.
(Kek Amni Insyirah)

SETIAP pasukan memerlukan empat perkara di dalam mentadbir pasukan agar mampu berjaya dan setanding dengan pasukan lawan.

Hari ini adalah majlis perasmian penutup Bola Sepak Piala Malaysia, di Stadium Zaqaziq. Saya akan menyampaikan apakah empat perkara tersebut di dalam ucapan penutupan rasmi di Zaqaziq tengah hari ini.

Apa juga yang kita peroleh pada hari ini adalah hasil kesungguhan kita bertarung dan berjihad mati-matian untuk mempertahankan pasukan kita.

Jumpa di sana!


Tuesday, July 28, 2009

Sekitar Ulang Tahun Amni Insyirah ke-2



SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-2, AMNI INSYIRAH.

Saya hanya mampu melihat kemeriahan Ulang Tahun Amni di Hotel Mutiara, Johor Bahru sahaja. Tunggu Ammu pulang ;)

Saya sebenarnya sudah lama tidak makan hotel. Masa untuk 'pau' my mother untuk ulang tahun kelahiran saya yang ke-24 tahun ini pada 8 Ogos nanti.

Rasa-rasa hotel mana menarik di Mesir?

Sonesta pun boleh. Kawan-kawan ajak pergi City Star :)

Monday, July 27, 2009

Teman,,,Percayalah Faizal Akan Masuk PAS

Teman,

SUSAH SENANG atau bencinya seseorang pada kita bukanlah bermakna kebencian itu lahir daripada jiwa dan naluri seseorang.

Percayalah bahawa artikel saya sebelum ini hanya melaporkan apa yang berlaku sepanjang program berlangsung. Saya bukan pro mana-mana parti walaupun sudah dilabel sebagai pro pembangkang.

Yakinlah bahawa hanya Islam sahaja yang mampu menyatukan hati-hati kita. Ya. Islam. Kerana itu, jika UMNO daripada dulu memperjuangkan Islam kita akan tetap bersama UMNO. Tetapi tidak! UMNO telah bermati-matian mengkuburkan mahasiswa Islam yang mahu mempelajari Islam. Lihat apa yang berlaku terhadap institusi pengajian Islam dan lain-lain.

UMNO juga yang telah bersusah payah bertarung tenaga kerana mahukan Islam itu mati bermula semenjak anak-anak dilahirkan. UMNO yang bertungkus-lumus mengatur langkah mengharamkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) pada suatu ketika dahulu.

Akhirnya, UMNO lahir dengan Islam Hadhari yang hanya mengehadkan hari. Lihat, apa yang telah UMNO jalankan.

Jika benar UMNO memperjuangkan Islam, sila nyatakan. Apa yang UMNO telah buat selama bertapak lahir di bumi Johor Darul UMNO semenjak 11 Mei 1946.

Saya bukan anti-UMNO. Malah, seingat saya jikalau ada insan yang bertanya kepada saya; siapakah tokoh yang saya sayangi, saya menjawab Raja PPSMI, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mahu kata saya sayang pada PAS? Ada bukti? Adakah hanya melihat saya mengarang dan menolak UMNO terus sahaja mahu dilabel sebagai pembangkang dan menyertai PAS.

Silap! Tekaan yang silap.

Apapun, daripada satu sisi yang berbeza ingin saya tegaskan bahawa, setengah jam sebelum majlis berlangsung sebenarnya saya telah keluar 'makan berdamai' bersama Saudara Mohd Faizal Sabhon. Saya telah menasihati beliau agar tidak bangkit dan bercakap tidak sopan di hadapan Yang Berhormat.

Saya telah mengesyorkan beliau tidur di dalam bilik kerana beliau baru pulang daripada Iskandariah bertemu dengan adik-adik Perubatan MARA di sana.

Apa yang dikatakan pada saya, "Oh! Selalunya program kerajaan, mahasiswa kita berani kutuk wakil-wakil kerajaan. Sekarang ni aku mahu membalas pula."

Fikir saya bahawa sikap mahu membalas dendam ini sudah menjadi trend. Jika ini sikap kita, apalah yang mahu diperkatakan lagi.

Sayugia dinyatakan bahawa, apa tanggapan buruk kita terhadap Saudara Faizal, ingatlah bahawa beliau akan menyertai PAS seperti harapan dan doa YB Dato Dr Hasan Ali kepada beliau pada malam tadi.

"Faizal, malam ni tidur dengan nyenyak. Faizal fikir masak-masak, anak-anak Faizal nanti mahu di lorongkan ke mana. Mahu di lorongkan ke agama, atau ke tempat lain."

Apapun, beliau pernah menaruh satu janji kepada saya bahawa beliau akan menganggotai PAS bersyarat. Tetapi, biarkan saya simpan perkara tersebut. Moga-moga cita beliau menganggotai PAS satu masa nanti akan tercapai. Insya-Allah.


"Faizal Spesies Terakhir" - Dr Hassan Ali




SEORANG MAHASISWA AL-AZHAR yang masih menyokong dasar pentadbiran UMNO akhirnya dibelasah di hadapan lebih 1,000 orang mahasiswa yang berhimpun di Dataran Hayyu Asyir, Kaherah, Mesir.

Forum Perdana yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) membariskan tiga orang ahli panel iaitu Yang Berhormat Dr Hassan Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ustaz Abdul Halem Hapiz daripada Majlis Agama Islam Selangor dan Saudara Ahmad Zaidi Talib, Pegawai Khas Exco.

