Mulai 7 Disember 2009 saya akan mengarang sebuah novel berlatar belakang bumi Kaherah. Jalan cerita dan sinopsis telah disusun dengan kemas. Cerita itu nanti akan berakhir dengan latarnya di negara kita (Malaysia). Ada beberapa isu fiqah yang saya akan bawakan.
Di antaranya adalah, bagaimana cara seorang wanita memohon fasakh daripada suaminya, dan bagaimana seorang wanita Muslimah menjaga batas dan adab untuk menyintai seseorang lelaki.
Cereka ini adalah cereka pertama yang saya karang. Moga-moga Tuhan membantu sepanjang perjalanan novel ini. Biarpun kekakangan masa, tugas dan tanggungjawab; saya berdoa moga pengalaman mengarang sebelum ini merancakkan lagi perjalanan tugas untuk mengarang novel kecil ini.
"Tuhan Yang Maha Menentukan setiap perjalanan hamba-Nya. Jadikanlah bahawa tugas dan amanah ini tidak membebankan. Amin."

Ulasan
Semoga berjaya. Terus berjuang.