PROGRAM Syarahan Agung Sasterawan Negara dan Seniman Negara yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia pada 16 Disember 2009 menyindir kewibawaan DBP selaku agen utama yang menjadi pendokong kuat terhadap gerakan bahasa.
Sasaterawan Negara Muhammad Haji Salleh melahirkan rasa kesal di atas karya beliau yang dilihat tidak kelihatan di kedai-kedai buku walhal di Pustaka Buku DBP sendiri.
"Kita perlu mencari jalan penyelesaian terhadap isu ini. DAWAMA yang dipilih sebagai penggerak utama pemasaran buku DBP hendaklah bekerja keras dalam hal ini."
Sasterawan Negara, Dato' Anwar Ridhwan melihat bahawa DBP kurang memainkan peranan yang utama sehingga buku-buku di Malaysia tidak dapat dikeluarkan melebihi 0.01% daripada jumlah penduduk rakyat di Malaysia.
"Sekiranya jumlah penduduk di Malaysia 7-8 juta, sepatutnya kita di Malaysia sudah mengeluarkan buku sekitar 7000-8000 setahun. Tetapi ianya lesu."
Beberapa pandangan skeptikal juga diterjemahkan oleh beberapa peserta sehingga dewan yang dihadiri oleh sebahagian besar pegawai DBP terus menerima tepukan gemuruh.
Pelbagai pandangan yang dilontarkan terhadap kewibawaan DBP.
"Sepatutnya DBP duduk di atas. Jangan duduk di bawah," beberapa orang yang hadir memberikan ulasan terhadap program yang diadakan.
Tambahan :
1. Kesian DBP. Sebagai tuan rumah, mereka pula dibantai. Saya fikir ia tidak adil. Kedatangan Dato' Haji Termuzi Abd Aziz selaku Ketua Pengarah DBP yang baru adalah pencetus ke arah perubahan. Barangkali beliau perlu diberikan ruang setahun lagi untuk memikirkan apakah faktor dan penyebab DBP masih lagi belum benar-benar pulih.
2. Ramai yang memuji-muji Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) di atas pemikiran kritis Khair Ngadiron yang banyak merubah bentuk organisasi ITNM itu.
3. Selepas jumpa Sasterawan Negara, saya ingin bertemu dengan ulama pula. Insya-Allah Sabtu ini bersama Dr Yusof Qaradawi di PICC Putrajaya.
Ulasan
Sukar memberi kepercayaan kepada agensi kerajaan ini...