Program tersebut adalah bersempena kehadiran rombongan kerajaan negeri Selangor melawat anak-anak di Kaherah, Mesir.

Mohd Faizal bin Sabhon dibelasah oleh YB Dr Hassan Mohd Ali dengan jawapan pedas seorang pakar motivasi negara, apabila mempertikaikan beberapa perkara di dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang dianggap kurang berkesan selepas pentadbiran kerajaan baru Selangor.

"Dalam pilihanraya kecil, semuanya PR menang...apalagi yang dimahukan...saya rasa Faizal ini spesies terakhir."

Dalam perkembangan lain, ketika mengulas jawapan berkenaan kilang arak di Selangor, YB Dr Hassan Ali menjawab bahawa kesedaran dibuat melalui agama.

"Kita sedarkan rakyat melalui agama. Kita mahukan orang-orang agama bercerita tentang agama bagi menyedarkan rakyat. Kita tunggu mahasiswa Al-Azhar balik ke Malaysia dan cerita agama termasuk Faizal."

"Saya malu dengar cadangan Faizal. Orang belajar agama tetapi masih menyokong dasar UMNO dan Barisan Nasional lagi!"

Mahasiswa memberikan tepukan paling gemuruh kepada ulasan Dr Hassan Ali apabila menyangkal beberapa dakwaan Faizal yang hanya membuat 'provokasi' di dalam majlis rasmi.

Yang paling memelikkan YB Dr Hassan Ali adalah, Faizal seorang pelajar Pulau Melaka, Kelantan ingin memajukan UMNO.

"Ada juga pelajar daripada Pulau Melaka, tetapi hasilnya macam Faizal? Saya akan maklumkan pada Tuan Guru Nik Aziz bahawa ada seorang pelajar Pulau Melaka seperti Faizal menyokong dasar UMNO", katanya lagi.

Itu di antara petikan ayat-ayat 'satira' yang diberikan oleh Dr Hassan Ali. Pada hemat saya, Faizal tidak mengenali dengan siapa beliau berkata.

Pertama, YB Dr Hassan Ali adalah seorang tokoh dan pakar motivasi dan bijak menggunakan psikologi di dalam menjawab soalan-soalan mahasiswa. Tetapi pada saya apabila emosi melebihi daripada kehendak diri, kita tewas dengan kehendak diri. Kesian Faizal.

Program forum ini memberikan pencerahan kepada mahasiswa bahawa kerajaan Barisan Nasional sudah tidak releven kepada rakyat di Malaysia.

Lawatan Kerajaan Negeri Selangor ke Mesir selepas berkunjung ke Syria dan Jordan adalah kenangan manis yang pastinya memberikan input yang berguna kepada pentadbiran kerajaan Selangor meninjau perkembangan anak-anak pelajar agama ini disuntik dengan motivasi di dalam diri.

Beberapa perubahan yang dipaparkan oleh YB Dr Hassan Ali selepas memegang Selangor memberikan gambaran positif bahawa golongan agama dan orang kurang berkemampuan di Selangor terus dibela.

Kita menjangkakan bahawa kerajaan negeri Selangor akan terus kekal di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat di samping beberapa buah negeri akan tumbang di dalam pentadbiran baru.

"Faizal orang Johor. Saya fikir, Johor juga akan tumbang tidak lama lagi," katanya lagi mengakhiri ucapan penggulungan.


Saturday, July 25, 2009

Terima Kasih Kepada SKBU 2

Masa sekolah rendah sudah gila kuasa! Pengawas konon!

Duduk dari kanan. Siapa eh?

Pelajar paling baik di sekolah. Rasa-rasanya, kalau ada yang jumpa saya waktu itu, ada yang bercita-cita nak jadikan adik angkat tak?

Memang pantang nampak mikrofon semenjak sekolah

No komen. Ni saya tidak tahu meraikan kemenangan apa.

Darjah 6...

Terima kasih kepada Sekolah Kebangsaan Bandar Uda 2 yang telah menghantar saya sehingga ke Bumi Anbiya pada hari ini. Perjalanan selama hampir 12 tahun ini adalah suatu perjalanan yang panjang. Tahun 1997, setelah meninggalkan SKBU2, akhirnya saya menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor Kluang dan terus ke Maahad Johor, Johor Bahru.

Hari ini, hari berganti hari dan waktu terus berlalu, saya kini di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Terima kasih kepada Facebook yang mempertemukan saya dengan sejarah ini!


Friday, July 24, 2009

Ekspo Gempak PMRAM 2009



Ekspo Gempak PMRAM 2009 akan berlangsung pada 8 hingga 11 Ogos 2009. Seperti yang dipinta oleh pihak kedutaan, kita akan mohon menggunakan Dataran Hayyu Asyir untuk menjayakan program tersebut.

Dijadualkan majlis perasmian pembukaan akan diadakan pada waktu malam. Biasanya, majlis perasmian adalah badan-badan berkanun akan mengadakan upacara perbarisan lintas hormat kontinjen-kontinjen dan persembahan citrawarna Malaysia.

Program Ekspo Gempak PMRAM adalah sambutan Perayaan Menyambut Hari Kebangsaan pada setiap tahun yang dianjurkan oleh PMRAM. Sebagai persatuan induk di bumi Mesir, kita merayakan acara ini dengan gilang-gemilang.

Semua warganegara Malaysia dijemput memeriahkan acara. Kita akan mengutus surat kepada Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah dan Pegawai-Pegawai Rumah Negeri untuk menghadiri upacara gilang-gemilang.

Tambahan : Kita mengharapkan agar pihak kementerian tidak menghalang mana-mana pegawai kita di bumi Mesir untuk menghadiri majlis tersebut.

Catatan Yang Terlewat

SALAM ULANG TAHUN KELAHIRAN.

Oleh kerana saya terlalu ripuh dengan pelbagai program pada Julai ini, tidak berkesempatan untuk mengucapkan salam ulang tahun kelahiran untuk beberapa orang sahabat yang menyambutnya pada tahun ini.

Amaluddin Hj Arshad dilahirkan pada 12 Julai 1985.

Amal sekarang sudah berada di tahun akhir, Maahad Qiraat Shoubra, Azhar, Kaherah. Menyoroti kisah-kisah silam bersama amal, yang paling saya ingat adalah pergi temuduga Darul Quran di Maahad Muar pada April 2003. Amal bertolak dari rumah abangnya di Muar dan saya bertolak dari Johor Bahru.

Pastinya cita-cita satu. Mahu menyertai dan menganggotai Darul Quran (DQ) JAKIM pada waktu itu. Akhirnya, Amal sahaja yang terpilih untuk menyertai DQ dan saya terpaksa akur menerima keputusan menghabiskan pengajian di Maahad Johor, Johor Bahru dan menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir.

Hari ini, setelah enam tahun pernah mengenali Amal, saya dan beliau masing-masing berada di dalam tahun akhir di Al-Azhar, Mesir.

Ustaz Hairul Nizam Mat Husain dilahirkan pada 22 Julai 1981

Beliau adalah boss saya satu ketika dahulu. Mentadbir PMRAM dengan cukup sempurna selama sesi pentadbiran 2006 dan 2007. Kini beliau mahasiswa tahun dua Ijazah Sarjana (M.A.) Universiti Al-Azhar. Sungguh cekal Ustaz Hairul meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana sehingga kini.

Walaupun halangan demi halangan yang dihadapi di samping sekatan yuran pengajian (ditarik Zakat kerana sertai PMRAM) untuk meneruskan pengajiannya tetapi kekuatan dan semangat Ustaz Hairul tetap saya sanjungi.

Saya ingat lagi, beliau pernah menceritakan bahawa ada seorang hamba Allah di Selangor, telah memberikan beliau cek bernilai RM 10,000 semata-mata kepada beliau.

Sekali difikirkan, layakkah kita mendapat wang sebanyak itu daripada seorang hamba Allah (orang awam)? Siapalah orang awam yang mahu mempercayai kita? Tetapi pada saya, ini adalah keberkatan apabila kita mengaji dan belajar hanya semata-mata kerana Allah bukan kerana mahu menunjukkan kehebatan kita terhadap ilmu yang kita ada.

Tentunya ramai berangan-angan mahu 'tinggal' dan duduk serumah dengan beliau. Pesanan saya, kalian sudah terlambat kerana beliau sudah mendirikan rumah tangga, oleh yang demikian beliau hanya akan tinggal dengan isteri beliau sahaja. :)

Apapun, saya mendoakan Ustaz Hairul akan sentiasa semangat dan berjaya mencapai kejayaan di dalam peperiksaan sehingga mengenggam PhD seperti yang dicita-citakan.

Moga-moga mampu membantu kerajaan Islam di Malaysia satu masa kelak.


Amni Insyirah bt Aqib (26 Julai 2007)

Tahun ini, Amni Insyirah akan menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-2. Cemburunya saya apabila diberitakan hari Ahad ini sempena ulang tahun kelahirannya, majlis Hi-Tea akan diadakan di Hotel Mutiara, Johor Bahru.

Tambahan : Ammu akan sambut hari jadi Amni untuk ulang tahun ke-3.


Thursday, July 23, 2009

Apa Khabar Orang Jurong

Ini bukan di Jurong, ini di Woodlands.

Baca betul-betul. Jurong. Bukan jerung dan bukan jirung.

Jurong adalah salah satu kawasan di Singapura. Ada Jurong Point (pusat membeli belah), dan ada Jurong Bird Park. Ada Jurong West, Jurong East, dan Jurong South (macam tak ada).

Rumah nenek saya terletak di Jurong. Sebelum ini di Boon Lay Avenue (kawasan Jurong juga). Selepas anda masuk ke Cooperation Road, anda akan belok ke kiri dan menyusur ke Jurong Junior College, kemudian ambil kanan dan masuk ke Boon Lay Avenue.

Tetapi, sekarang mereka sudah berpindah ke Jurong West. (Agaknya kot!) Pasal saya sudah dua tahun tak balik Malaysia, jadinya tak tahu lah kat mana rumah nenek saya itu.

Nak balik!!!

Orang Singapura biasanya akan tinggal di kawasan rumah pangsa. Eh! Ini bukan sebarang rumah pangsa. Ingat ini Flat Bukit Chagar ke? Ini rumah pangsa di Singapura. Orang-orang Singapura mesti tahu.

Berbalik pada cerita asal.

Jika anda ke Singapura, pastikan anda tahu jalan-jalan utama. Maksud saya, oleh kerana negara ini menggunakan sistem Highway berkuasa tinggi, jadinya anda mesti tahu, istilah-istilah PIE, KJE, dan macam-mcam lagi lah. Jika tidak, peluang anda sesat adalah sangat tinggi.

Kemudian, kebanyakkan sistem rumah di sana adalah Neighbourhood, jadinya anda hanya perlu tanya blok rumah-rumah saudara mara anda itu. Jadi mudahlah mencari menggunakan istilah 'N' sahaja.

Buat akhirnya, jika anda tidak faham apa yang saya tulis, berpindahlah ke Singapura untuk mengetahui perjalanannya.

Saya pernah mengimpikan satu karya berlatar belakangkan Singapura. Nanti saya buat!


HAJI 1430H : Boleh Pergi Haji... Tapi...

قرر وزراء الصحة العرب أمس الأربعاء في القاهرة استثناء كل من هو فوق سن الـ65 وأقل من 12 عاما والمرضى من موسم الحج والعمرة هذا العام للحد من خطورة انتشار فيروس (إتش1 إن1) المسبب لإنفلونزا الخنازير.

ويأتي هذا القرار في خضم ظهور دعوات طالبت بعدم استبعاد خيار عدم استقبال الحجاج القادمين من الخارج هذا العام في ظل المرض.

وقال المدير الإقليمي لمنظمة الصحة العالمية حسين الجزائري في مؤتمر صحافي إنه تقرر أيضا استثناء مرضى السكري والضغط والكبد والكلى والسمنة المفرطة والأمراض الاستقلابية (أمراض التمثيل الغذائي).

وأضاف الجزائري أن هذه القرارات اتخذت بعد استعراض الموقف وأخذ رأي وزير الصحة السعودي عبد العزيز الربيعة.

وفي هذا الصدد قال الربيعة إن وزراء الصحة العرب اتخذوا هذه القرارات دون ضغوط دينية أو سياسية أو اقتصادية مشيرا إلى أن واضعيها (القرارات) هم خمسون عالما من مختلف الدول الإسلامية.

وأضاف الربيعة أن مسألة تقليل الأعداد لن تضر بالاقتصاد السعودي بأي حال من الأحوال.

مراكز طبية

ومن جانبه قال وزير الصحة المصري الدكتور حاتم الجبلي إنه سيتم تحديد مراكز طبية معتمدة في مصر والسعودية من أجل الكشف على الحجاج والمعتمرين واستبعاد من لا تنطبق عليه الشروط منهم.

وكانت وزارة الصحة السعودية أعلنت عن تشكيل لجنة علمية موسعة من الوزارة بهدف وضع إجراءات احترازية من مرض إنفلونزا الخنازير أثناء موسم الحج.

وتعالت مؤخرا بعض الدعوات بعدم استبعاد خيار عدم استقبال الحجاج القادمين من الخارج هذا العام في ظل تفشي المرض بسبب ما وصف بالقلق من أن تصبح السعودية من أكثر الدول عرضة لأعلى نسبة خطر الإصابة بالمرض، نظرا للعدد الهائل من الحجاج الذين سيفدون خلال أيام معدودة من كل أنحاء الأرض.

غير أن مفتي السعودية الشيخ عبد العزيز بن عبد الله آل الشيخ عبر عن خشيته من أن يكون ما يكتب عن إنفلونزا الخنازير يتضمن الكثير من المبالغة والتهويل، في إشارة إلى دعوات بالامتناع مؤقتا عن تأدية مناسك الحج.


Persidangan di antara Menteri-Menteri Kesihatan Negara-Negara Arab telah membuat beberapa pendekatan terhadap jemaah haji yang akan ke Mekah pada tahun ini.

Oleh kerana Virus H1N1 masih lagi belum berakhir, warga 'sakit' (tidak kiralah anda sakit apa), orang tua berumur lebih 65 tahun tidak digalakkan ke sana.

Antologi Puisi


BAKAL TERBIT tapi di Malaysia sahaja. Antologi puisi 'Badar Metropolitan' yang menghimpunkan sejumlah karya penulis muda luar negara.

Karya yang menghimpunkan penulis-penulis dari serata dunia di bawah Grup Karyawan Luar Negara (GKLN). Tahniah kepada penyelenggara yang bertungkus lumus menjayakan misi penerbitannya.

Buku yang bakal terbit awal Ogos ini.

Selain itu, tiga buah puisi saya yang memenangi tempat pertama di dalam Sayembara Puisi Islam GKLN akan dimuatkan di dalam antologi itu nanti.

Tambahan :

Karya-karya saya boleh didapati melalui tiga buah antologi :

Ogos 2008
Antologi Puisi Bahasa Bumi

Oktober 2008
Antologi Cerpen dan Puisi Dalam Sepuluh Yang Ku Gelar Cinta

Ogos 2009
Antologi Puisi Badar Metropolitan

Moga-moga tahun ini Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan menerbitkan karya saya yang memenangi Sayembara Cerpen Jawi Merdeka 2007.

Tuesday, July 21, 2009

PMRAM Ego?


PMRAM Ego? Benarkah PMRAM Ego? Ya. Kita pernah diberikan peluang untuk masuk ke dalam bangunan Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) pada tahun 2001 dengan kebenaran Wan Bakar Wan Dagang selaku Pengarah JPMK pada waktu itu.

Tetapi mengapa PMRAM ego dan tidak mahu masuk bangunan itu?

Semuanya akan anda ikuti di dalam Konvensyen PMRAM pada 22 Julai 2009 di Dewan Solah Kamil, Universiti Al-Azhar, Kaherah.

Jemput mengikuti perbahasan berkenaan dengan Rumah Melayu pada hari esok.

Pasti menggemparkan!!!

Deklamasi Puisi



SABTU lalu, Majlis Penutup Hari Keluarga Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir. Walaupun badan saya penat selepas menghadiri Kursus Pengurusan dan Pentadbiran, tetapi saya gagahkan diri menerima jemputan pihak penganjur untuk mendeklamasikan sajak.

Sebenarnya, malam acara tersebut saya tidak bersedia langsung untuk menyampaikan puisi tersebut. Walaupun saya telah dijemput beberapa hari sebelum majlis, saya fikir tidak dapat menyempurnakan tugasan tersebut.

Tetapi, setelah melihat jam di tangan ada lebih kurang 1 jam 30 minit sebelum acara dimulakan, cepat-cepat saya mengarang puisi untuk dipersembahkan pada malam itu.

Sebelum waktu Maghrib pada hari tersebut, puisi yang saya akan deklamasikan masih belum dikarang dan saya fikir saya akan melakukannya secara spontan.

Namun, setelah berfikir panjang hampir azan Maghrib berkumandang saya telah mengarang karya tersebut di hadapan Saudara Mohd Faiz Esa regu saya yang saya pilih on-the-spot untuk bersama-sama saya di pentas majlis.

Oleh kerana puisi yang dicipta tergesa-gesa, hasilnya pada malam itu lirik bait puisi di bawah ini yang saya deklamasikan.

RUMAH KAMI

Ini rumah kami
bumbungnya perpaduan
tiangnya kebajikan
pintunya persaudaraan
dan tingkapnya kasih sayang.

Rumah yang dihias
dengan akar budi
berbuah dan mekar
bertunas menjadi neraca keilmuan
dalam sanubari kami.

Betapa benar
rumah kami ini tiangnya berseri
diukir dengan makna sebuah kekeluargaan
diwarna dengan lukisan ketakwaan
dilakar dengan rindu keajaiban
seorang anak di perantauan.

Kami bajai rumah kami setiap hari
dari subuh ke dini hari
dari fajar ke terbenam matahari
moga indah menjadi saksi
sebuah anugerah di syurga nanti.

Indahnya rumah kami
tempat berhimpun pemuda pemudi
tempat berkasih siswa dan siswi
demi merapat ukhuwah sejati.

Lorongkan rumah kami dengan rindu
sebuah pengorbanan
sebuah perpaduan
sebuah persaudaraan
antara dua insan.

KAHERAH
18 Julai 2009

Tambahan : Saya fikir Saudara Mohd Faiz ralit melihat saya mengarang puisi di hadapannya.


Monday, July 20, 2009

Puisi Dari Pantai

PANTAI

Pantai ini

tempat kami bermain
tempat kami menghirup
angin keakraban
desir persaudaraan
antara dua insan.

Musim-musim begini
doa kami tetap sama
bawa pulang ombak
di syurga.

Iskandariah.
Isnin, 20 Julai 2009

Sunday, July 19, 2009

Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Sebagai Seorang Pengurus

Penulis bersama peserta program Kursus Pengurusan

DUA HARI yang lalu, saya mengikuti Kursus Pengurusan dan Pentadbiran sebagai seorang pengurus.

Saya meletakkan bahawa program ini bersifat antarabangsa kerana diapit oleh sebahagian besar daripada tokoh-tokoh pentadbiran.

Terima kasih kepada pensyarah Dr. Ahmed Saber yang telah memberikan panduan dan latihan sepanjang dua hari program ini berlangsung.

Pada saya, pengalaman yang dibina sebagai salah seorang peserta memberikan latihan asas sebagai pengurus dan pentadbir pada masa mendatang.

Kesempatan sebelum menamatkan pengajian di Mesir, saya gunakan untuk mendapatkan value-added agar saya mampu terjun ke dalam pelbagai industri di Malaysia nanti.

Banyak input yang diperoleh sepanjang proses latihan diadakan. Untung penganjur menggunakan slide di dalam Bahasa Inggeris dan memudahkan saya memahami setiap apa yang diperbincangkan.

Sebagai seorang peserta, saya menyedari pelbagai kekurangan sepanjang saya mentadbir PMRAM dan banyak kelemahan yang tidak perlu dilakukan sebagai seorang ketua kepada orang di bawah.

Managing or Coaching satu istilah yang nampak sama tetapi berbeza. Ada beberapa perkara asas yang ingin saya turunkan di sini tetapi biarlah ia disimpan selepas ini.


Hadiah Karyawan Sasterawan Johor


Pak Matlob terima Hadiah Karyawan Sastera Johor

JOHOR BAHRU 18 Julai - Tokoh pejuang tulisan jawi dan sastera kanak-kanak, Mohammad @ Mokhtar Talib, 72, atau lebih dikenali sebagai Pak Matlob dipilih sebagai penerima Hadiah Karyawan Sastera Johor pada Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Darul Ta'zim Ketujuh di sini semalam.

Anak kelahiran Semerah, Batu Pahat itu dipilih menerima anugerah tertinggi pada majlis tersebut berikutan sumbangan penulisannya yang berjaya mengharumkan nama negeri ini di peringkat nasional dan antarabangsa.

Anugerah itu yang melayakkan beliau menerima wang tunai RM7,000 disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini.

Hadiah Sastera Darul Ta'zim diwujudkan sejak 1996 sebagai penghargaan kepada para penulis di negeri ini atas sumbangan mereka dalam mengembangkan bidang sastera dan bahasa.

Anugerah dwitahunan itu dianjurkan oleh kerajaan negeri menerusi Yayasan Warisan Johor dan mendapat kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS), Majlis Kebudayaan Negeri Johor (MKNJ) dan Persatuan Penulis Johor (PPJ).

Pak Matlob yang juga bekas Pengarang Pendidikan Utusan Melayu (1993-1998) telah menghasilkan 400 buah buku dalam pelbagai bidang, kebanyakannya dalam penulisan jawi dan sastera kanak-kanak.

Pada tahun lalu, UMNO telah memilih beliau untuk menerima Anugerah Melayu Cemerlang manakala di peringkat negeri, Pak Matlob dipilih menerima Anugerah Tokoh Pejuang Jawi daripada Persatuan Penulis Johor sempena Bulan Bahasa dan Sastera negeri.

Beliau juga telah dipilih membentangkan kertas kerja bertajuk Perancangan, Penghasilan dan Pengedaran Buku-Buku Untuk Kanak-kanak dan Orang Muda di Asia pada seminar Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) 1975.

Dalam bidang penulisan jawi, Pak Matlob banyak memberi sumbangan berharga kepada akhbar dan majalah, antaranya beliau pernah mengelolakan ruangan Pandai Jawi dan Belajar Jawi di Utusan Malaysia.

Beliau juga dilantik sebagai kolumnis ruangan Warisan Bangsa di majalah Pelita Bahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Sumbangan beliau dalam sastera kanak-kanak juga dapat dilihat dengan jelas menerusi penulisannya di pelbagai akhbar di negara ini antaranya di Mingguan Malaysia, Berita Minggu dan Utusan Zaman.

Pak Matlob dilahirkan pada 5 Julai 1937 dan pernah berkhidmat sebagai guru selama 36 tahun.

Beliau mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim dan melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan Bahasa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

AKHBAR HARI INI

Mingguan Malaysia, 19 Julai 2009

Kuasai bahasa menerusi sastera - MB


JOHOR BAHRU 18 Julai - Usaha menguasai sesuatu bahasa mesti dilakukan melalui penggunaan bahasa itu dalam mata pelajaran kesusasteraan, bukan menerusi mata pelajaran berbentuk teknikal.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, ini kerana bahasa dalam kesusasteraan digunakan setiap hari dan berupaya menggambarkan perasaan serta pemikiran yang tidak dapat diwakili oleh angka dan statistik.

"Bahasa dalam kesusasteraan bukan sahaja menimbulkan keindahan tetapi juga keseronokan kerana apa yang dipaparkan adalah mainan perasaan dan pemikiran daripada pengalaman serta imaginasi penulis.

"Sebab itu, untuk dapat menguasai sesuatu bahasa ia tidak mungkin dapat dilakukan dengan berkesan melalui mata pelajaran teknikal," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Darul Ta'zim Ketujuh di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini semalam.

Beliau turut melancarkan antologi Kidung Akarku yang menghimpunkan karya Hadiah Sastera Darul Ta'zim Keenam.

Pada bahagian pendahuluan antologi itu, Abdul Ghani berkata, kaedah mempelajari bahasa Inggeris di sekolah perlu diperkukuhkan bagi menguasai bahasa itu.

Jelasnya, negara seperti Denmark, Sweden dan Finland turut menggunakan bahasa mereka sendiri di sekolah dan universiti, namun dalam masa sama pelajar di negara tersebut dapat menguasai bahasa Inggeris.

Beliau turut menyentuh kepentingan bahasa ibunda dalam membangunkan tamadun dan teknologi dengan menyingkap sejarah ketika Eropah bangkit daripada zaman kegelapan melalui ilmu yang ditimba di pusat tamadun Islam seperti di Baghdad.

"Pengkaji Eropah belajar bahasa Arab dan membawa pulang semua ilmu tersebut untuk diterjemahkan ke dalam bahasa masing-masing.

"Mereka membangunkan tamadun dan teknologi yang berasaskan bahasa Arab tetapi tidak menyebarkannya kepada bangsa mereka dalam bahasa Arab," katanya.

AKAN DATANG : Konvensyen PMRAM 2009


PELBAGAI perbahasan yang 'panas' akan dibicarakan di dalam Konvensyen PMRAM 2009 hari Rabu, 22 Julai 2009 ini.

Saya akan membongkar rahsia di sebalik Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) yang akan menjadi catatan sejarah di dalam kamus setiap mahasiswa yang hadir ke bumi Mesir.

Selain itu, satu program 'jelajah seluruh Mesir' (road-show) akan diadakan bagi memperkenalkan ARMA kepada semua mahasiswa di bumi Mesir.

Kita akan memperincikan perjanjian-perjanjian yang telah termetrai di antara pihak kementerian, kedutaan dan jabatan penuntut.

Banyak lagi yang akan kita ceritakan.

Semuanya bermula daripada Konvensyen PMRAM 2009 yang akan diadakan pada Rabu ini.

Pasti PANAS!!

Tambahan :

1. Kita kecewa kerana pelajar Azhar sudah berani joget 'inul' 360 darjah dalam program pada malam tadi di Kaherah.

2. Saya akan menurunkan beberapa catatan lepas pada hari Selasa ini.


Friday, July 17, 2009

Adil Dalam Diri

Mahasiswa Johor

MEMANG BENAR bahawa isu keadilan dalam diri ini mula tempias semenjak mentadbir PMRAM tiga tahun yang lalu.

Barangkali istilah keadilan untuk diri sendiri sudah kontang. Ya. Saya tidak mampu memberikan keadilan kepada kedua-dua belah pihak.

Saya akui, itulah kelemahan saya. Walaupun saya mempunyai satu jawatan dalam pentadbiran persatuan negeri Johor di Mesir (Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir) tetapi secara peribadi saya lebih gemar bekerja bersama warga pentadbiran pusat (PMRAM).

Mengapa? Mungkin beberapa sebab.

Pertama, saya menetap lama di dalam pentadbiran PMRAM berbanding pentadbiran negeri. Walaupun pentadbiran saya bermula di peringkat negeri, tetapi jiwa saya mentadbir PMRAM adalah lebih lama.

Kedua, secara peribadi saya berfikir bahawa negeri mempunyai sebilangan ahli yang cukup ramai untuk bekerja dan membantu organisasi sedang siapalah PMRAM yang hanya mempunyai 'sifar' ahli. Ya. PMRAM hanya meminjam ahli daripada BKAN dan DPM sahaja untuk mentadbir.

Ketiga, PMRAM bukan persatuan bergaji yang diberi elaun setiap bulan membuat kerja-kerja amal. Oleh sebab yang demikian, dengan kapasiti pentadbiran seramai 15 orang ikhwah dan 15 orang akhawat, PMRAM masih memerlukan tenaga yang maksimum untuk bekerja. Sebab itu, mahu tidak mahu saya perlu hulurkan sumbangan saya seadanya pada hari ini.

Keempat, kepentingan PMRAM adalah untuk masyarakat amnya. Fikir saya bahawa PMRAM perlu menjaga kebajikan secara umumnya sedang negeri hanya memberi pencerahan kepada satu kelompok kecil sahaja.

Dalam apa sekalipun alasan yang diberikan, bukanlah bermakna saya meninggalkan pentadbiran saya di negeri dan tiada niat untuk membeza-bezakan pentadbiran. Tetapi sekadar ingin memberitahu bahawa PMRAM adalah pentadbiran kerajaan yang perlu dibantu oleh semua anak-anak syarikat di dalam kerajaan dan anak-anak syarikat swasta yang pastinya mentadbir untuk perpaduan umat Islam amnya.

Wednesday, July 15, 2009

Seminar Keusahawanan PMRAM dan Kursus Pengucapan Awam

Pengarah Urusan sedang berbual dengan Presiden PMRAM

Makan pagi bersama Pengarah Urusan HPA

Sidang pentadbiran PMRAM bersama rombongan HPA ke Mesir

Pengarah Urusan sedang menyampaikan ucaptama di akhir program

Mempengerusikan majlis

Peserta dan tetamu membacakan doa

SABTU lalu, tugas yang saya galas sebagai Setiausaha Program bagi Seminar Keusahawanan PMRAM 2009 telah berjaya disempurnakan.

Jika mahu dikirakan letih, memang penat dan tidak terdaya badan menggalas beban ini. Tetapi, semua itu disingkarkan ke tepi. Bagi saya, mana ada kerja yang mudah dan menyenangkan. Walaupun terpaksa 'tidak tidur malam' tetapi secara peribadi saya dapat laksanakan tugas dan tanggungjawab itu dengan sempurna.

Program seminar atau pengenalan HPA ini sebenarnya tidak termaktub di dalam kalendar PMRAM. Tetapi, lawatan yang dibuat oleh HPA Industries Sdn. Bhd. memberi peluang semua tenaga kerja PMRAM untuk bertugas seperti mana yang dirancang.

Terima kasih kepada Tuan Haji Ismail Ahmad yang sudi hadir ke Mesir menjayakan seminar ini. Segala kekurangan moga diampunkan kerana saya sebagai penganjur mengakui banyak kekurangan semasa mentadbir sidang program.

Siapa tidak kenal dengan HPA? Jikalau anda tidak pernah minum Kopi Radix 'Mai Secawan' mungkin fakta ini benar untuk anda. Tetapi, barangkali semua mengakui akan penangan kopi Radix yang sudah sampai ke peringkat antarabangsa.

Saya berbangga dengan HPA bersama anak-anak syarikatnya yang memajukan orang Melayu-Islam melalui sistem perniagaan. Banyak peluang kerjaya diberikan kepada penduduk tempatan bagi menghasilkan produk halal keluaran Islam yang sebenar.

Sebagai salah satu syarikat 'halal industri', cabaran dan halangan sebagai seorang pentadbir dan pengurus syarikat sememangnya adalah asam garam dalam pengurusan dan perniagaan.

Jatuh dan bangun syarikat akhirnya membuahkan hasil selepas 15 juta keuntungan bersih diperoleh tahun lalu. Tahniah buat HPA Industries Sdn. Bhd.

Komuniti produk halal sudah meluas di pasaran Malaysia. Sebab itu, isu makanan halal ini sepatutnya dibincangkan secara lumat oleh generasi muda Islam pada hari ini. Selepas program berakhir, saya dapat buat beberapa kesimpulan.

Pertama, mahasiswa pengajian Islam seorang 'pembohong' jikalau mereka mengatakan tiada peluang kerjaya apabila pulang ke Malaysia.

Kedua, banyak sektor sebenarnya menempatkan mahasiswa pengajian Islam ini. Namun, bagaimana pemilihan itu dilakukan mengikut kehendak masyarakat.

Para peserta sedang mendengar 'bebelan' saya

Salah seorang peserta sedang diuji bercakap di khalayak

Memulakan sidang ceramah

Seorang mahasiswi yang dipilih oleh saya menyampaikan pidatonya

2
Semasa berlangsungnya seminar, saya telah mendapat panggilan daripada DPM Zaqaziq untuk menyampaikan ceramah bertajuk 'Kursus Pengucapan Awam'.

Oleh yang demikian, selepas melihat tarikh yang diberikan pihak penganjur dan tidak mempunyai sebarang program, saya galas tugas itu.

Pernah saya membentangkan kertas kerja yang sama pada tahun lalu di Rumah Kelantan Baru. Bagi saya pengolahan kali ini di Zaqaziq lebih baik kerana mungkin pengalaman yang lalu lebih mematangkan.

Barangkali melatih orang untuk bercakap tidak sama melatih orang untuk mengaji. Kerana, semua orang pada hari ini mampu berucap. Tetapi peluang untuk bercakap di khalayak bukan semua orang mampu melakukannya dengan berani.

Tetapi, lain pula di bandar Zaqaziq yang saya turun kali ini. Pertama, semua orang mampu bercakap. Dan, ramai mahasiswa kita sudah mampu berada di khalayak.

Atau mungkin, insan yang saya pilih adalah mereka yang sememangnya sudah boleh bercakap?

Apapun, fikir saya, mahasiswa kita sudah berubah!

3
Sedutan kertas kerja saya...

TEKNIK PENGUCAPAN AWAM

Oleh : Syafiq bin Zulakifli
Fakulti Syariah Undang-Undang
Jabatan Syariah Islamiah
Kaherah, Mesir.

Pengenalan

Kefasihan berucap merupakan satu faktor yang penting kepada seorang yang ingin bergelar sebagai pemimpin. Sudah menjadi suatu normal apabila dikaitkan dengan seorang pemimpin, maka biasanya ia dikaitkan dengan kebolehan berucap di khalayak ramai. Kita biasa memberikan reaksi yang negatif apabila mendengar ucapan yang tergagap- gagap,tersekat-sekat atau begitu lama hilang idea ketika berucap. Justeru itu kita dapati pengacara, juruhebah, pemidato malah penjual ubat di kaki-kaki lima yang begitu fasih, lancar dan cekap menggunakan bahasa boleh menarik perhatian kita.

Kemahiran berucap atau kefasihan bercakap kebanyakkannya bersifat semula jadi. Walau bagaimanapun kefasihan atau kecekapan bercakap boleh diperoleh dengan cara sentiasa berlatih. Situasi ini boleh didapati di intitusi pendidikan menengah, tinggi seperti pidato,bersyarah,berbahas dan lain-lain.

Sekiranya kurang latihan, meskipun berilmu pengetahuan tinggi mereka tidak boleh bercakap dengan fasih tetapi ramai orang yang kurang ilmu boleh bercakap dengan fasih dan cemerlang. Alangkah baiknya kalau keadaan ini dapat dikombinasikan dengan baik untuk melahirkan pengucapan yang cemerlang. Sesungguhnya kemahiran berucap merupakan satu seni yang perlukan kemahiran dan kebolehan tertentu untuk menjadikan pengucapan awam yang terbaik.

Di Malaysia, Pusat Latihan Pidato Profesional (PULAPI-PRO) memainkan peranan besar di dalam membentuk dan memberikan khidmat latihan di dalam memastikan warga Malaysia mampu untuk berucap di khalayak.

Pengucapan awam memerlukan kemahiran yang sama digunakan dalam percakapan seharian. Mana-mana individu yang dapat berhubung dengan baik dalam percakapan harian dapat melakukannya di hadapan orang awam. Ada tiga perbezaan di antara percakapan harian dan pengucapan awam :-

1. Pengucapan awam ada susunan yang lebih baik.
2. Pengucapan awam memerlukan bahasa rasmi ataupun sopan
3. Pengucapan awam memerlukan penyampaian yang berbeza


Tutup Pengajian Islam

BARANGKALI artikel yang saya tulis kelmarin amat bertepatan dengan perbahasan daripada Ustaz Hasrizal Jamil

Sila klik artikel beliau di atas. Tajuknya mudah. "Pengajian Islam Sudah Tidak Releven?"

Secara peribadi, saya sebagai penuntut ilmu agama juga terkesan dengan kajian beliau. Lebih-lebih lagi sebagai seorang daripada sejuta individu yang mempelajari ilmu agama dan syariah.

Sebab itu saya fikir bahawa jika mudah ilmu pengajian Islam ini mudah-mudah sahaja didagangkan oleh pengkaji bukan dalam aliran agama sebenar, kita wajar tutup pengajian Islam di universiti.

Kerana, ilmu agama ini mudah sahaja diketik dengan tetikus di laman sesawang internet dan boleh dibahaskan melalui pemahaman dan pemikiran kita.

Bukan saya menafikan golongan cendiakawan yang mahu mengkaji Islam tetapi bagaimana metod pemikiran dan pengolahan ilmu itu disusun dan tidak mendatangkan kesan negatif kepada institusi agama.

Lihat sahaja masalah perdebatan di dalam membincangkan ilmu-ilmu agama ini sehingga ada pihak yang mahu melaga-lagakan pandangan mereka sedangkan Islam mendidik kita saling meraikan pandangan.

Melabelkan puak A sebagai XY dan puak B sebagai XX tanpa ada bukti kukuh juga merupakan metod khilafiah yang sememangnya akan menjadi perbahasan yang tidak akan sampai ke peringkat akhir.

Oleh yang demikian, bukan semua orang dibenar membicara soal agama hatta mereka adalah orang agama!

Tambahan :

Risau terhadap metod ilmu agama yang dipermudah-mudahkan.